Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAMADAN AL-MUBARAK

Lagi beberapa hari kita akan menempuh Ramadan Al-Mubarak. Masih 
adakah puasa tertunggak yang belum diqadakan ? Ingat, bila berganti tahun
masih belum juga diqada maka standby la untuk bayar fidyah. FIDYAH
adalah denda yang dikenakan syarak kepada mereka yang sengaja
melewat-lewatkan mengqada/mengganti puasa mereka. Bagaimanakah
kiraan fidyah puasa dilakukan dan apakah bentuk bayarannya ?


TIPS MENGURUS MASA

Aku memang bukan super woman yang boleh melakukan semua perkara
dengan serentak. Jadi aku buat mana yang lebih penting dahulu.
Yang kurang penting aku tangguhkan. Aku hanyalah seorang suri rumah yang berkerja
sendiri. Jadual aku bermula dari 6.30 pagi dan biasanya tamat jam 2 pagi. Bagaimana
cara menguruskan masa dengan effisien untuk seorang suri rumah yang berkerja sendiri
seperti aku ? Leverage dan bahagikan tugas. Anak aku ada yang
bersekolah pagi dan petang. Memang....., kadang lepas sembahyang subuh, aku beri
kelonggaran untuk mereka sambung balik tidur sehingga 9am atau terus 
siapkan kerja sekolah mereka. 9.30am  tugas masing-masing akan bermula dan sehingga
kini, anak-anak sudah hafal dengan tugas masing-masing. Simple. Aku tak perlu gunakan
khidmat pembantu rumah.

BLACK DAN NURUL

Tasha  tiba-tiba terjerit-jerit dan mengoncang-goncang grill rumah, " syoh ! syoh !"
Seekor anak anjing katik terkedek-kedek melepasi pagar. 2 dari 6 ekor kucing aku
lari berdesup ke dalam rumah. 4 ekor lagi memerhati dengan kehairanan. Anak anjing
itu selamba menuju bekas makanan kucing dan memakan dari bekas.

Teh tarik restoran mamak


                                            Asal betik muda menjadi kerabu
                                            Kerabu kaki ayam pun sedap juga
                                            Mata dah hampir naik kelabu
                                            Dok mengadap skrin komputer

I NEED TEH TARIKKKKK !!!!! 
Arghhhh.....tension aku mengadap line internet yang macam siput dot dot ni.
Semenjak kecurian cabel ( yang tak tahu entah kali keberapa puluh di tempat aku ni ),
line internet menjadi lebih parah dari yang sebelumnya. Banyak masa aku hanya
berinternet melalui hp je. Menjawab messege, berFB, berinteraki dengan kawan, bincang
hal-hal persatuan, melayan pelanggan semuanya guna Whatsapp je. Sampai aku rasa nak
meroyan, nak muntah dan mata hampir rabak melayan hp.

Nak buat entri asyik sangkut-sangkut, loading tak berhenti-henti, line kejab ada,
kejab hilang ...................semuanya memang menguji kesabaran aku. Blogwalking toksah
tanya lah. Memang tak cara dah. Semuanya buat aku tension yang teramat sangat. Aku
perlukan teh tarik mamak. Ahak, Malaysia kan ? Aku hanya nak menjaga
identiti pelancongan nih. Tak kena teh tarik mamak - hidup serba tak menjadi.
Ahaks.

KENAPA TEH TARIK MAMAK SEDAP ?

Pasal duduk tak sampai 5 minit segelas teh tarik yang berbusa sudah siap terhidang
di depan mata. Teh kedai biasa tak sedap, kerana kena tunggu lebih 10 minit pun belum
tentu teh sampai. Kadang kala kena buat pesanan kali ke 2 kalau tak kali ke 3. Itu pun
tak tau kurun ke berapa baru teh yang diorder tu sampai.

Faktor  ke 2 pula, kita boleh duduk berjam-jam dan gebang  macam-macam cerita,
2 -3 jam tanpa bimbang dijeling oleh mamak dan pekerjanya. Sebaliknya kat kedai
biasa, tokey kedai bukan setakat menjeling malah pekerjanya pun turut bermasam muka.
Kejab-kejab lap meja, kejab-kejab lap meja. Sampai teh tarik pun dah tak rasa
lemak sebaliknya terus jadi pahit.

Selain dari itu, faktor ke 3 yang menjadikan teh tarik makak sedap ialah anda boleh order
sambil buat ugutan, " Tak sedap kalu, saya hantar balik." Cuba pergi kat kedai melayu,
berani cakap macam tu ?

