Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINA

Tulisan ini aku dedikasikan kepada mereka yang bernama Lina. Yang kebetulan serupa
namanya dengan aku. Lina bermaksud lembut,baik dalam bahasa arab. Di Sweden
Estonia, Lithuania dan negara Scandinavia ' LINA' adalah nama yang popular dan
menjadi pilihan kepada anak-anak perempuan yang baru lahir. Nama Lina juga mempunyai
pengaruh dari China dan Peranchis. LI dalam bahasa cina bermaksud cantik. NA pula
bermaksud bergaya/ elegant. Wah....gitu. Karektor ?



Manalah aku nak tau. Kerana manusia ni berbeza tarikh lahir, dilahirkan pada hari dan
waktu yang berbeza, dipengaruhi zodiak dan didikan yang berbeza antara satu sama
lain. Tapi kebanyakan ' LINA' yang aku jumpa berwatak kelakar, simple, ramah dan
mandiri dan sedikit gila-gila ( kadang-kadang ). Jadi berbanggalah wahai ke semua Lina,
kerana kita menjadi dendangan dalam lagu Dato Shake....hehe, jangan jealous. Yang pasti
dedikasi ini bukan untuk orang yang bernama Lina Joy.


Dato Shake

Di Johor, aku mengenali seorang yang bernama Lina. Nama penuhnya Harlina. Dan
kebetulan waktu itu aku ada beberapa orang kawan yang juga bernama sama. Jadi
untuk mengelakan kekeliruan, aku memanggilnya Lina Yem. Dia adalah isteri kepada
kenalan aku yang bernama Abang Yem ( Ibrahim bin Chik ). Satu hari Lina menjemput
aku datang ke rumahnya untuk makan bersama. Dia menghidangkan soto kepada aku
dan suami. Bila kuah soto itu mencecah lidah, aku rasa lain sangat. Suami aku memberi
isyarat mata, aku hanya mengangguk dan meneruskan menyudu kuah kerana tidak mahu
mengecilkan hati tuan rumah. Lina datang dari dapur membawa lagi satu mangkok besar
soto untuk dirinya sendiri. Mengambil tempat di sebelah aku sebelum menyudu soto
di dalam mangkoknya. Matanya kemudian terkebil-kebil sebelum dia bertanya aku soalan
kelakarnya yang tak boleh aku lupa sehingga sekarang, " Ehh....Lin, ko rasa pelik tak
kuah soto aku ni ? "
Alamak...,dia tanya sudah. Abang Yem yang sedang menyudu soto segera letak sudu.

" Kau nak suruh aku jawab yang betul ke yang tak betul ? "

" Ahh...tak payah jawablah. Macam tak sedap kan kuah soto yang aku masak ni ? "

Kami berempat pecah ketawa berderai. Sejak itu ayat itu menjadi panduan aku bila
memasak. Kalau lidah sendiri pun rasa pelik dan rasa tak sedap....., nampak gaya jangan
harap tetamu memuji sedap. Simple je benchmark 'kesedapan' tu.

Dan Lina menyambung semula ceritanya sambil menyuakan aku kuih koleh-koleh kacang.
" Engkau tau, hari tu abang Yem ni cuba membodoh-bodohkan aku. Mentang-mentanglah
sekarang ni aku dah jadi suri rumah...., dia bantai semacam je bila menjawab. "

" Abang Yem, kenakan kau apa ? "

" Aku tanya dia Y2K tu apa ? "

" Dia jawab apa ? " aku tanya lagi.

" Boleh dia jawab, Y2K tu jenama barangan letrik ! Tak geram aku kat dia ? "

Kah kah kah...kami ketawa lagi. Dan cerita Y2K jenama letrik itu telah berlalu 15 tahun
sudah. Aku dah lama terputus hubungan dengan mereka. Rindu ? Ya,memang aku rindu.

