Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mirip


" Mama muka kita sama tak ? " Tanya Nurul satu hari kepada aku.
" Ramai kawan Nurul cakap muka kita sama. Senyum kita pun sama……….."
Kata kakak aku yang kat Kedah – muka Nurul memang sama dengan muka aku sejak dia kecil.
Yang pasti hidung aku tak bengkok tapi hidung Nurul bengkok. Dan dagu Nurul runcing macam
ahli sihir……….
Macam mana nak kata sama ?

Kata orang tua-tua pulak, anak perempuan yang bermuka mirip wajah ibunya memiliki
kerektor yang panas. Iaitu anak dan ibu akan sering berbalah. Situasi yang sama juga terjadi
jika anak lelaki mirip wajah si ayah. Dua orang manusia yang wujud dari tulang sulbi ini tidak
akan pernah bersetuju antara satu sama lain. Dengan kata lain asyik berbalah dan rumahtangga
akan mengalami masaalah.
Betul ke ?

Entah. Pada aku lah rumah tangga kalau nak panas bukan pasal muka anak serupa dengan
si ibu ATAU si bapa. Tapi panas disebabkan factor-faktor lain. Tapi yang aku tak beritahu dia
sebenarnya memang ada beberapa orang yang membisikkan kemiripan wajah kami. Dulunya
si kakak - Farah. Bila si kak long semakin dewasa, kemiripan kami semakin menghilang.
Jadi sekarang yang betul-betul mirip dengan aku adalah si Nurul. Sehingga kadang-kadang

bila aku sedang bercermin, Nurul akan sengaja berdiri di sebelah aku dan menyuruh aku
tersenyum. kemudian dia akan mengajuk senyuman ku. Hishh....anak bertuah ni.

Jadi untuk membongkar cakap-cakap orang tua tu........, aku adalah juga kelebek kat Google
mencari rahsia dan penyebab muka anak mirip ke ayah atau ke emak. Silalah baca tuan-tuan
dan puan-puan.

Namun bukan isu kemiripan wajah anak dengan ayah atau ibunya yang menarik perhatian 
tapi bagaimana Islam menjelaskan fenomena ini. Petang itu saya tertarik dengan penjelasan
dari seorang ustaz menyentuh soal fenomena ini lewat corong radio. Ia tentang seorang pendita
Yahudi yang tekenal di kalangan kaumnya iaitu Abdullah bin Salam yang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw  dengan tiga soalan ……….

 Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada engkau Ya Muhammad tentang 3 perkara :-

    1)  Apakah tanda pertama hari kiamat ?

    2)  Apakah makanan terawal yang akan dimakan oleh ahli syurga ?

    3)  Dan sebab apakah seorang anak itu menyerupai bapanya atau ibunya ?

   Nabi bertanya kepada Jibril dan menjawab soalan tadi :-

   Ada pun tanda pertama hari kiamat apabila timbulnya api dan manusia dihimpunkan dari
     timur hingga ke barat. Manakala makanan terawal yang akan dimakan oleh ahli syurga adalah
     hati ikan paus. Dan tentang anak yang serupa ayah atau ibunya ayahnya pula................
     jika jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya lalu nutfahnya mendahului nutfah isterinya
     maka anak itu akan menyerupai bapanya, jika nutfah isterinya mendahului nutfah suaminya
     maka anaknya akan meyerupai ibunya. "
                                 

                                         Yang pasti aku tak pernah panas dengan Nurul.
                                          Sebaliknya dia amat dekat dihati ku dan kami sangat rapat.

Jadi..., begitulah kaedah penerangan tentang soal kemiripan ini.
Kredit kepada penerangan di atas adalah kepada blog Encik Kamil. Boleh baca lebih lanjut
di situ.

Sekian, terima kasey.


No comments:

Post a Comment