Teh kedai biasa anda nak bubuh ayat berbisa macam tu ? Hehkirim salamlah.
" Teh ni baru harga 2 hinggit lah bang.., macam-macam minta. Berlagak," kata pembantu
kedai terkomat kamit dan rasanya anda pasti faham muncung mulut yang mereka gayakan.
Baca gerak bibir. Cayalah. Tak lama lagi boleh jadi profesional.

Okay, apa lagi yang menjadikan teh tarik mamak sedap ?
Rahsianya adalah terletak kepada campuran dan bancuhan teh itu sendiri.
Teh di kebanyakan kedai melayu kebanyakannya mecampurkan gula pasir untuk memberi
rasa manis dan perahan teh yang ( tak tahulah yang dah berapa kali mereka gunakan ).
Macam double standard sangat kan ayat aku ni hehe........

Tapi ada juga warong, kedai dan restoran melayu yang teh tariknya sama kaw macam teh
tarik mamak malah kadang mungkin lebih lagi. Nak tahu rahsia buat teh tarik yang sedap ?
Gunakan teh cap mesjid + dengan teh tarik boh. Bancuhan serbuk mestilah sama banyak.
Air mestilah gunakan air yang betul-betul mendidik. Bila dah dibancuh air teh tu, biarkan
3 minit. Masukan 1 sudu kecil susu lemak manis dan setengah sudu kecil susu cair. Nak
lebih lemak dan berperisa celupkan sudu yang kita guna untuk bancuh teh tu tadi dalam
air garam. Lemak berperisa awak......serius gila, memang best teh tarik tu nanti.

Dan..............yang ini rahsia penghabisan tau, tak ramai orang tau ni. Kalau petua kat
atas ni korang masih gagap-gagap nak buat.......................................................

                                             
teh tarik sedap, rahsia teh tarik, cara nak buat teh tarik sedap,resepi bancuhan teh tarik, teh tarik ali cafe, teh tarik letak garam, teh tarik identiti pelancongan, teh tarik yang lemak dan berkrim,
Beli aja la brand ni. Campur dengan 1/2 camca teh susu pun sedap. Ahak, ahak.

Kegunaan bawang putih dalam diet pemakanan


Bawang putih, ramai yang mengelakkan untuk menggunakna bahan memasak ini
atau paling tidak mengurangkan penggunaannya dalam masakan. Bawang putih
mengandungi aroma yang kuat bila ditumis. Masakan sup tidak akan menjadi atau
berbau harum tanpa campuran tumisan bawang putih tadi. Tetapi berbanding dengan
orang kita, masyarakat China menggunakan bawang putih dalam setiap menu mereka.
Ia merupakan bahan wajib bagi masyarakat China.

Bagi saya sendiri bawang putih mempunyai keistimewaan untuk meranggupkan
bawang goreng. Bawang merah goreng buatan sendiri ini mampu bertahan lebih 3 
bulan walaupun tanpa pengawaet. Caranya adalah dengan memasukan hirisan bawang
putih ke dalam gorengan bawang merah yang ingin kita jadikan bawang goreng nanti.
Tak perlu banyak, setiap suku kilo bawang merah yang kita kupas, campurkan dengan
seulas bawang putih. Goreng sekali gus dengan bawang merah tadi sehingga garing. Dan 
tip mudah untuk mengupas bawang merah tanpa pedih atau menitiskan air mata adalah
dengan merendam bawang-bawang merah itu dalam besen yang di isi air.  In sya allah
mata tak lagi berair. Jadi tak ada masalahlah mengopek bawang ketika rewang di rumah
kenduri kahwin. ( Kalau cenggitu nak kopek berkilo-kilo pun tak ada masalah.)

Salah satu bahan yang terdapat di dalam bawang putih yang boleh menghambat  
rasa lapar dan menyekat nafsu makan adalah Allicin. Jadi, banyakkan lah makan 
bawang putih dalam diet pemakanan Memang badan akan berbau tapi jangan bimbang, 
ada  cara paling mudah untuk menghambat bau badan. Caranya adalah dengan 
mencampurkan kapur makan dengan air limau nipis dan gosok-gosokkan di ketiak 
pada waktu mandi, In sya Allah badan tidak berbau lagi walupun tanpa menggunakan 
deodorant.

