Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bekam Resdung


RESDUNG ? Jika anda atau anak anda kerap bersih di waktu pagi, kerap menghembus 
hingus dengan kuat,  gatal-gatal di kelopak mata dan pipi, kerap menggaru kulit muka dan 
berkelimumur ATAU yang paling kerap kelihatan adalah jerawat yang kerap menyerang……, 
kemungkinan besar anda mengidap resdung. Resdung boleh terjadi kerana virus, bakteria 
atau fungus. Dan semakin banyak kes resdung yang lapurkan hanya disebabkan ulat atau 
hama resdung.

Dan bila akhir-akhir ini Farah kerap diserang jerawat dan agak sukar untuk disurutkan walaupun
sudah mengambil pelbagai jenis ubatan, aku akhirnya terpaksa akur dengan cara lain – berbekam.
Bekam resdung tujuan asalnya adalah untuk menyurutkan jerawat dan jika mengikut pengamal
perubatan resdung, mereka biasanya menyarankan sehingga 4 kali rawatan yang diakhiri dengan
merawat menggunakan  corong kertas resdung melalui hidung. Corong kertas ini ada yang 
berasap dan ada yang tidak berasap bila di bakar. ( yang tak berasap ni aku belum tengok lagi.)
Nak tengok..., aku kenalah menunggu sehingga Farah habis melalui sesi rawatan yang
seterusnya.

Kata Mak Cik Zizah, yang mati-mati menyuruh aku terima idea yang Farah ada resdung 
dan menyuruhnya berbekam.

‘ Farah kena resdung ni Lynn, semua anak kau tu ada resdung. Baik pegi berubat cepat.’

‘ Bukanlah cik, jerawat tu tumbuh kerana memang baya-baya ni hormone dia orang tu memang
tengah dan sangat aktif. Bukan pasal resdung. Tengok si Farouk, setiap pagi memang bersin 
kerjanya tapi mana ada jerawat. Cuci muka pun ala kadar tapi tak ada masaalah jerawat 
di kulit pun. Apa ubat pun dia tak mau makan. Bila kita suruh makan ubat tahan dia bertekak, 
kata kita bagi dia dadah dan racun . Tapi, kulit muka dia bersih jer. Mana ada resdung tuu cik  ’.
Aku membantah. Biasalah, aku kan memang kuat membantah dan menjawab.

‘ Jangan degil Lynn, bawak budak tu pegi berubat cepat. Jerawat tu resdung la. Resdung 
ni, semua orang ada resdung. Ibu resdung ni duduk dalam perut manusia tapi tahap teruk tak 
teruk je yang berbeza antara satu sama lain. ‘ Bulat mata dia merenung aku.
Nak aku jawab lagi…, kang kecik hati pulak mak cik aku yang sorang ni.

‘ Tapi, elok la keluar jerawat Lynn, kita perasan dan senang kita ubat………
Kalau jenis yang tak mau keluar jerawat tuu.., sedar-sedar nanahnya dah berkumpul di pipi 
harus beroperate nanti. Sepupu kau si Dahlia tu kan macam tu.’

Ni sapa yang nak ambik hati sapa sebenarnya ? Dia nak pujuk aku atau nak ugut aku dengan 
cerita Si Dahlia anak dia. Hehe...sayanggg mak cik. Dipendekan cerita akhirnya aku bawa
Hafizul dan Farah gi bekam. Bekam resdung  kat muka ni 4 cawan je. Satu cawan harganya RM 5. 
4 cawan maknanya RM 20 jer. Hafizul tak bagi aku ambik gambar dia sedang berbekam. Katanya hilang macho nanti. Ek eleh.., perasanya anak aku yang sorang nih.

Aku tak berani nak tengok bab benda-benda tajam ni. Tengok jarum pun aku seriau inikan 
pulak nak tengok dia cucuk kat muka, walaupun aku pernah buat rawatan acupuncture 
di muka,  waktu aku kena strok dulu...........

