Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Travel log gulai daging rebung madu.

Tekak aku memang ada masaalah sejak dari dulu. Kalau aku suka sesuatu makanan tu ,
mesti aku cari sampai jumpa. Kalau boleh tak payah la masak hehehe. Tapi bila tak boleh
nak dibeli di gerai-gerai, terpaksalah aku usaha masak sendiri. Ini semua penangan balik
makan kenduri kat rumah sepupu di Perlis. Biasanya rebung memang aku tak pernah
masak dengan gulai daging, tapi kat Simpang Empat Perlis, kenduri kawinnya masak
cenggini campur rebung madu, somtam dan kari dalca campur tetel. Hemmm........sedapnya.

Ayat paling popular dalam MLM

Nak tau apa ayat popular dalam Multi Level Marketing ?

1.   SAYA TAK PANDAI CARI ORANG 

Saya ni sebenarnya ok, ok aja kalau you boleh cari bunian atau pun alien. Yang penting
dia berminat, beli barang and buy this marketing plan. You biasakan nampak orang
berniaga nasi ayam ? Ahaa, orang yang buka kedai nasi ayam tu tak panggil ayam
datang makan, sebaliknya dia perlukan orang/pelanggan yang datang makan ke kedainya.

Dailog adik kakak....dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidur mu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa
kau sentuh                                                        
kerana                                                                
langkah merapuh 
tanpa diri mu                                                     
oh kerana
hati telah letih........

Tanda kita kurang Vitamin C

Vitamin C dikenali juga sebagai Asic Ascorbic adalah vitamin larut air yang
terdapat dalam kebanyakan makanan. Vitamin ini juga bertindak sebagai anti oksidant
yang melindungi sel tubuh dari kerosakkan akibat kegiatan radikal bebas. Malah ia juga
diperlukan untuk membina rangkaian kolagen tubuh. Selain itu ia vitamin C juga
amat diperlukan oleh tubuh bagi memaksimumkan penyerapan zat besi untuk
memperelok sistem pertahanan tubuh dari melawan berbagai jenis penyakit.
Vitamin C pula terbagi unsurnya kepada dua. Iaitu yang berasaskan semulajadi
ataupun vitamin C sintetik.

Saya dah lama maafkan awak

                                                   
Kita ???

Pohon Delima

Alhamdulilah. Pokok delima yang saya tanam tidak terjejas dek kemarau.
Sebaliknya tumbuh membesar dan sentiasa sibuk menghasilkan bunga-bunga baru.

                                   

Bukan setakat mengeluarkan bunga baru malah sibuk mememutik.
Puas. Saya memang puas bila melihat tanaman menjadi.
Hebat juga baja air ikan.

Cameron Highlands di sketsa kemarau

Masih lagi dalam sketsa musim kering/kemarau. Meninjau perjalanan yang tidak dirancang.
Apa lagi, jom beraktiviti menjengah anak di MRSM Trolak. Dari situ dengan versi comot-
comot kami naik ke Cameron Highland. Ini kali ke 3 aku memanjat ke sana. Kali ke 3
selepas 20 tahun hehehe. Perjalanan yang bagai ular kena palu, anak saudara ku muntah
3 kali sepanjang perjalanan. Nurul dan Daniel rilex je. Sebaliknya Hafizul yang mula mabuk.
Untuk mengelakkan muntah, dia bantai tidur. Hampeh. Harap badan je sasa dan berotot.
Apa pun Cameron Highlands memang dah tak berkabus lagi.

                       
Cameron Highland, ladang teh, hentian, pemandangan cantik, kebun strawberi
Pemandangan ladang teh di sini  memang mengasyikkan. Di sini ada disediakan
hentian untuk pengunjung berhenti menikmati pemandangan, membasahkan tekak
dengan minuman dari beraneka jenis teh bersama kek atau biskut yang disajikan.


Walau mentari masih bersinar namun bahang teriknya tidak terasa.
Anginnya nyaman dan redup. Mendamaikan hati.


Banjaran ladang-ladang teh yang subur menghijau, memang pandangan
yang menyegarkan mata.


