Beberapa minggu kebelakangan ini perasaan ku jadi tak menentu. Gelisah, marah, cuak dan berbagai perasaan yang tidak mampu aku huraikan. Banyak perkara yang aku lakukan seolah menemui jalan buntu.
Beberapa entri yang aku telah siapkan untuk di post ke blog akhirnya aku delete. Aku seperti ketandusan idea.
Dua hari sudah, dalam jam 11 pagi sedang aku sibuk mengemas dan membersihkan rumah, kedengaran bunyi burung gagak bersahut-sahutan di halaman rumah ku. Bunyi itu ku dengar 2 hari berturut-turut. Dalam hati ku berdetik - siapa pulak kali ini ?
Bukan kerana percaya kepada bunyinya gagak , tetapi firasat ku kebanyakannya benar setakat ini.
Beberapa tahun yang sudah bila gagak berbunyi bersahut-sahutan di belakang rumah , selang seminggu memberi berita kehilangan bapak yang ku sayang. Kemudiannya ibu yang tercinta. Kemudiannya saudara ku sebelah ayah. Mungkin berlaku secara kebetulan, tapi itulah kekuatan firasat melayu lama.
Malah mimpi yang paling pelik campur kelakar yang ku alami baru-baru ini adalah bila tiba-tiba aku melahirkan bayi ! Bayi itu menolak bila aku menyusukannya, sebaliknya membentak aku, mengancam untuk membaling aku dengan botol susu kosong. Lebih pelik bayi itu lebih memilih untuk meminum susu formula.....ahhh gila .
Dari sudut tafsiran mimpi, ada orang tua-tua kata bermimpikan bayi itu maksudnya rezeki. Tapi ada juga yang memberikan petua bila bermimpi begini bermaksud bakal ada ganguan jin. Mungkinkah ? Dan berturut-turut dalam minggu lepas aku bermimpikan perempuan yang sama-sama. Dia muncul dalam mimpi ku berselang hari, 3 kali dalam tempoh seminggu. Aku tidak melihat dia mengancam aku dalam mimpi itu. Seperti biasa dia ' terlihat' baik ( seperti kata suami ku ), malah aku sendiri cuba berbaik sangka dengannya . Aku kata ' beliau' baik. Mungkin saja aku yang cemburu keterlaluan.
Tapi kenapa aku tidak pernah mimpikan yang lagi sorang tu ? Walau sekali pun aku tidak pernah mimpikan dia dalam tidur ku. Kenapa yang ' ini ' sering muncul dalam tidur ku ? Adakah kerana dia memang benar-benar berhati mulia dan sebagai petunjuk bahawa aku harus menerima kehadirannya dalam hidup kami ?
Kenapa maduku si A ini walau kadang kala kami pernah bertengkar tapi sekali pun aku tak pernah menemuinya di dalam mimpi. Tetapi dengan yang B ini walau selalunya kelihatan baik tapi kebelakangan ini aku kerap menemuinya di dalam mimpi ??? Kenapa ???
Ya Allah sesungguh tiada yang boleh mendatangkan bahaya kepada hambu mu ini kecuali dengan izin MU Ya Allah. Kecuali dengan izin MU Ya Allah. Kecuali dengan izin MU Ya Allah.
semoga dijauhkan daripada segala yang buruk-buruk dan didekatkan dengan segala2 yang baik termasuklah rezeki..amin.
ReplyDeleteAminn.
Delete