              
Bekam resdung, bekam, bekam muka, bekam muka untuk hilang jerawat, resdung, rawatan mencegah jerawat, bekam menghaluskan kulit
Sebenarnya dia pun seriau juga waktu ni.
Mama dia lagi la tak tergamak nak tengok. Sekadar jadi tukang menghantar jer.

jerawat, cara menghilangkan resdung, bekam, bekam muka, 1 cawan, harga bekam, bekam ikut cawan, rawat jerawat
Gambar ni bukan aku yang ambik, tapi si Nurul.
Aku duk kat kerusi je masa proses berbekam ni berlangsung.

Muka Kak Long 4 hari selepas berbekam.

Molluscum contagiosum

Molluscum contagiosum (MC) adalah jangkitan virus pada kulit atau sesekali juga terhasil
daripada membran mukus. Kadang juga dipanggil ketuat air. Bintil ini adalah disebabkan oleh
poxvirus DNA yang dikenali juga sebagai virus molluscum contagiosum (MCV).  MCV tidak
menjangkiti haiwan ( sebaliknya hanya menjangkiti manusia ). Terdapat empat jenis
Molluscum Contagiosum  MCV-1 hingga MCV-4. MCV-1 adalah yang paling lazim dan MCV-2
biasanya berlaku di kalangan orang dewasa. Virus adalah penyebab molluscum disebarkan
dari seorang ke seorang, iaitu dengan menyentuh kulit yang terjejas. Virus ini juga boleh merebak
dengan menyentuh permukaan yang telah dijangkiti seperti tuala, pakaian, atau mainan.
Penyakit hasil aktiviti virus ini biasa mempunyai kekerapan berlaku yang lebih tinggi pada
kanak-kanak, orang dewasa aktif  menukar pasangan seksual, dan orang-orang yang immunodeficient.


Entri yang terletak di muka 1 carian Google

Yeaa.... masih lagi dalam versi keyboard aku berabuk dan aku pun tak tahu apa nak tulis
sebenarnya. Dalam dok terhugah-hugah cari idea tu ( idea sebenarnya kalau dicari memang
tak jumpa beb. Dia nyorok. ) Biasanya yang aku tulis memang idea spontan. Kalau spontan
dia jadik dan lancar je penulisannya. Kalau cari idea......jawablah...aku cuma boleh taip
bullet-bullet tajuk dan lepas tu tinggalkan berbulan-bulan kat draft tanpa sebarang penambahan.
Oleh kerana aku tengah kekeringan idea.., nak buat screen shoot panjang pulak listnya nanti
dan rasa menyemak pulak kat entri kali ni..., jadi aku tuliskan je lah tajuk dan kata kunci
entri-entri aku yang tersenarai di muka depan Google untuk tahun 2015
Saja......, nak buat kenangan.

Seksi

Hai, hai, dah lama sangat rasanya aku tak menulis di dairi digital ni. Bukan kerana sibuk
tapi kerana aku ketandusan idea barangkali dan minat tiba-tiba pudar. Jadi dairi digital
ini aku tinggalkan tanpa sebarang up date. Lagipun aku fikir dah sampai masa untuk aku
gantung keyboard. Tapi tiba-tiba hari ini selepas menghantar anak ke sekolah, menyinggah
le pulak ke kedai........................

Tips mengekalkan warna hijau sayur bila dimasak

Warna hijau bukan saja menyegarkan mata malah menambah selera di meja makan.
Jom saya kongsikan cara mengekalkan warna sayuran hijau agar kelihatan lebih
menyelerakan sebelum disantap ;-

1. Gunakan air rebusan yang sudah benar-benar mendidih baru celurkan sayur.
    Jika terlalu lama mencelur, warna sayur akan menjadi pudar dan sayur pula menjadi
    lembik.

2. Tapi cara yang paling mudah adalah dengan memasukkan 1/2 sudu kecil bikarbonate
    soda ke dalam air yang mendidih. Celur sayur dalam seminit dan toskan. Warnanya
    bukan hanya kekal hijau, malah cantik dan mempunyai testure yang rangup bila
    dikunyah. Petua ini boleh digunakan untuk memasak sayuran seperti khailan, brokoli,
    dan asparagus terutamanya.

