Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tanda kita kurang Vitamin C

Vitamin C dikenali juga sebagai Asic Ascorbic adalah vitamin larut air yang
terdapat dalam kebanyakan makanan. Vitamin ini juga bertindak sebagai anti oksidant
yang melindungi sel tubuh dari kerosakkan akibat kegiatan radikal bebas. Malah ia juga
diperlukan untuk membina rangkaian kolagen tubuh. Selain itu ia vitamin C juga
amat diperlukan oleh tubuh bagi memaksimumkan penyerapan zat besi untuk
memperelok sistem pertahanan tubuh dari melawan berbagai jenis penyakit.
Vitamin C pula terbagi unsurnya kepada dua. Iaitu yang berasaskan semulajadi
ataupun vitamin C sintetik.



Berapakah dos Vitamin C yang sebenarnya diperlukan tubuh ?

Jawapannya : Memang tidak sama antara individu dengan individu yang lain.
Iaitu mengikut umur,jantina dan pendedahan aktiviti seharian yang dilakukan.
Tambahan dos vitamin C sebanyak 35 mg dalam daily intake adalah disarankan
untuk mereka yang merokok atau mereka yang terdedah kepada persekitaran
merokok dengan kerap.

Berapakah RDA yang disarankan untuk setiap individu / kelompok umur tertentu :-

1.  Untuk kanak-kanak : 15 - 45 mg sehari

2.  Untuk remaja perempuan ( 14 - 18 tahun ) :  65 mg sehari

               remaja lelaki          ( 14 - 18 tahun ) :  75 mg sehari

3. Untuk dewasa lelaki           :  90 mg sehari
    Untuk dewasa perempuan  :  75 mg sehari

Tetapi menurut The Merck Manual Online Medical Library ;
Pengambilan Vitamin C sehingga 2000mg sehari masih dalam paras selamat
untuk orang-orang dewasa yang berusia antara 28 tahun - 50 tahun.

Apakah tanda kekurangan Vitamin C ?

Scurvy adalah penyakit yang hinggap bila kita kekurangan vitamin C. Scurvy membawa
kepada keletihan yang berterusan, gusi berdarah, luka yang lambat sembuh, kulit yang
semakin mengering, lebam-lebam yang berterusan, kesakitan sendi, kemurungan dan
bengkak. Mereka yang mengalami scurvy boleh juga mengidap anemia dan bagi setengah
kes Scurvy adalah fatal jika tidak ditangani dengan betul.

Nota :
         Vitamin C juga bertindak mengeluarkan toksin dalam darah dan mengurangkan
         kesan alergi. Untuk itu aku sekarang tengah dalam rejim memaksa 2 orang anak
         aku yang takut telan ubat ( Hafizul dan Natasha ) untuk mengambil 500mg vitamin
         C berselang hari. Risau tengok jerawat yang bertaburan kat muka mereka dan
         alhamdulilah selepasa paksaan yang ala tentera itu, aku perhatikan jerawat-jerawat
         kat muka anak-anak aku berkurangan. Kan dah kata.......budak-budak ni memang
         kena paksa baru jalan. Puas hati.
                                           
vitamin c shaklee,vitamin c pahang pharma, sskit scurvy, menghaluskan kulit,menghilangkan jerawat.

No comments:

Post a Comment