Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lawak anak-beranak

Bila hati tengah senang macam-macam cerita lawak aku teringat. Koleksi lawak anak-beranak memang sangat menghiburkan. Mungkin tidak lawak kepada orang lain.tapi sangat comel dan menghiburkan untuk aku. Terutamanya cerita lawak berkaitan Daniel.

Lawak 1

Semasa aku sedang menonton tv satu malam dengan duduk di sofa , tiba-tiba Daniel datang dan duduk di kaki ku. Masa itu Nurul juga sedang ralit menonton cerita korea kegemarannya.. Tapak kaki aku yang memijak karpet di lantai tiba-tiba di pegang , di angkat dan di sapu dengan menggunakan tapak tangannya.
' Daniel buat apa tu ?'
Dia masih diam tidak menjawab. Keningnya bercantum , matanya memandang tepat ke situ  sambil jarinya menguis-guis tapak kaki ku.
' Daniel buat apa tu ? Dah tak ada kerja ?' aku bertanya lagi sambil mengeraskan suara.
' Tak......Daniel tengah cari ni '....
' Cari apa kat tapak kaki mama ?'
.....................................................
' Cikgu kata syurga di bawah tapak kaki ibu............
Daniel dah kesat kaki mama banyak kali ni  tapiii.....masih tak nampak- nampak pun mana syurganya....'. Selamba dia jawab.
Eeishh budak ni. Sekali aku DESYUM kang....

Lawak 2

Tutup aja pintu kereta Daniel campak beg sekolahnya di seat belakang. Aku bertanya - kenapa ?
' Eeiii...mama tau tak tadi....'
' Tak tau,' jawab aku selamba.
' Tak tau ni lah nak cerita'... Daniel menjawab bengang.
' Tadi masa subjek english kat dalam kelas ' Sir ' tanyalah who can spell parents...lepas tu Daniel angkatlah tangan . Lepas Daniel jawab Sir tu cakap..., ehh kenapalah pandai sangat jawab budak ni............................
agaknya Sir tu berharap  kalau tak ada murid yang boleh jawab dia nak denda satu kelas berdiri kan ma ?'
Aku diam tidak menyahut.
' Dah tu tengah-tengah belajar, adalah kawan Daniel ni sakit perut. Dia mintak Daniel temankan dia jumpa sir untuk pergi ke tandas. Daniel cakaplah.....Sir..., may i go to the toilet please ?'
' Dah tu mama tau apa ?'
' Apa ?' aku menjawab kebingungan.
Lyn munir blogspot, lyn munir , kisah lawak anak beranak, daniel lawak, cerita lawak daniel, daniel dan lipas terbang
                                                  Kesian anak aku ni      

' Dah tuuuuuuu....Daniel lah yang kena pegi tandas sorang sorang. Kawan Daniel kena tahan sebab dia tak tahu nak sebut in english. Heiii.....tak pasal-pasal Daniel kena masuk tandas kumur-kumur dan cuci muka,'
Daniel menjawab meradang.
HAHAHAHAHA.... aduhh, anak aku ni.

Lawak 3

Masa tu kami singgah makan di sebuah gerai di Pantai Dalam. Pesan mee sop 3 mangkok. 1 untuk Daniel. 1 untuk aku dan satu untuk Farah. Lepas 15 minit membuat pesanan, mee sop kami pun sampai. Sedang kami menikmati hidangan mee sop tersebut tiba-tiba Farah berhenti dari menyudu sopnya. Mukanya merah menunjukkan wajah tak puas hati.
' Pak cikk... sini kejab !' Farah memanggil dengan wajah masam mencuka.
Aku tidak memperdulikan gelagatnya. Mee sop itu terlalu sedap untuk aku berpaling dan memberi perhatian pada ketidak puasan hati Farah. Pak cik kedai datang menghampiri.
' Cuba pak cik tengok apa yang ada dalam mangkok sop saya ni ,' Farah meninggikan suara.
Aku mengangkat punggong sikit dan ikut menjengah sama. Alamak ! ada lipas mati dengan sayap masih berkembang dalam mangkok sop Farah. Weekkk yekkkk.
' Saya tak nak mee sop yang ada lipas mati ni....ambik yang lain,' kata Farah dengan nada geram dan sedikit memerintah.
10 minit kemudian pak cik kedai datang semula membawa mangkok mee sop yang baru untuk Farah.

' Nah, ambik yang ni. Yang ni hidup lagi. Freshhh....baru tangkap kat dapur tadi,' ujar pak cik kedai selamba meletakkan mangkok mee sop baru yang kuahnya masih berasap dan berisi lipas nyawa-nyawa ikan yang masih mengelepar. Mangkok mee sop di hentaknya perlahan dan pak cik kedai berlalu ke dapur.

HAHAHAHAH..............
........................
  .................
Tiba-tiba Daniel pulak ketawa mengelekek.  Farah juga ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Kepalanya terhangguk-hangguk menahan geli hati. Pelangan yang berada di kedai memandang ke meja kami. Aku jeling bengang kat dua beradik tu. Tanpa bercakap Farah hulurkan buku komik yang dipegang oleh Daniel. Cerita yang korang baca di LAWAK 3 ini adalah cerita kartun yang terdapat dalam komik yang dibaca Daniel.

Hahahaha...kesian....terkena sudah.  

6 comments:

  1. keh3x
    macamlah kerenah anak2 ni yek

    tok ade cerita gak sikit ni... masa jalan dalm kereta dgn anak, abah lama dah kita tak makan setan, setan hahahaha...
    bukan setan abah tapi apa yek yg ayam bakar cucuk2 tu... tu satay bukan setan la...

    ReplyDelete
  2. Setan ??? Hahaha...jauh benor peginya tu.
    Tapi Isetan pun memang biasa dipanggil setan Tok Puteh..haha

    ReplyDelete
  3. salam..best lawak sekeluarga ni kan..benda dah lama pun kdg2 boleh senyum sendiri bila teringat

    ReplyDelete
  4. Anak-anak saya memang kelakar-kelakar semuanya.

    ReplyDelete
  5. daniel tu memang ada bakat jadi seseorang yang serba boleh.. :)

    ReplyDelete
  6. Hahaha lawak yg ketiga tu mmg betul2 lawak. Xsangka terkena sudah...

    ReplyDelete