3. Tak mau gunakan 2 petua di atas ?
    Bagaimana nak menjadikan masak lemak pucuk ubi anda kelihatan hijau tanpa
    pudaran warna. Senang aja caranya, basuh daun ubi bersih-bersih toskan airnya dan
    ambil sedikit garam lalu diramas pucuk ubi tadi dalam periuk. Sebenarnya bukan
    diramas tapi disental pucuk ubi tadi. Tambah garam sedikit2. Air yang keluar dari
    aktiviti meramas pucuk ubi tadi memang berwarna hijau. Anda tak perlu celur lagi
    tapi sayur ini akan menjadi sedikit pahit seakan rasa pucuk turi bila dimasak. Tapi dah
    pastilah rasanya lebih asli dan mengujakan terutamanya bila digandingkan hidangan
    dengan sambal belacan dan ikan kering. Memang sedap.

4. Memasak Kailan Chinese Style dengan memasak Kailan Tom Yam Style memang
    tak sama. Jika Chinese style sayurnya kita kena celur dalam bicarbonat soda untuk
    mengekalkan warna, tapi tomyam style kita kena tumis bahan-bahan tumisnya dalam
    2 minit dan masukan sedikit gula , kemudian baru masukkan kailan. Barulah meletop
    rasanya dan cemerlang warnanya,

Selamat mencuba.

Mirip


" Mama muka kita sama tak ? " Tanya Nurul satu hari kepada aku.
" Ramai kawan Nurul cakap muka kita sama. Senyum kita pun sama……….."
Kata kakak aku yang kat Kedah – muka Nurul memang sama dengan muka aku sejak dia kecil.
Yang pasti hidung aku tak bengkok tapi hidung Nurul bengkok. Dan dagu Nurul runcing macam
ahli sihir……….
Macam mana nak kata sama ?

Kata orang tua-tua pulak, anak perempuan yang bermuka mirip wajah ibunya memiliki
kerektor yang panas. Iaitu anak dan ibu akan sering berbalah. Situasi yang sama juga terjadi
jika anak lelaki mirip wajah si ayah. Dua orang manusia yang wujud dari tulang sulbi ini tidak
akan pernah bersetuju antara satu sama lain. Dengan kata lain asyik berbalah dan rumahtangga
akan mengalami masaalah.
Betul ke ?

Entah. Pada aku lah rumah tangga kalau nak panas bukan pasal muka anak serupa dengan
si ibu ATAU si bapa. Tapi panas disebabkan factor-faktor lain. Tapi yang aku tak beritahu dia
sebenarnya memang ada beberapa orang yang membisikkan kemiripan wajah kami. Dulunya
si kakak - Farah. Bila si kak long semakin dewasa, kemiripan kami semakin menghilang.
Jadi sekarang yang betul-betul mirip dengan aku adalah si Nurul. Sehingga kadang-kadang

bila aku sedang bercermin, Nurul akan sengaja berdiri di sebelah aku dan menyuruh aku
tersenyum. kemudian dia akan mengajuk senyuman ku. Hishh....anak bertuah ni.

Jadi untuk membongkar cakap-cakap orang tua tu........, aku adalah juga kelebek kat Google
mencari rahsia dan penyebab muka anak mirip ke ayah atau ke emak. Silalah baca tuan-tuan
dan puan-puan.

Namun bukan isu kemiripan wajah anak dengan ayah atau ibunya yang menarik perhatian 
tapi bagaimana Islam menjelaskan fenomena ini. Petang itu saya tertarik dengan penjelasan
dari seorang ustaz menyentuh soal fenomena ini lewat corong radio. Ia tentang seorang pendita
Yahudi yang tekenal di kalangan kaumnya iaitu Abdullah bin Salam yang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw  dengan tiga soalan ……….

 Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada engkau Ya Muhammad tentang 3 perkara :-

    1)  Apakah tanda pertama hari kiamat ?

    2)  Apakah makanan terawal yang akan dimakan oleh ahli syurga ?

    3)  Dan sebab apakah seorang anak itu menyerupai bapanya atau ibunya ?

   Nabi bertanya kepada Jibril dan menjawab soalan tadi :-

   Ada pun tanda pertama hari kiamat apabila timbulnya api dan manusia dihimpunkan dari
     timur hingga ke barat. Manakala makanan terawal yang akan dimakan oleh ahli syurga adalah
     hati ikan paus. Dan tentang anak yang serupa ayah atau ibunya ayahnya pula................
     jika jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya lalu nutfahnya mendahului nutfah isterinya
     maka anak itu akan menyerupai bapanya, jika nutfah isterinya mendahului nutfah suaminya
     maka anaknya akan meyerupai ibunya. "
                                 

                                         Yang pasti aku tak pernah panas dengan Nurul.
                                          Sebaliknya dia amat dekat dihati ku dan kami sangat rapat.

Jadi..., begitulah kaedah penerangan tentang soal kemiripan ini.
Kredit kepada penerangan di atas adalah kepada blog Encik Kamil. Boleh baca lebih lanjut
di situ.

Sekian, terima kasey.


5 TEORI POPULAR MLM DI MALAYSIA

5 TEORI YANG PALING POPULAR DALAM PERNIAGAAN MLM DI MALAYSIA
ADALAH :-

1. PARK'ING'
2. DREAM'ING'
3. HOP'ING'
4. BLAM'ING'
5. HOPP'ING'

*  PARK'ING nama bawah potential leader yang baru kita dapat tangkap.
    Hoho.....sebelah kaki dah siap secara auto. Confirm si beliau ni akan siapkan
    kaki lagi sebelah dengan cepat.

*  Lepas parking nama kita semula bawah dia, kita boleh lah berDREAM'ING
    yang leader baru kita tu akan buat kerja kaw-kaw untuk kita. So kita boleh lepas
    tangan dan goyang kaki sambil kira untung yang bakal masyuk.

*  Lepas tu boleh lah kita 'berHOP'ING' yang potential leader tu akan bawak masuk
    leader-leader lain dalam kita punya networking. Wahh......kerja makin jadi lebih
    senang dan besar selepas ni.

*  Ehem....., kalau leader baru yang kita sangka berpotensi itu akhirnya hanya lebih
    gaya dari aksi sebenar @ lebih sudu dari kuah .......jawabnya kita fly kite le dan supaya
    kita tak merasa bersalah terhadap kegagalan sendiri - kita BLAM"ING lah dia tu.
    Poyo lah..... bla..., bla.., bla..
 
*  Bila dah tau kita gagal melahirkan leader yang diharapkan, maka kita pun mula
    rasa seriau dan malu ler kan ? Networking tak menjadi sooo .., apa lagi,
    kita HOPP'ING lah semula.

   Tak gitew ??                             
teori popular, MLm, harapan, perniagaan mlm, Mlm di malaysia, teori



Teman Lelaki Upahan

Teman Lelaki Upahan yang mengisi slot drama bersiri Akasia di TV3 bermula jam 7pm
setiap hari buat aku teruja dan mempersiapkan diri untuk menontonnya setiap petang.
Tajuknya membuat aku terpegun. Best ke ceritanya ? Apa yang ada dengan tajuk drama
baru ini ya ? Drama Teman Lelaki Upahan ini diadaptasi dari novel  nukilan novelis
best seller Azura Rasidin telah berjaya memancing aku untuk menontonnya hanya
berbekalkan tajuk saja.

Diet

                               
                                   

                                                 Kata seorang teman ; 
     Kalau kepala nak diet, perut kata lapar, tapi
mulut tak berhenti mengunyah...., angap ajalah ' DIET' tu
      sebagai akaun yang anda terlupa password.


Errr......, dia kata . 
Saya memang dari jenis yang selalu terlupa password la .... hehe