Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wasiat

Aku risau betullah..., ramai sangat yang nak wasiatkan FarmVille dia kat aku. Aku kata dah
aku tak de bercucuk tanam kat Fb. Sebaliknya lebih suka bercucuk tanam kat halaman rumah
aku yang saiznya sekangkang kera. Kat situ aku tanam macam-macam; dari pokok pandan,
pokok delima, pokok betik, pokok kunyit, mata kucing, buluh perindu, pokok kari dan kencur.
Tapi tanah kat belakang rumah aku, tanahnya lebih besar dari yang depan. Nak tau berapa luas
tanah kat belakang ? Hemm, luas la juga. Saiznya adalah sebesar 2 kangkang kera. Dan tanah
luas 2 kangkang kera tu aku tanam dengan rumput dan buat letak ampai panjang aku jer.
Maklumlah anak aku kan berderet. Bila memjemur,  ampai kat rumah dah jadi macam kedai
dobi. Dan di tanah yang sebesar 2 kangkang kera itulah ( yang bile tekak teringin ), sudah
berkali-kali aku tanamkan dengan labu kuning. Aku suka makan pucuk dan buah labu kuning
yang aku tanam sendiri. Sebab tu aku biasa biarkan tanah kat belakang tu kosong, sebulan
sekali jer aku racun sebab tak mau nanti ' ulau melingkau tepi pagau'. Takut mak cik.

Fenomena Sun HALO

Hari ini kecoh di BSBR tentang keadaan matahari yang dirakam dan dapat dilihat oleh ramai
penduduk di kawasan kami. Seorang dari ahli komuniti telah berpeluang merakam kejadian
itu dan menghantarnya di whatsapp group.Dan selepasa itu seorang demi seorang keluar
dari rumah atau pejabat, atau memberhentikan kenderaan di tepi jalan bagi memastikan
kejadian itu adalah benar. Dah pasti aku pun buat sama kerja tu. Jengah keluar kejab dan
snap !

Pandang ke Iran


Di saat kebanyakan spekulator menghala ke Iraq dan memerhati perkembangannya,
ramai yang terlepas pandang pada situasi politik yang melanda Iran. Landscap politik
antarabangsa sedang berubah di depan mata tanpa ramai yang peduli.

Rejab

Bertahun-tahun aku terlepas kedatangan bulan Rejab. Kadang adik aku ada sms dan mengingatkan, tapi smsnya hanya sampai pada tanggal 1 haribulan Rejab. Walaupun tak
ada hadis yang menyokong ' keafdalan puasa di hari pertama bulan rejab.' Dik kerana
smsnya selalu lewat sampai, bertahun-tahun jugalah misi aku nak berpuasa rejab tak pernah
kesampaian. Cubalah hantar lagi 2 @ 3 hari nak puasa rejab, boleh ler aku puasa. Jadi........,
kali ni aku boleh ingat sebab Nurul dah kompang aku awal-awal. Dia kata nak puasa isnin
dan puasa rejab. Huh, alhamdulilah. Sekurang-kurangnya dah ada burung tukang tolong
berbunyi.

Boleh ?

' Mama, kalau dah besar nanti Nurul nak jadi penyanyi boleh ? '

Boleh. Tapi, jadilah penyanyi yang ada ilmu. Yang ada ijazah.

' Kalau nak menyanyi pakai tudung..., boleh ? '

Bukan tak boleh, tapi suara tu sendiri dah aurat. Lebih-lebih lagi suara yang
dilenggok-lengokkan. Menyanyi kalau tak disertakan dengan showmanship pun
tak best ditonton. Kaku macam besi. Kalau mama, memang malas nak tengok.....

' Habis..., tu ada penyanyi yang pakai tudung boleh pun menyanyi ? '

Itu anak orang bukan anak mama. Kalau nak jadi penyanyi tak payahlah pakai tudung,
sebab tak ada bezanya. Aurat tu terbukak juga. Adik bukan nak menyanyi lagu nashidkan ?
Pendengar dan penonton adik tu nanti bukan hanya orang perempuan kan ???

Kontroversikan jawapan aku ?
Siaplah lepas ni ramailah yang menghentam dan mencemuh.
To My Nurul Arysha : Go as far as you can, come back when you see the light.
Kejarlah impian tapi jangan dicicirkan keimanan. Kerana yang paling berat timbangan di akhirat nanti adalah kalimah syahadah mu. Dont worry what people may judge you ,
because actually they are judging themselves.




