Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Molluscum contagiosum

Molluscum contagiosum (MC) adalah jangkitan virus pada kulit atau sesekali juga terhasil
daripada membran mukus. Kadang juga dipanggil ketuat air. Bintil ini adalah disebabkan oleh
poxvirus DNA yang dikenali juga sebagai virus molluscum contagiosum (MCV).  MCV tidak
menjangkiti haiwan ( sebaliknya hanya menjangkiti manusia ). Terdapat empat jenis
Molluscum Contagiosum  MCV-1 hingga MCV-4. MCV-1 adalah yang paling lazim dan MCV-2
biasanya berlaku di kalangan orang dewasa. Virus adalah penyebab molluscum disebarkan
dari seorang ke seorang, iaitu dengan menyentuh kulit yang terjejas. Virus ini juga boleh merebak
dengan menyentuh permukaan yang telah dijangkiti seperti tuala, pakaian, atau mainan.
Penyakit hasil aktiviti virus ini biasa mempunyai kekerapan berlaku yang lebih tinggi pada
kanak-kanak, orang dewasa aktif  menukar pasangan seksual, dan orang-orang yang immunodeficient.




Jangkitan virus ini paling kerap berlaku pada kanak-kanak berumur satu hingga sepuluh tahun.
Molluscum Contagiosum boleh menjejaskan mana-mana kawasan kulit tetapi lebih tertumpu
di bahagian badan, lengan, paha, dan kaki. Terdapat bukti peningkatan kes jangkitan molluscum
telah merebak di seluruh dunia iaitu peningkatan kes sejak tahun 1966 lagi. Jangkitan ini boleh
merebak jika tidak dipantau secara rutin. Walau bagaimanpun kesannya jarang serius dan biasanya hilang tanpa rawatan. Molluscum Contagiosum sebenarnya berpotensi untuk berjangkit.
Dan sesetengah ketumbuhan ini juga boleh kekal di badan / kulit sehingga 4 tahun jika tidak
dirawat dengan baik.

                                                   
Molluscum contagiosum, Tretinoin cream, Conzero, Terrasil, sakit kulit, bintil di badan, rawat Molluscum contagiosum dengan cuka epal, krim rawatan, krim sapu untukMolluscum contagiosum
Molluscum contagiosum - tapi yang ini imej dari Google
Daniel marah waktu aku nak ambik gambar bintil yg tumbuh bawah ketiak dia.
' Mama nii.., saja nak memalukan anak sendiri kan ? ' - Dia kata

Molluscum Contagiosum adalah daging berbintil berwarna putih kemerahan, berbentuk kubah
atau mutiara dalam penampilan. Biasanya bersaiz  1-5 milimeter dalam diameter, dengan pusat
lekuk. Memang jangkitan ini tidak menyakitkan, tetapi sesekali boleh menimbulkan rasa gatal-gatal dan tidak selesa kepada pengidapnya. Menggaru bintil boleh membawa kepada jangkitan 
atau parut lain. Dalam kira-kira 10% daripada kes-kes ini akhirnya menjadi ekzema di
sekitar permukaan kulit.

Jadi bila bila aku tengok badan Daniel ditumbuh bintilan kecil di bawah ketiak yang halus…., 
yang aku sangkakan yang itu adalah bintil bagi orang  yang mempunyai high cholesterol tapi
rupanya ia adalah Molluscium contagiosum. Doktor yang meladeni Daniel memberitahu 
yang kanak-kanak tak mungkin ada high cholesterol – ia ke ? Aku macam percaya tak percaya je. 
Doktor Syikin kita, mungkin boleh bagi penjelasan yang lebih lagi kalau dia baca entri ni. Tapi si Daniel ni memang suka sangat minum Red Bull dari kecik dan aku menghadapi 
kesukaran untuk memisahkan dia dari minum air botol kesukaannya. Dan setakat ini rawatan
yang aku gunakan adalah dengan menggunakan CELLMAXX  kerana ia mempunyai 
anti virus dan anti fungus dalam kandungannya.

Dalam duk kelebek mencari cara merawat penyakit MC ni aku terjumpa link ini ;-
Subhanallah , cuka apple pun boleh digunakan untuk merawat Molluscium Contagiosum.

Sementara cream yang boleh digunakan adalah dari brand :
1. Tretinoin cream
2. Conzero 1
3. Terrasil

Nampaknya aku kena jejak satu persatu farmasi utk mendapatkan krim ni disamping
menyapunya bintil itu dengan menggunakan cuka apple.

Nota : Terbaru, setakat ini rawatan yang aku lakukan iaitu dengan memakan cellmaxx,
memakan cuka apple 1/2 camca kecil yang bercampur air hangat dan menyapunya dengan
cuka epal sudah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Bintil semakin menghilang.
Alhamdulilah.



2 comments:

  1. Selain cuka apple cellmax bole guna brand lain ke puan?

    ReplyDelete
  2. Anak sy jgk baru ade di bawah ketiak dlm 2bulan..tgh usaha untuk rawatan,cuka apple dah try,nmpk perubahan sedikit tp masih byk lg bintik baru yg timbul,skrg tgh order Conzero1..harap semoga cepat smpi

    ReplyDelete