Aku tidak pernah ramah dengannya. Muka dia yang separuh mamak, separuh benggali,
sering buat aku tertanya-tanya - betul ke dia mak cik aku ? Ultra kiasu agaknya aku ni.
Berpuluh tahun aku menjadi anak bapak, aku tak pernah tau yang makcik muka benggali
tu adik bapak aku ( lain mak dan satu ayah ).Adik beradik bapak aku yang lain aku kenal.
Seramai 20 orang tu, ada muka Jawa. Ada muka Arab. Ada muka China abis. Tapi
dia - aku tak kenal. Dalam hati aku selalu bertanya bila masa yai aku kawin Benggali ?
Dulu, sewaktu aku berkesempatan tinggal dengan bapak sewaktu zaman 'kemelesetan
ekonomi', aku hanya terserempak beberapa kali dengan 'dia' yang datang menziarahi
abangnya ( bapak aku ). Aku hanya kenal dan tahu yang 'dia mak cik aku' pada 10 tahun
terakhir sebelum bapak pergi meninggalkan kami. Kemudian bila aku dah berpindah randah
ke sana sinun, aku lagi lah tak kisah langsung dengan dia. Terserempak aku tegur, tak
terserempak......., aku pun tak tanya.
Setiap kali jumpa muka aku..., dia minta alamat. Jumpa aja mintak alamat, minta nombor
talipon. Sampai aku sempat sound dia dengan nada bergurau, " Cik ni, rasanya dah kali
ke 3 kita terjumpa dan dah 3 kali la cik minta nombor talipon dan alamat Lyn. Datangnya,
tak juga. Entah kurun ke berapa lah baru Cik sampai kat rumah tu .."
Sedap je ayat aku kan ? Memang jenis tak sayang mulut. Tapi mak cik aku yang macam
bai ni rilex je. " Alah, nanti sebelum mati, panjang hayat sampai lah cik kat rumah ko.
Tulis aja alamat siap-siap, biar senang aku raba jalannya nanti." Dan hanya selepas 7
tahun bapak aku meninggal....., akhirnya mak cik Azizah aku sampai ke rumah aku
di Selangor.
Sebenarnya aku berbelah bagi bila dengar suara petir dia dalam talipon. Aku tertanya-tanya
apa yang aku nak bualkan dengan dia ? Dia tak tau ke aku membuang diri datang ke KL/
Selangor ni. Dia tak tau ke yang rajuk aku belum hilang walau dah 10 tahun berlalu ? Nie,
mesti dia nak datang sebab nak kenakan aku dengan 'jualan direct selling dia'. Masak lah
aku nanti. Tapi kemudian aku teringat pesan aruah bapak, tetamu itu wajib diraikan.
Tetamu datang membawa rezeki dan pulang mengeluarkan penyakit dari rumah yang
dilawati. Aku akhirnya berkata dalam hati, " meh la mak cik, mana tau mak cik boleh jadi
penawar pada luka-luka lalu."
Dan sejak itu bermulalah perhubungan kami. Dia menjadi penyokong utama aku
dalam perniagaan. Dia sama kuat berlari macam aku bila berniaga. Dia menjadi
pendengar yang setia. Dia menyokong idea yang aku sampaikan. Dia pemberi semangat
dan memeluk aku di saat aku kesulitan dan keresahan. Dia sering bertanya khabar
di talipon bila pulang semula ke Johor. Mengingatkan aku untuk menjaga kesihatan.
Mengingatkan aku untuk menjaga anak-anak dengan baik. Dia kerap menziarahi aku
di sini, memberi kabar tentang saudara mara di Johor.Dia amat berdikari dalam jalannya
yang senget ( kakinya capek tua ). Dia mencium dan memeluk aku setiap kali kami berjumpa.
Hingga aku akhirnya merasa disayangi. Seolah-olah ibu kandung ku hidup kembali.
Dia amat tegar dan tidak pernah berjauh hati walau kadangkala gurau Daniel yang
laser membuat aku terkejut. Dia mak cik aku yang rock dan amat memahami. Suara
petirnya bila bersuara...... seolah kami di rumah mendapat tenaga baru. Mak cik, terima
kasih kerana hadir dalam hidup kami. Terima kasih kerana telah menyayangi aku. Lyn
sayang sangat dengan mak cik.
I LOVE YOU MUM.
#bukanentrihariibu#
No comments:
Post a Comment