Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita dan sembang banjir



Elnino dijangkakan berakhir pada Mac 2015. Dan tiupan  angin Elnino sepatutnya
membawa pengaruh cuaca kering dan taburan hujan yang sedikit bila melalui
Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Namun siapa menyangka
kekuatan pengaruh Elnino dapat dipatahkan dengan fenomena New Moon
( iaitu bila kedudukan bulan sangat hampir dengan bumi yang membawa pengaruh
air pasang dan banjir ). Memburukkan keadaan bila semua kejadian ini berlaku
di saat angin Monsun Timur Laut bertiup di musim tengkujuh......., BANJIR.
Banjir yang ibarat Tsunami kecil telah melanda negeri-negeri di Pantai Timur
dengan kemusnahan infrastruktur dan harta benda diberitakan mencecah 1 
billionAstagfirullah...., berat sungguh dugaan MU kepada Malaysia kali ini.



Permulaan tahun 2015 dimulakan dengan memungut sisa kekuatan dan ketabahan
untuk membangun semula dari kemusnahan akibat banjir. Memang negara ini tidak
berperang, tapi angka kemusnahan akibat banjir telah pun mencecah 1 billion dan
dijangka meningkat sehinggalah taksiran terakhir dibuat nanti.

Dalam kemelut krisis kejatuhan harga minyak dunia dan penyusutan nilai ringgit,
kerajaan di bawah Dato Sri Najib terus mengumumkan bantuan khas berjumlah
500 juta untuk semua mangsa banjir.

Alhamdulilah, setidak-tidaknya sebahagian daripada cukai GST yang berjumlah 
RM 34.806 bilion yang telah berjaya dipungut setakat ini ( ikut lapuran wawancara
Mingguan Malaysia dengan Datuk Seri Khazali Ahmad -  Ketua Pengarah Kastam
bertarikh 4hb Januari 2015 ), dapat disalurkan untuk kegunaan dana khas mangsa
banjir dan bagi membaiki kemudahan infrastruktur yang tentunya bakal menelan
belanja yang banyak. Mudah-mudahan kerajaan dapat mengelakkan kesilapan
dalam menguruskan pendapatan negara kali ini. Inilah hikmah dari kutipan GST
yang kita tidak sangka. Jika tidak, mana kerajaan nak kutip duit membantu negeri
- negeri dan rakyat yang diduga dengan musibah banjir ini ?

Terkini diberitakan Johor dan Negeri Pahang ( terutamanya mereka yang tinggal
di pesisir pantai bakal berdepan dengan ramalan gelombang banjir ke 3. Dan
jika mengikut lapuran jabatan kaji cuaca/meteorologi hujan lebat dan ribut petir
bakal berlaku di Johor dari 14/1 - 16/1/2015.

Dan hari ini ketika misi bantuan dan kemanusiaan bertali arus menuju Kelantan,
Trengganu dan Pahang, Hafizul Haq dan sepupunya ( Bukhari Muslim ) adalah
salah seorang dari yang menjadi anggota sukarelawan itu.

Anak sulung ku kecewa bila dia tak dapat pergi sama. Bukan kerana dia terlibat
dengan aktiviti lain. Sebaliknya hanya kerana dia perempuan. Sedangkan ahli
sukarelawan yang diperlukan adalah lelaki. Kata mereka mudah untuk mereka
memantau pergerakan dan penempatan. Lelaki boleh tidur di balai raya atau pun
di surau. Sedang sukarelawan perempuan, di mana nak mereka tempatkan ?

Dan sehingga hari ini Farah masih menunggu panggilan dari mana-mana NGO
yang memerlukan sukarelawan untuk menabur bakti di negeri-negeri yang dilanda
banjir. Farouk tak dapat turut serta kerana sedang bergelut dengan peperiksaan
'sem pertama'.

Tapi yang buat aku angin hari ini ialah.., sewaktu kami sedang sarapan pagi tadi,
Hafizul Haq tiba-tiba terbuka mulut mengatakan yang dia bawa seluar pendek
sebagai pakaian sewaktu membuat kerja nanti. Katanya lebih mudah bergerak.
Seluar pendek ?? Untuk buat kerja di Kelantan ?

Aku rasa nak luku kepala dia kat meja makan tu. Selalu fikiran dia tentang bab-bab
penyediaan pakaian tidak pernahlah mengecewakan seperti hari ini. Dia selalu tahu
pakaian yang bersesuaian mengikut etika dan tempatnya. Seluar pendek ? Dia ingat
dia buat kerja sukarelawan kat Hong Kong ??

" Ala maa., budak MRSM kadang pun sengal juga. Wayar otak putus sebab banyak
sangat angkat berat kat gym." Daniel menyampuk selamba sambil menyental
roti cheese ke mulut. Mata Hafizul dah bulat merenung muka si adik.
Budak umur 10 tahun ni memang boleh tahan mulut lasernya. Kalau aku tak ada
kat situ harus dah disepak mulut si Daniel tadi. Nasib baiklah di tempat awam....

                                   
berita, berita bajir, berita kejadian banjir,banjir gelombang ke 3, kemusnahan banjir, kemusnahan infrastruktur, angka kemusnahan akibat banjir, laporan meteorologi, sukarelawan banjir, bantuan banjir, derma banjir
  Lupakan perbezaan pegangan politik dan dahulukan niat untuk membantu
                            hanya kerana Allah semata.

sukarelawan banjir, negeri yang dilanda banjir, dana bantuan banjir, kerja pembersihan banjir, belia plkn, belia bantu banjir, banjir besar, fenomena new moon, angin monsun timur laut, tsunami kecil, negeri pantai timur








No comments:

Post a Comment