                                     Kenangan bersama Lina Amzar di The Everly

2. Perkenalan kami hanya bermula di Facebook. Dia menghantar friends request dan aku
approved. Kami jarang berbual dan satu-satunya perbualan kami hanyalah bila menjelang
raya. Saling mengucap selamat hari raya dan bertanya kabar. Tahun in bererti sudah 4
tahun kami berkenalan. Bererti mesej raya kami pun sudah 4 kali  hahaha. Lebih dari itu
kami hanya meninggalkan komen mengusik di status masing-masing. Minggu pertama
ramadan yang telah lepas, Lina Amzar tiba-tiba menghantar aku mesej di facebook.

" Lin, i nak ajak you and family berbuka puasa."
Lina Amzar menulis undangan simple di inbox aku.

" Eikk..., tak salah tulis ke ni Lina ? Anak i satu gerabak keretapi.... "

" Betul. I tak salah tulis. Tapi you and family aja tau, jiran-jiran tak termasuk. "

Aku ketawa membaca jawapannya. Masih mencari kepastian samada dia mempelawa
ayam ataupun mempelawa itik.

" You tak menyesal ke ? Dia orang makan banyak. Menangis you nanti bayar bil. "

" Seriussss. You datang aja satu family. Semua on the house. Jangan risau. You datang
tau. I ingin sangat berjumpa dengan you. Cuma.., kalau you nampak i hilang lama tu........
, maknanya i adalah duduk kat toilet jab - tengah nangis lepas check beg duit. "

HAHAHA....pecah berderai tulisan ketawa kami di whatsapp.

" Ala, bukan you aja yang teringin jumpa, I pun sama. 4 tahun ni kita kenal di internet je
kan ? Ok la, i datang. Tapi you jangan tak ada pulak...bogel i nanti kat sana... "

" Hahaha...., jangan risau. I sampai awal. You datang aja. Tapi, err...., i tetap teringin
tengok you bogel hahaha...., "dia ketawa menjawab mesej aku. Dan sabtu minggu pertama
ramadan, aku dan keluarga memenuhi undangannya di The Everly Putrajaya. Ternyata dia
memang ramah, manis dengan senyuman dan sangat mandiri. Lina seorang entrepreneur.
Perniagaan tradingnya hanya dijalankan dari sebuah ruang kecil di rumah. Namakan apa
saja yang pelanggan mahu, dari kain baju muslimah, koleksi tudung, pinggan mangkok,
hamper hari raya, segala jenis mesin cetak dan pelbagai. Jujur aku bangga mengenali
seorang wanita berjiwa kental, berkebolehan dan amat merendah diri sepertinya. Dia ibu
kepada 2 orang anak kecil. Suaminya seorang eurosian juga ramah melayan kami. Terbaru
aku mengajak Lina bekerjasama supply tayar lori dan trailer ke Iraq hehe....    
                          
3. Lina Abd Rahman. Selepas aku approve friend requestnya terus dia menghantar
mesej terima kasih kerana approvekan friends request darinya. Lina yang ini dia buat
dengan Phyto Sains - Double Stem Cell. Kira pesaing aku dalam Cellmaxx. Tapi dia
begitu menghormati perniagaan yang aku jalankan. Kami sering bertanya kabar dan saling
memberi sokongan. Belum ada kesempatan lagi untuk berjumpa kerana dia tinggal di Ipoh.
Tapi insyaallah akan diusahakan sedikit masa lagi.

Mengenang mereka yang bernama Lina membuat aku tersenyum sendiri. Perut lapar
dan aku nak turun ke bawah mencari makanan. Sedang aku menyuap biskut raya, Farah
turun tangga sambil ketawa kecil. " Mama....kawan kakak kirim salam pada mama, dia kata
selamat hari raya dan dia minta maaf externally and sexcually.
" Poofff......, biskut raya putu kacang yang aku baru kunyah tersembur keluar.
Farouk menjerit, Mamaaaaaaa !!!!



No comments:

Post a Comment