                                   


Nasi bajet

Teringat sewaktu tinggal kat Johor dulu , apa nama ntah restoran tu. Restoran Karim ???
ke apa namanya tak ingat dah. Restoran ni sentiasa penuh sesak dengan pelanggan.
Harga makananya memang tersangat murah dan ramai pelanggannya adalah terdiri
dari student UTM. Dengan hanya membayar RM 4, anda akan dapat nasi sepinggan
penuh macam bukit, ayam goreng saiz sederhana ( secukupnya untuk dimakan bersama
nasi yang membukit tu ), ayamnya pulak sedap dan pilih le sebarang jenis sayur tapi sejenis
je la. Hah.., itu pun dah cukup bagus untuk mengenyangkan perut student yang sering
kelaparan tapi sentiasa kekurangan wang. Kalau campur air sirap baru bayar RM 5
untuk sekali makan tengahari.

Resepi home made spaghetti

Farouk dah nak balik semula ke rumah sewa dia, sambung masuk semester ke 2.
Sibuk dia kompang aku setiap hari mintak dimasakkan spaghetti. Teringin katanya.
Aku ni biasalah, tengah mood malas. Jadi aku cakap kat dia, ' lagi sehari abang nak balik
baru mama masakkan.' So dia diamlah sekejab .

Semalam dari pagi sampai ke petang dia kompang aku . ' bila nak masak spagetti untuk
abang ma ? ' Bingit rasa telinga. Penyudah cerita petang tu aku berlari gi ke Grand Union
cari bahan spagetti. Sebenarnya kat rumah dah ada sebungkus spaghetti dan sos pasta spaghetti 
Adabi yang aku beli tahun lepas bulan disember ( hahaha ) tersimpan, tapi tak aku masak.
Hahaha... , Inilah masanya untuk aku masak. Aku tinggal cari bahan tambahan lainnya.

Meh, aku kongsikan resepi home made spagetti aku.

Bahan-bahannya :-
                                
                                   
resepi home made, home made spaghetti, cara memasak spaghetti, sos pasta adabi, sos spaghetti adabi, sos mushroom
Ada bahan yang tak terambik gambarnya. Lupa.

1.    Spaghetti ( brand pilihan sendiri )
2.    Sos pasta spaghetti pilihan sendiri - 2 tin / botol
       Utk home made resepi aku gunakan sos pasta Adabi Mushroom
       ( boleh tahan sedap ) dan sos pasta Kimball ( selasih dan bawang putih )
3.    Daging kisar 2 bungkus
4.    Mix spices ( dari campuran daun parsley @ daun basil, oregeno dll )
5.    Cendawan dalam tin - 1 tin ( Racik kecil-kecik )
6.    Tomato puri ( brand pilihan sendiri ). Aku guna brand Tesco. Not bad la rasanya.
7.    1 inci halia
8.    Bawang putih 2 ulas ( sederhana besar )9
9.    Bawang besar 3 labu
10.  Sedikit cili kering dalam setengah gengam
       ( resepi home made aku kan..., bukan resepi mat saleh der )      
11.  Sedikit magerin planta untuk menumis dan untuk digaul ke spaghetti bila dah
       direbus nanti.
12.  2 sudu makan gula ( ikut ler nak buh gula pasir ke brown sugar ker )
13.  12 sudu teh tepung jagung ( gunanya untuk memekatkan kuah pasta )

Cara-caranya :-

Kita mulakan dengan menjerang air untuk merebus spaghetti kita. Didihkan dulu
air. Bila air dah mendidih baru kita masukkan spaghetti dan biarkan ia empuk direnih
dalam 10 - 15 minit ( spaghetti nak empuk pun tengok brand der. Ada yang 10 minit dah
empuk. Ada yang ambik masa 15 minit ). Sementara tunggu air mendidih, kita siapkan
bahan sos spaghetti pulak ok.

                                             
Proses mengaul spaghetti

Cili kering, bawang putih, bawang besar dan halia yang dah diblender tu kita tumis jer
menggunakan sesenduk majerin planta sehingga naik bau. Campurkan 2 sudu gula dan
tumis lagi sehingga warnanya berubah kepada warna merah tua. Bila bau dah naik, masukkan
pula tomato puri. Kacau-kacau lagi untuk 5 minit. Masukan pula daging kisar untuk 5 minit
lagi dan barulah kita tuangkan sos pasta pilihan kita tadi. Lepas tuang sos pasta boleh tuang
cendawan butang yang dah kita racik tu sekali dan terus tuangkan air dalam anggaran 3/4
@ 1 jug ( ikut kesesuaian dan tahap kepekatan kuah masing-masing ).