Aroma khas dalam bawang putih memang boleh membangkitkan selera, sebab itu 
bahan rencah Nasi Ayam menggunakan bawang putih. Ayam goreng yang bumbunya juga
adalah campuran bawang putih, halia, serai dan lengkuas serta jintan akan membangkitkan
aroma yang lebih kuat dan harum.

Bawang putih juga berfungsi merangsang Nitric oxide di dinding saluran darah justeru ia
membantu saluran darah untuk mengembang. Seterusnya mengawal tekanan darah dan
mengurangkan risiko darah tinggi serta strok. Cara paling senang mengkonsumsi bawang 
putih adalah dengan mengambil kapsul bawang putih yang banyak terjual di pasaran.

Kenapa bawang putih boleh berfungsi sebagai anti bakteria dan anti virus ? Ini 
adalah kerana bahan Allicin yang ada di dalamnya bertindak sebagai agen anti bakteria
dan anti virus dan bertindak memusnahkan mikrob. Justuru ia memang satu pertolongan
yang dialu-alukan untuk melawan jangkitan perut dan influanza. Sekali lagi cara paling
mudah untuk mendapatkan khasiat bawang putih adalah melalui pengambilan kapsul
iaitu jika anda bencikan baunya yang kuat. Ingat, kapsul bawang putih dan BUKAN 
KAPSUL BAWANG GORENG !



SEGMEN Saya Mau Doodle Dayang Dena

klik banner untuk penyertaan



**PERHATIAN
30 Pemenang dicari
Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
Cara pemilihan pemenang melalui Random.org

Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

Oh Azizah - Sipemberi semangat

Aku tidak pernah ramah dengannya. Muka dia yang separuh mamak, separuh benggali,
sering buat aku tertanya-tanya - betul ke dia mak cik aku ? Ultra kiasu agaknya aku ni.
Berpuluh tahun aku menjadi anak bapak, aku tak pernah tau yang makcik muka benggali
tu adik bapak aku ( lain mak dan satu ayah ).Adik beradik bapak aku yang lain aku kenal.
Seramai 20 orang tu, ada muka Jawa. Ada muka Arab. Ada muka China abis. Tapi
dia - aku tak kenal. Dalam hati aku selalu bertanya bila masa yai aku kawin Benggali ?

Kontroversi besarkan payudara menggunakan Stem Cell @ Pemindahan lemak ?

PAYUDARA. Menulis perkataan ini bagi setengah orang adalah tabu.
Apatah lagi jika menulisnya sehingga menjadi bacaan umum. Penggunaan
istilah payudara lebih sopan berbanding beberapa  istilah kontrovesi yang lain.
Payudara adalah aset utama seorang wanita. Ia menjadi simbol feminin kewanitaan
dengan menciptakan keindahan yang tersendiri. Kebanyakan wanita memang
memberikan lebih perhatian pada aset yang satu ini. Dan apabila perkataan itu
menjadi 'tabu' maka gambaran dan imiginasi yang tercipta pasti lebih hebat dari
yang tersurat. Ia menjadi tarikan seksual yang tersendiri dan terselindung. Bukan
sekadar tarikan kepada lelaki yang berhidung belang malah ia menciptakan
kebanggan yang tidak terucap kepada tuan punya tubuh. Maka itu di dalam islam
dianjurkan 'melabuhkan tudung' bagi menutupi bahagian dan kawasan yang
terlarang itu.

Video YouTube

Jom tengok video procedure dan cara mengeluarkan STEM CELL DEWASA
dari tulang sum-sum tubuh.
                                           
Anda berani menjalani procedure ini ? Kalau tak berani makan aja Cellmaxx.

FAKTANYA :-

1 JAM selepas pengambilan 1 sachet CELLMAXX =3gm, dibuktikan berupaya mengeluarkan
3- 4 juta stem cell induk dewasa ( yang baru ) dari tubuh. Yang baru tau. Bukan yang telah
sakit atau pun yang rosak. Jangan lupa setiap sel dalam tubuh mempunyai jangka hayat.
Jadi fikir-fikirkan samada anda nak hidup dengan sel-sel tubuh yang telah lama dan uzur.
Atau anda nak hidup bersama sel-sel tubuh yang baru dan sihat ?

                                       
Jika Lee Chong Weh sanggup berabis berpuluh ribu untuk rawatan terbaru menggunakan
menggunakan stem cell induk , tidak kah lebih jimat jika anda mengambil Cellmaxx ?