Asal betik muda menjadi kerabu
Kerabu kaki ayam pun sedap juga
Mata dah hampir naik kelabu
Dok mengadap skrin komputer
I NEED TEH TARIKKKKK !!!!!
Arghhhh.....tension aku mengadap line internet yang macam siput dot dot ni.
Semenjak kecurian cabel ( yang tak tahu entah kali keberapa puluh di tempat aku ni ),
line internet menjadi lebih parah dari yang sebelumnya. Banyak masa aku hanya
berinternet melalui hp je. Menjawab messege, berFB, berinteraki dengan kawan, bincang
hal-hal persatuan, melayan pelanggan semuanya guna Whatsapp je. Sampai aku rasa nak
meroyan, nak muntah dan mata hampir rabak melayan hp.
Nak buat entri asyik sangkut-sangkut, loading tak berhenti-henti, line kejab ada,
kejab hilang ...................semuanya memang menguji kesabaran aku. Blogwalking toksah
tanya lah. Memang tak cara dah. Semuanya buat aku tension yang teramat sangat. Aku
perlukan teh tarik mamak. Ahak, Malaysia kan ? Aku hanya nak menjaga
identiti pelancongan nih. Tak kena teh tarik mamak - hidup serba tak menjadi.
Ahaks.
KENAPA TEH TARIK MAMAK SEDAP ?
Pasal duduk tak sampai 5 minit segelas teh tarik yang berbusa sudah siap terhidang
di depan mata. Teh kedai biasa tak sedap, kerana kena tunggu lebih 10 minit pun belum
tentu teh sampai. Kadang kala kena buat pesanan kali ke 2 kalau tak kali ke 3. Itu pun
tak tau kurun ke berapa baru teh yang diorder tu sampai.
Faktor ke 2 pula, kita boleh duduk berjam-jam dan gebang macam-macam cerita,
2 -3 jam tanpa bimbang dijeling oleh mamak dan pekerjanya. Sebaliknya kat kedai
biasa, tokey kedai bukan setakat menjeling malah pekerjanya pun turut bermasam muka.
Kejab-kejab lap meja, kejab-kejab lap meja. Sampai teh tarik pun dah tak rasa
lemak sebaliknya terus jadi pahit.
Selain dari itu, faktor ke 3 yang menjadikan teh tarik makak sedap ialah anda boleh order
sambil buat ugutan, " Tak sedap kalu, saya hantar balik." Cuba pergi kat kedai melayu,
berani cakap macam tu ?
Teh kedai biasa anda nak bubuh ayat berbisa macam tu ? Heh, kirim salamlah.
" Teh ni baru harga 2 hinggit lah bang.., macam-macam minta. Berlagak," kata pembantu
kedai terkomat kamit dan rasanya anda pasti faham muncung mulut yang mereka gayakan.
Baca gerak bibir. Cayalah. Tak lama lagi boleh jadi profesional.
Okay, apa lagi yang menjadikan teh tarik mamak sedap ?
Rahsianya adalah terletak kepada campuran dan bancuhan teh itu sendiri.
Teh di kebanyakan kedai melayu kebanyakannya mecampurkan gula pasir untuk memberi
rasa manis dan perahan teh yang ( tak tahulah yang dah berapa kali mereka gunakan ).
Macam double standard sangat kan ayat aku ni hehe........
Tapi ada juga warong, kedai dan restoran melayu yang teh tariknya sama kaw macam teh
tarik mamak malah kadang mungkin lebih lagi. Nak tahu rahsia buat teh tarik yang sedap ?
Gunakan teh cap mesjid + dengan teh tarik boh. Bancuhan serbuk mestilah sama banyak.
Air mestilah gunakan air yang betul-betul mendidik. Bila dah dibancuh air teh tu, biarkan
3 minit. Masukan 1 sudu kecil susu lemak manis dan setengah sudu kecil susu cair. Nak
lebih lemak dan berperisa celupkan sudu yang kita guna untuk bancuh teh tu tadi dalam
air garam. Lemak berperisa awak......serius gila, memang best teh tarik tu nanti.
Dan..............yang ini rahsia penghabisan tau, tak ramai orang tau ni. Kalau petua kat
atas ni korang masih gagap-gagap nak buat.......................................................
Beli aja la brand ni. Campur dengan 1/2 camca teh susu pun sedap. Ahak, ahak.
No comments:
Post a Comment