Biarkan kuah mendidih. Bila kuah dah mendidih ambik pula tepung jagung dalam anggaran
12 sudu camca teh, bancuh dengan air anggaran 1/2 mangkok dan curahkan ke dalan kuah
sos spaghetti yang sedang mendidih itu tadi. Taburkan garam ikut kesesuaian sendiri.
Kalau suka bole renjis aji-no-moto sikit. Tak mau renjis serbuk perasa aji tu pun tak apa
sebab kita dah masukkan gula ke dalam sos pasta tadi.

cara masak spaghetti, rahsia spaghetti sedap, bahan spaghetti, majerin, planta, magerin planta, sos spaghetti, masak spaghetti
Tarraa... dah siap !!

Aku pos kat instagram sajalah nak buat kenangan makanan yang aku masak. Datang si
Almy ni, dia kata 'macam gambar kat majalah jer'. Cehh, dia jelaous ler tu tak dapat makan.
Tunggu akak buat kenduri eaa Almy, nanti akak masakkan pasta untuk ko bawa balik
ke Putrajaya. Sama kerja boleh le mengunyah pelan-pelan hehe...

                                         
Haaa..... Almy, yang ini dalam pinggan 4 segi, bukan dari majalah, lepas tu tempek tau.

Nota :

Farouk dah kenyang dan puas makan spaghetti.., jadi hari ni dia dah cabut balik rumah
sewa dia. Tapi nasib baik ler dia tak kata nak bungkus....tak cukup. Adik-adik dia pakat
bawa bekal spaghetti pegi sekolah sampai Farah nak tapau bawak gi kerja pun dah tak ada.
Kesian........

Sivik

Sivik. Merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajarkan di sekolah menengah
yang memberi penekanan kepada kesedaran, peranan dan hak serta tanggungjawab dalam
masyarakat dan negara. Tapi sebenarnya, nilai sivik atau sikap bertimbangrasa dan ber
bertanggungjawab ini, telah mula diajar dari rumah oleh sebahagian dari kita. Sebahagian
ibu bapa yang mementing dan menerapkan semangat tolong menolong, meringankan tugas
dan berkasih sayang dalam keluarga kepada anak-anaknya. Sivik meningkatkan kesedaran
nilai moral dan etika dalam pembentukan siasah seseorang individu. Mempunyai sivik
yang baik, bererti kita berjaya mendisplinkan diri, malah mampu menghormati hak orang
lain dalam masyarakat. Kita tidak akan menjadi selfis, sebaliknya berupaya menjadi
penyumbang kepada masyarakat yang lebih proaktif, bersatu padu, harmoni dan sejahtera.
Masyarakat yang sejahtera mampu membentuk kepada keperibadian bangsa dan kejayaan
negara. Malangnya kita semakin kehilangan kesedaran sivik.

GST 2015

Hari ini 1hb April 2015. GST atau Cukai Kepenggunaan ke atas barangan dan perkhidmatan
telah dilancarkan secara resmi. Secara teorinya cukai dengan ‘jenama baru GST’ ini lebih telus,
lebih cekap, lebih efektif dan lebih mesra pengguna dan rakyat. Kerana apa ? Kerana GST hanya
mengenakan satu kadar percukaian saja iaitu 6%. Sedangkan SST ( jenama percukaian lama ),
mengenakan kadar yang berbeza-beza iaitu antara 5 - 10%. Dan banyak pula pengilang dan
pemborong yang tidak jujur mengambil kesempatan dari perbezaan ini, kerana ketiadaan sistem
penyelerasan rekod. Sebagai rekod serta semakan, sebenarnya ada 160 negara di dunia yang lebih dulu mengamalkan sistem percukaian barangan dan perkhidmatan (GST ) ini. Singapura lebih mendahului kita dalam perlaksanakan GST, iaitu sejak tahun 1993. Malah negara jiran kita iaitu
Indonesia telah lebih awal melaksanakan GST iaitu pada tahun 1984 dengan kadar 
10 peratus ! YA 10 PERATUS. Malaysia sebenarnya ketinggalan dalam perlaksanaan cukai gaya 
baru ATAU memang tak sampai hati kepada rakyatnya ? Tapi adakah segelintir rakyat itu faham,
tahu dan sedar tentang perkara itu ? Ironinya, bila 3 huruf yang menimbulkan perkataan
GST ini bagai satu perkataan 'puaka' kepada sebilangan rakyat Malaysia.
Kenapa ?