Seorang suami membuat lapuran di balai polis tentang kehilangan isterinya.
Suami : Isteri saya keluar rumah dari semalam siang dan sehingga sekarang, sudah
lebih 24 jam dia keluar rumah dan belum balik-balik lagi tuan. ( bercerita
dengan nada kerisauan )
Inspektor : Pukul berapa isteri encik keluar rumah ?
Suami : Saya tak perasan pukul berapa tuan, tapi rasanya sebelum makan tengahari
lagi.
Inspektor : Umur isteri encik ?
Suami : Umur ? Dalam lingkungan 30han kut. Errr.....35 tahun.
Inspektor : Berapa ketinggian isteri encik ?
Suami : Tak pasti pulak saya tuan, tapi rasanya lah....ada separas bahu saya.
Inspektor : Kurus ke gemuk ?
Suami : Tak la kurus sangat ......sederhana juga la agaknya.
Inspektor : Warna kulit ?
Suami : Errr......kalau mata saya yang tengok......, macam cerah la.
Inspektor : Warna rambut isteri encik ?
Suami : Dia selalu tukar warna rambut tuan, jadi saya tak berapa nak ingat. Maaf.......
Inspektor : Pakaian yang isteri encik pakai sewaktu keluar rumah ?
Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar la.
Inspektor : Warna baju ?
Suami : Manalah saya nak ingat tuan......, saya tengah tak boleh nak fikir ni.
Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah ?
Suami : Ya betul ( menjawab dengan nada kuat dan yakin ) Dia keluar memandu
kereta saya.
Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis,warna, spesifikasi ?
Suami : Spesifikasi ?? Ooo ok. BMW 5 series 335i. Model F10 facelift 2013. Warna asal
kereta itu Sophisto Grey tapi dah wrap minggu lepas dengan Frozen Blue Monte
Carlo, bumbung....cover cermin, spoiler depan belakang dan skirting carbon
fibre. Emm.....saya dah pasang rim 20 inci Vossen CVT Concave. Brek Caliper
Brembo warna gold. Ada sikit calar di diffuser belakang........
( dan tiba-tiba si suami menanggis.. )
Inspektor dengan wajah simpati menepuk bahu si suami dengan berkata ...........................,
" Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik."
No comments:
Post a Comment