Aku berangan punya restoran di kawasan ladang teh ini yang menghidangkan makanan
                                 melayu dan ala-carte. Kapan kan terjadi ya ?


Kedai souvenir letaknya bersebelahan dengan gazebo yang menghidangkan sajian teh.
                                             Macam-macam ada. Tapi aku tak masuk la.


                 
             Yang pasti dia orang ni bukan anak aku. Kebetulan waktu aku snap gambar dia
                               orang berdua ni tengah posing. Aku snap je laa, apa ada hal.


                       
                     Hafizul check duit dalam walet, ada lagi ke dak nak beli coklat ni ?



Nasib  baik ada lagi 5 hinggit. Lepas la untuk makan kt kafe sekolah lepas prep.


Tak payah susah-susah cari. Gambar aku memang tak ada di situ hehehe.....


Bapak dengan anak-anak. Yang baju merah tu tak padan lengan luka jatuh motor,
masih ada hati nak buat peace.

Tak sempat naik sampai Berincang, ada kebun strawberry kat sini yang ini 
                           tak nak menjadi strawberrinya. Bolehla.......nak kena kejar masa hantar
                                                     Hafiz balik semula ke asrama.


Cuba teka di mana ni ?

Strawberry dah tak ada, apa pun dah tak ada. Yang tinggal kolam untuk buat wish je.
  Tak de kerja aku nak campak duit kat situ baik aku buat beli gula-gula lagi bagus.



Strawberri tak ada, bergambar dengan bunga matahari jadilah.........

                                                         
                                                Ini aja yang tinggal. Hampeh.

        Mesti tengah terfikir-fikir photo apa ni kan ? Ok, tak payah teka-tekalah. Aku bagitahu;
                                            Ini gambar lebah. Cuba cari mana ratunya ???



Pusing tengok ladang kosong je laaa..........

Rose, i love you.

Apa yang berlaku ?

Apa yang berlaku untuk 3 bulan pertama di tahun 2014 ini :-

1. Gelombang banjir ke 2 yang hanya berakhir pada pertengahan Januari 2014

2. Musim kering/kemarau yang tidak dijangka menjadi sehebat sekarang.
    Jujur, saya tidak pernah mengalami musim kemarau seperti  ini . Tapi lukisan alamnya
    sebelum masuknya kejadian jerebu memang indah. Kadang terasa seolah berada
    di luar negara.

3. Penamat kepada fenomena panas adalah apabila air mula dicatu di negeri Selangor.
    Selalunya bila diberitakan air dicatu, ikut pengalaman yang sudah-sudah walau
    tempat lain 'kena', dikawasan kami selalu aja terlepas. Alhamdulilah. Nak jadi cerita
    di awal jadual catuan air, saya sibuk jugalah mengumpul air dalam pelbagai takung,
    balang, baldi,periuk, besen, tong air dan segala tempat yang boleh ditakungkan.
    Tunggu punya tunggu air tak juga dicatu. Mata mula rimas memandang bekas-bekas
    yang begelimpangan di dapur, bilik air, dan di halaman rumah. Hari itu adalah hari ke 2
    air dicatu. Tapi air dirumah saya ada lagi. Elok saya gunakan semula separuh simpanan
    air yang dah ditakung tiba-tiba air disingki berhenti mengalir. Sudah kerja. Inilah yang
    orang tua-tua ingatkan mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurah jangan.
    Nah kau...., tak pasal-pasal aku kena berlari ke Klang Lama, tidur di ofis di sana dengan
    anak-anak. Dah tu camno, nak buat beristinjak pun air dah tak ada !!

