Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kontroversi besarkan payudara menggunakan Stem Cell @ Pemindahan lemak ?

PAYUDARA. Menulis perkataan ini bagi setengah orang adalah tabu.
Apatah lagi jika menulisnya sehingga menjadi bacaan umum. Penggunaan
istilah payudara lebih sopan berbanding beberapa  istilah kontrovesi yang lain.
Payudara adalah aset utama seorang wanita. Ia menjadi simbol feminin kewanitaan
dengan menciptakan keindahan yang tersendiri. Kebanyakan wanita memang
memberikan lebih perhatian pada aset yang satu ini. Dan apabila perkataan itu
menjadi 'tabu' maka gambaran dan imiginasi yang tercipta pasti lebih hebat dari
yang tersurat. Ia menjadi tarikan seksual yang tersendiri dan terselindung. Bukan
sekadar tarikan kepada lelaki yang berhidung belang malah ia menciptakan
kebanggan yang tidak terucap kepada tuan punya tubuh. Maka itu di dalam islam
dianjurkan 'melabuhkan tudung' bagi menutupi bahagian dan kawasan yang
terlarang itu.


Ramai  wanita yang mengidam memiliki bentuk dan saiz payudara yang besar, 
seksi dan indah. Aset wanita yang satu ini begitu mengujakan. Ia amat diberikan
perhatian oleh wanita yang mementingkan kanggunantermasuk yang ingin 
menarik perhatian dan meminta penghargaan dari pasangan.

Ada pendapat mengatakan tidak lengkap kecantikan wanita itu tanpa saiz
payudara yang mantopPetua pemakanan, senaman, makanan khusus untuk 
pembesaran payudara dicuba, injection dicari untuk membesarkan saiz payudara.
Ramai yang teruja untuk menukar saiz cup, dari B ke D, atau sekurang-kurangnya 
ke C. Pembedahan pembesaran payudara adalah alternative terakhir wanita bagi
mengembalikan keyakinan diri untuk tampil lebih anggun dan berkeyakinan. 
Kerana itu ramai yang berlumba-lumba mencari cara terbaik bagi merawat 
aset tubuh yangg satu itu. Lambakan jenama produk pembesaran payudara 
menjadi pilihan pada mereka yang tidak mahu penjalani pembedahan
pembesaran payudara.

Implan payudara telah menjadi subjek kontroversi selama beberapa dekad.
Implan silikon dalam pembedahan payudara terbukti banyak menimbulkan 
implikasi kepada penerimanya. Ramai yang berjaya tapi ramai juga yang kecewa
akibat kesan sampingan yang ditimbulkan dari pamasangan payudara silikon ini.
Risiko ? Sendiri tanggung.

Tetapi kini di era baru, dengan penyelidikan yang semakin berkembang
memberikan pilihan rawatan cara lebih terkini untuk melakukan ' pembesaran 
payudara',samada bagi memuaskan hati sendiri melihat saiznya yang telah berubah, 
mahupun bagi tujuan merawat penyakit yang mereka deritai.

Terkini di pasaran selepas rawatan melalui pemindahan lemak ( untuk
membesarkan saiz payu dara ) adalah dengan' tanaman semula stem cell ' 
di payudara yang ingin dipulihkan saiznya.

1. Menggunakan Sel Stem

Kajian menunjukkan terapi Stem cell merupakan kaedah implan payudara
' semula jadiyang terbaik ketika ini. Ia tidak mengujudkan komplikasi berbanding 
implan payudara tradisional - memasukan silikon. Rawatan pembesaran payu dara 
menggunakan stemcell diharap dapat memberikan peningkatan saiz cawan yang
penuh kepada wanita yang memilih untuk menyuntik stem cell sendiri ke payudara 
mereka. Secara logiknya tubuh akan memberikan riaksi penolakan sekiranya benda 
asing dimasukan kedalam tubuh, tetapi dengan menyuntik stem cell sendiri di tempat
diperlukan, tiada yang perlu dirisaukan lagi. Dengan kata lain tidak akan berlaku 
komplikasi dan penolakan akibat suntikan stem cell di payudara anda dan pasti 
hasilnya sangat positif.

2. Mengurangkan Lemak Perut

Cara ini sebenarnya adalah cara terawal digunakan, iaitu sebelum penemuan /
kaedah stem cell digunakan. Rawatan ini bukan saja dianggap bermanfaat untuk
wanita yang ingin menambah saiz payudara mereka, malah ia juga boleh 
mengurangkan lemak di perut ! Prosedur ini melibatkan mengeluarkan sel stem 
daripada lemak perut dan kemudian membiakkan sel-sel stem itu tadi di dada 
wanita ( yang memilih rawatan ini ).

Buat masa ini, ramai penyelidik berpendapat bahawa 2 rawatan di atas adalah
cara terbaik untuk menolong wanita mendapatkan saiz payu dara idaman mereka. 
Btitain adalah negara yang mengetuai penyelidikan terbaru ini. Iaitu, di mana 
kajian klinikal dijalankan untuk menyiasat pertumbuhan stem cell bagi membantu 
memperbaiki payudara wanita yang mempunyai lumpektomi untuk membuang 
kanser. Kajian mereka telah menyasarkan bagi melihat bagaimana teknik ini boleh 
diaplikasi dikalangan wanita sihat yang tidak mempunyai kanser tetapi ingin 
memperbesarkan saiz idaman.

Walhasil, tepuk dada tanya selera.

                                                 
                           Mungkinkah Angalina Jolie juga telah melakukan rawatan ini ?
                                                  Sumber gambar : Google

No comments:

Post a Comment