Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan bersama syiah

Buku itu aku beli sejurus keluar pintu bank, ia dihulur oleh seorang penjual buku kaki lima
kepada aku. Aku sebenarnya memang malas nak beli, sebab dah banyak buku yang aku
beli di rumah dan masih belum sempat dibaca. Tapi memandangkan tajuk buku itu
memang menarik, aku terpanggil untuk membelinya. Sudah 4 bulan buku di bawah ini
bertapa di rumah dan aku masih belum punya waktu untuk membacanya. Masih dalam
mood hari raya dan kononnya masih dalam tempoh memerap di rumah.., ada masa kut.
Rasanya kejab lagi nak kelebek la apa isi buku ni.



                                                 
syiah, syiah ajaran sesat,nikah mutaah, jenazah syiah, syiah di iran, syiah di asia barat, intelektual dan syiah, penganut syiah, fahaman syiah
Syiah memang terpesong.

Syiah, senonim dengan nikah mutaah. Nikah mutaah adalah nikah sewaan. Seseorang
perempuan itu halal dinikahi tanpa perlu ada rasa tanggungjawab menyediakan tempat
tinggal, dan nafkah zahir kecuali nafkah batin. Selepas habis menyelesaikan nafkah batin
dan melalui satu tempoh yang disepakati bererti pasangan itu bebas menentukan hala tuju
masing-masing, kerana nikah mutaah tidak bertalak. Hanya yang aku tidak pasti jika
seorang pengamal syiah ini adalah orang yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak
perempuan.....adakah si ayah tadi setuju jika anak gadisnya menjalani pernikahan
mutaah. Wahai..., malanglah si anak gadis jika ayahnya bersetuju dengan amalan ini.

Ironinya memang ramai intelektual yang terjebak dan menyukai ajaran syiah ini. Mereka
adalah penyokong dan penggiat utama di belakang tabir. Keterlaluankah aku menulis
perkara ini ? Tidak. Kerana aku menulis berdasarkan pengalaman dan pencampuran
aku dengan beberapa ahli syiah yang aku kenal identiti mereka.

Salah seorang ahli syiah ini adalah kenalan ku, seorang doktor. Pada dasarnya dia
tak mengaku syiah, tapi melalui up date statusnya saya tahu dia memang mendukung
fahaman ini. Dan 2 tahun sudah seorang lagi kenalan aku - seorang peguam meninggal.
Dan aku menyaksikan bagaimana jemaah syiah menuntut jenazah aruah untuk mereka
uruskan tanpa campur tangan walau dari keluarga sendiri. Keluarga yang ada tidak dapat
menolak kerana ada lagi 2 orang adik-beradik si aruah yang menganut fahaman yang
sama menyokong tuntutan itu.

Apakah faktor yang menyebabkan syiah begitu disukai oleh ramai intelektual kita ?
Kalau mengikut pemerhatian aku, salah satunya kerana golongan ini ingin mengekal
kan status dihormati, disegani, terlihat beragama dan alim, melakukan ajaran agama
tapi dengan cara mudah dan terpesong.

Salah satunya kerana mereka berpendapat ' cara syiah menunaikan solat ' memudah
kan urusan harian. Kenapa ? Kerana menjadi syiah sangat senang. Walau tidak ber
musafir,mereka boleh menjamak dan mengqasar terus solat. Solat asar dan zohor
( yang 4 rakaat ) boleh dijamakkan dan boleh pula diqasarkan sekali. Sedangkan
kita dalam mahzhab sunnah hanya boleh menjamak dan mengqasar bila bermusafir.

Dan bulan puasa lepas sewaktu aku menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan
oleh syarikat kebetulan salah seorang dari jemaah syiah ini hadir bersama. Jika kita
berbuka puasa pukul 7.30pm, syiah masih belum berbuka puasa. Mereka hanya
berbuka pada pukul 8 malam. Caterer pada hari itu tertinggal buah kurma yang sepatut
nya mereka bawa. Ayat yang paling best aku dengar waktu sedang berbuka hari itu
adalah pertanyaannya, " Ehh...tak ada kurma ? Haram berbuka kalau tak ada
kurma." Aku yang tengah mengunyah makanan rasa tercekik.

Jom aku kongsikan debat antara syiah dan sunnah yang pernah aku baca, di majalah
Mastika sedikit waktu dulu ( keluaran tahun lepas jika tak silap ) :-

Satu hari pemimpian Iran memanggil ulama syiah dan sunni untuk berdebat dan untuk
mengetahui perbezaan jelas antara 2 kelompok ini. Kesemua ulama syiah datang awal.
Ke semua ulama sunni yang telah dijemput juga datang awal kecuali seorang ulama
sunni yang bernama DEEDAT. Bila ulama Deedat ini akhirnya sampai ke tempat
persidangan, dia berjalan tanpa memakai kasut sebaliknya hanya mengepitnya di celah
ketiak. Ulama syiah memandang kehairanan dan bertanya, "mengapakah kamu
mengepitkan kasut kamu begitu ?"

" Aku terdengar di zaman Rasullullah s.a.w. yang syiah suka mencuri kasut, "
Deedat menjawab bersahaja.

Ulama syiah menjawab dengan tidak puas hati, " mana ada syiah di zaman Rasullullah. "

Deedat menjawab balik, " Ohh....kalau begitu perdebatan kita telah tamat. 
Kesimpulannya....., dari mana datangnya agama syiah kamu semua ??? "

Aku memang tidak alim, tapi moga allah menjaga pendirian aku agar tidak berpaling kepada
syiah. Menangis aruah yai aku di alam barzah nanti.


No comments:

Post a Comment