Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenapa dengan AKU




Berbagai cara dan bentuk ganti diri digunakan dalam penceritaan mahupun laporan di dalam media internet . Pilihan terbaik menggunakan ‘saya’ sebagai ganti diri kerana ianya bersifat lebih resmi dan sopan. Hamba, patik, kita, mek, cek, kawan yang menunjukkan semangat lebih ' kekitaan'  yang juga merujuk kepada ganti diri ‘nama’, memang jarang digunakan. Alasannya adalah kerana golongan audien yang membaca, adalah dari golongan yang berbagai dan tidak dikenali. Justeru amat tidak sesuai jika ganti diri 'saya' ditukar kepada AKU. 
Aku’ dipolemikkan  sebagai kasar untuk dipentaskan kepada pembaca. Kenapa ?


Bagi aku penggunaanya lebih jujur dan mesra alam. Kita menggunakan bahasa ‘aku’ bila bersembang dengan kawan rapat. Bila ‘aku’ digunakan dalam pertemuan/perbincangan/perbualan biasanya keadaan menjadi lebih santai dan telus. Disaat ‘aku’ diterima penggunaanya bila berbicara, hati terbuka untuk menerima idea/saranan baru yang disampaikan rakan. Berbeza dengan penggunaan ‘saya’ yang terlihat lebih resmi dan berprotokol , kadang terlihat seakan ada jurang di situ. Contohnya, ‘ saya rasa kita semua perlu membuang ego masing-masing dalam menangani  permasaalahan ini’ dan semua audien yang ada disitu terkaku, kelu, saling memberi pandangan kosong  walau ada yang membantah di dalam hati kerana rasa tidak puas hati.

Berbeza dengan ayat yang berbunyi begini, ‘ kau orang ingat macam mana ? Boleh tak kita melupakan ego masing-masing untuk sementara waktu janji masaalah ini selesai ?', katanya sambil memandang wajah rakan-rakannya yang lain. Dan tanpa perlu menunggu lama telah ada rakan yang membuka mulut menyuarakan sesuatu kerana merasa pendapatnya akan diambil kita. Tapi memanglah penggunaan ‘aku’ ini hanya boleh digunakan jika kita berada dilingkungan yang sudah kita kenal mesra. Jika digunakan kepada lingkungan yang tidak berapa dikenali mungkin kita dianggap agak kurang ajar alias kasar walaupun kita sebenarnya tidak bermaksud demikian.

Malah dalam bermunajat  ketika memohon sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla kita lebih terbiasa menggunakan ‘aku’ sedangkan di waktu itu kita sedang menyampaikan permohonan kepada NYA. Terlupakah yang kita sebenarnya adalah ‘hamba? Kerana sifat Ar Rahman dan Ar Rahim NYA lah kita boleh ber ‘aku - engkau’ sewaktu memohon kepadaNYA. Sedang doa yang patut kita ucap sepatutnya berbunyi begini , “ Ya Rabb, hamba memohon keampunan di atas semua dosa-dosa hamba samada yang terucap mahu pun tidak, yang telah hamba lakukan samada dalam keadaan sedar mahu pun di waktu hamba MU ini khilaf.

Hamba mohon kepaa MU Ya Allah, Ya Zal Jalali wal ikram, janganlah dipikulkan kepada hamba segala bebanan yang tidak mampu hamba tunaikan atau pun laksanakan, dan janganlah KAU hukum hamba MU ini di saat hamba terlupa mahu pun terlalai. Ampunilah hamba diatas segala kelemahan hamba sebagai seorang manusia.”

Dan Allah masih mendengar semua doa kita walau kita selalunya terlupa menyebut ganti diri sebagai ‘hamba’ sebaliknya lebih rela ber’aku –engkau’ denganNYA.

11 comments:

  1. Kebanyakan blogger menggunaka kata ganti diri 'aku'.. nmpak lebih otai dan mesra.. Namun kalau nak rasa sedikit kesopanan, 'saya' tu lebih baik.

    ReplyDelete
  2. selesa guna 'aku' dalam blog sebab rasa macam lebih asli. tapi bergantung jugak la :) btw, baru follow sini ^^

    ReplyDelete
  3. Salam lynn..

    saya pun lebih selesa menggunakan 'aku' dalam penulisan.. kerana bila menggunakan 'aku' terasa lebih selesa untuk berbicara dan meluahkan rasa dalam bentuk penulisan..

    salam kenal ya.. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.. semoga perkongsian yang kita sama2 kongsi akan memberi manfaat buat kita dan orang lain.. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeh..ehh..samalah kita Hanis Azla. Terima kasih ya sudi membaca entri ini.

      Delete
  4. mana-mana sekali pun pilihan individu kan yang nak nampak hormat guna saya, nak nampak sempoi guna aku hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tulis artikle resmi akak gunalah saya, tulis story sendiri guna aku.
      Tapi saya memang tak pernah jumpa 'aku' dalam penulisan Khairul. Syabas.

      Delete
  5. memang tak dinafikan penggunaan panggilan aku tu nampak kasar.. tapi macam sis kata ianya nampak macam sempoi releks kalau guna saya nampak macam formal. Aida sendiri pun tak biasa ber saya2.. jadinya dalam blog aida panggil aida je la. hehe.. setuju dengan sis patutnya dengan ALLAH kita tukar panggilan aku engkau kepada hamba dan Allah baru meresap dalam hati.

    ReplyDelete
  6. Tau xpe. Hehehe..
    terima kasih atas komennya Aida.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..dalam bab berdoa,penggunaan AKU itu tak salah...sedangkan ALLAH sendiri menggunakan AKU untuk diriNYA... tiada dalam nas yang mengatakan ia salah dan tidak sopan..wallahualam... :-)

    ReplyDelete