Bawang dikenali oleh seluruh bangsa dan ia adalah antara
bahan yang wajib
ada di dapur. Bawang digunakan sebagai perencah dalam masakan.
Bawang yang dicampur ke dalam masakan memberi rasa manis
semulajadi dan
membangkitkan aroma masakan. Bawang putih, bawang merah
dan halia yang
ditumis untuk perencah sup memang berupaya memberi bau
wangi yang menusuk
hidung, merangsang saraf dan darah justeru membangkit selera
juga rasa lapar.
Tidak kira apa jenis bawang, ia adalah penyerap toksin
terhebat. Bawang dan
keluarganya merupakan anti mikrob dan anti
bakteria. Semasa zaman wabak
penyakit melanda England dahulu, masyarakat di sana
sentiasa menyimpan
bawang yang telah dicincang dan digunakan untuk menyerap
toksin dan membersih
udara.
Banyak orang melakukan penjimatan dalam perbelanjaan
rumah tangga termasuk
mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan, walaupun
harganya tidaklah
semahal mana. Jika anda termasuk dalam kategori yang
kurang menggunakan
bawang dalam masakan, anda mungkin boleh memikirkan fakta
ini semula.
Bawang adalah mop terbesar semulajadi yang berada dalam badan manusia !
Ada di antara kita menyimpan lebihan bawang di dalam peti sejuk. JANGAN
BUAT BEGITU. Lebihan bawang yang disimpan di dalam fridge akan menyerap
semua toksin dalam udara dan peti sejuk anda. Jadi anda makan bawang dan
anda makan toksin sekali. Sebaiknya tinggalkan saja lebihan bawang tadi di dalam
pinggan dan biarkan ia terdedah di dapur untuk membersihkan udara dan
menyerap toksin
yang ada. Anda boleh buang bawang itu ke tong sampah
di sebelah pagi dan dan gantikannya dengan yang baru setiap hari.
Jika ada di antara kita yang sakit, cincang bawang dan
letakkan bawang itu
di sebelah katil. Keadaan pesakit biasanya lebih baik di waktu pagi. Mungkin
ada yang pernah melalui pengalaman dioleskan minyak yang dimemarkan bawang
kecil waktu dahulu oleh ibu ? Olesan minyak bercampur bawang merah ini bagus
untuk meredakan demam sebenarnya. Hebatnya ibu-ibu kita kerana mereka telah
lama mengamalkan petua ini jauh lebih lama sebelum hasil kajian ini didedahkan.
Sebenarnya tapak kaki dan bawah lengan adalah dua tempat yang amat responsif
bila diletakkan bahan penyerap toksin mahupun untuk sapuan minyak. Dan
kerana bawang adalah anti-mikrob dan anti-bakteria,
mencincang beberapa jenis
bawang dan meletakkannya di bawah telapak kaki memberikan
kita akses kepada
organ dalaman dan titik meridian tubuh. ( Sistem penghantaran Trans-dermal )
yang berlaku dan berfungsi dipermukaan kulit dengan efektif sekali. Di mana ia
melepasi/ memintas kepelbagaian asid perut dan terus sampai ke dalam darah.
Justeru penyembuhan akan berlaku dengan lebih pantas.
Selamat mencuba.