Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tikam belakang dan cara merawatnya.


Maksud peribahasa tikam belakang. Tikam belakang bererti dikhianati 
oleh orang yang paling kita percayai. Memang sakit kan ? Tapi lebih sakit 
lagi bila ditikam oleh musuh yang kita kenali. Musuh yang tidak disangka
itu siap untuk menusuk senjata saat kita berundur mencari tempat
perlindungan.


Bak kata penyanyi Indonesia, Cita Citata…..

Sakitnya tu disini, di sini
Sakitnya tu di dalam hatiku

Aku ? Lupa pada orang yang mengkhianati aku ?
Mungkin bukan mudah. Sukar dilupa sampai ke mati. Ibarat pasu
kaca yang terhempas walau boleh dicantum pecahannya tidak akan
mengembalikan bentuk yang asli lagi.

Nasihati aku supaya memaafkan ?
Jangan nasihati aku. Marah ini hanya terlerai bila salah seorang dari 
kami telah tiada. Memang sadis bunyinya. Sadis, kerana secara semula jadi aku
memang susah untuk marah. Dalam kebanyakan masa aku lebih memilih bertolak
ansur. Tapi aku juga manusia biasa yang punya kelemahan dan masih mencari
cara terbaik untuk  'Mengurus dendam yang terindah' ibarat memerhati cara
Maharani Cina menumpaskan saingannya dengan senyap dan penuh gaya. Klasik.
Jadi benarlah orang kata ; jangan biarkan marah menjadi dendam.      
                               
mengurus dendam yang terindah, dendam, maksud peribahasa tikam belakang, cara mengendalikan perasaan marah, berdamai dengan emosi, terima kekalahan, backstabbing, tikam belakang, emosi marah, cara mengendalikan emosi, kalis kecewa, luka, the art of healing a broken heart

Mungkinkah ada cara mengurus dendam hingga ia menjadi seni kepada
the art of healing a broken heart ? Perkara di bawah adalah langkah yang
pernah dilakukan.

Hipnotise diri dengan langkah berikut :-

1. Belajar menerima kekecewaan.
    Jika anda perlukan sehari suntuk untuk menangis -lakukanlah. 1 hari,
    2 hari, 3 hari..., menangislah sepuas hati. Kerana anda akan lelah selepas
    itu. Air mata yang keluar akan menjadi ubat penenang dan dapat meminimum
    kan tempoh penyembuhan akibat kekecewaan yang dialami.
 
2. Pamerkan rasa sakit hati anda -
    Tapi haruslah dalam skala yang terkawal. Belajar untuk tidak memalukan
    orang yang telah menyakiti hati anda di khalayak ramai.
    Tapi sampaikan mesej kepadanya yang anda memang terluka.

3. Berdamailah dengan emosi anda
    Jika anda rasa perlu memaki, maki saja dia tapi BUKAN DI TEMPAT 
    AWAM. Anda boleh dia memaki sepuas-puasnya di depan cermin, di bilik
    tidur anda sendiri. Maki sehingga perasaan anda reda dan anda terima ia
    sebagai satu pernyataan kalah.

    Anda telah kalah, so what ? Jika anda rasa perlu menjerit, carilah tempat
    sesuai yang jauh dari suasana hiruk pikuk dan jeritlah untuk melepaskan
    kemarahan. Kemarahan yang tertahan hanya menimbulkan dendam yang
    akhirnya membuat anda merana untuk tempoh yang lebih lama lagi.

 4. Lakukan perkara yang anda sukai. Anda suka memasak ?
     Masaklah makanan yang paling sedap yang anda mampu masak.
     Memasak mampu menjadi terapi jiwa yang hebat. Jika sebelum ini anda malas
     menanam bunga, tanamlah bunga yang paling anda suka. Aktiviti menanam
     bunga mampu menerbitkan rasa relex hingga anda rasa lebih tenteram.
     Rasa nak kemas rumah ? Kemas rumah sampai berkilau semua perabut dan
     peralatan. Kalau larat kilatkan juga semua bilik mandi.

5. Bersedialah untuk memaafkan.
    Sediakan sehelai kertas kajang dan tuliskan semua kebaikan si dia.
    Tulis  semua perkataan-perkataan baik yang pernah diucapkannya
    pada  anda. Tulis semua perbuatan baik si dia yang pernah melembutkan
    hati anda. Tulis semua kenangan manis anda dengannya. Ingat semua
    perkara yang anda pernah lakukan bersama. Ingat sehingga otak anda
    letih dan anda mampu meletak noktah kepada kenangan lama.

    Sebenarnya lagi banyak anda  menulis dan mengingat perkara positif 
    tentang dia, akan lebih mempercepat kesembuhan jiwa dan anda tidak
    akan punya masaalah untuk memaafkan musuh anda mahupun orang
    yang telah mengkhianati anda.

    Lebih cepat anda memaafkan, bererti lebih cepat anda melupakan perkara
    yang menyakiti hati. Bila luka dihati sudah sembuh, percayalah anda
    sebenarnya sudah berjaya membentuk imun yang kalis kecewa dan
    kalis luka.





    





No comments:

Post a Comment