4. DSAI akhirnya didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari dan
    dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

5. 8hb Mac 2014 ( sehari selepas DSAI dihukum ), negara dikejutkan dengan misteri
    kehilangan pesawat MAS MH 370. Ya Allah, dugaan dari MU silih berganti.
    MH 370, kami masih menanti mu dengan harapan. Kami masih mengharapkan
    keajaiban. Dan disaat ini, kunci paling hebat yang kita punyai adalah DOA.
    Wahai MH 370, kami kirim doa untuk mu melalui orang-orang soleh.
    Kami kirim doa untuk mu melalui waris terdekat mu yang pasti sangat-sangat
    menyayangi mu. Malah kami faham, tidak sempurna iman kami jika kami tidak
    menyintai mu dan mendoakan keselamatan mu. MH 370, kami rakyat Malaysia
    kini bersatu dan sentiasa mendoakan keselamatan mu. Jika doa kami diterima Allah,
    maka terbukalah hijab kelibat mu. MH 370 kembalilah. Kami masih menantimu di sini.

6. Dari 9hb sehinggalah sekarang, kebakaran hutan semakin menjadi-jadi. Di tempat
    aku tak payah cerita.Pagi, petang, sampai ke malam ada je kawasan yang terbakar.
    Dulu hanya kena bahang dari Seberang, sekararang dapat dirasai dan dilihat sendiri
    keadaannya. Bomba standby 24 jam. Sibuk padamkan hutan yang terbakar.
    Kalau jerebu kelmarin-kelmarin orang dok kalut dengan mask, sekarang tak de nya
    dah. Agaknya dah kebal dengan jerebulah tu. Aku ? Jerebu-jerebu ni aku memang
    elakkan berada kat luar, sayang kulit muka kut. Hemm.


      ##### TAK TAU APA LAGI YANG NAK JADI SELEPAS INI #####

.

Whatsup MH 370

Mungkin saya tidak layak menulis perkara ini. Tapi kehilangan MH 370 memang
menimbulkan fenomena yang sebenarnya kita rakyat Malaysia belum pernah lalui.
Terkejul, terpukul, sedih dan pilu menyelubungi kita semua. Kita banyak berspekulasi,
berandai-andai dan saling menyalahkan tanpa memberi ruang kepada pihak yang berwajib
menjalankan tugas mereka melalui siasatan. Mengapa tidak berfikir sejenak
 ' diluar kotak kebiasaan fikiran ' ?


MLM - Meniaga Lain Macam

Bila seorang kawan menjemput aku sekali lagi untuk menyertai busines
Multi Level Marketing, aku hanya buat acuh tak acuh. Tapi oleh kerana
dia adalah kenalan lama dan seperti biasa aku ni jenis yang tak suka kecilkan
hati kawan........, aku ambiklah juga produknya dan RM 240 bertukar tangan
dan hari itu resmilah aku sebagai ahli biasa jualan langsung.

MLM


MLM atau Multi Level Marketing aka network marketing adalah sistem yang
menjalankan perniagaan berbilang tingkat......, bila kita menyebut perkataan MLM,
yang pertama terlintas di fikiran adalah jualan langsung. Ramai yang gerun, fobia
malah sudah ramai juga yang taubat nasuha mendengar perkataan majik ini. Terasa  
macam nampak polong bila kita tahu orang yang kita kenali itu melibatkan diri dalam
MLM. Kalau boleh sorok, rasa ingin menyorok di belakang langsir. Nampak aja
bayang si beliau melintas depan rumah, kalau boleh nak cepat-cepat tutup pintu rumah.
Dengar aja 'dia' bagi salam atau call, terasa macam nak kena sawan atau kancing gigi.
MLM sudah menjadi fobia kepada kebanyakan orang. Kenapa begitu ?


Ayam jaguh

ayam jago, bapak ayam, ini baru jagoon.
                                                   Ini baru jagoon. Ko boleh ?

Strok Haba.

STROK HABA ? Bertapa aku terlepas pandang pada perkara ini walau dalam masa
yang sama merasai bahang panas yang semakin menjadi-jadi pada musim ini. Strok
haba atau Heat Stroke ini diramalkan bakal berlarutan sehingga Mac ini. Hemmm..
bayangkan lah murid-murid yang terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum samada
di sebelah pagi atau petang, pasti perit keadaannya. Harap-harap aktiviti
ko-ko boleh ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar
pulih.

Malam tadi berita di TV3 pula menyiarkan tentang ura-ura persekolahan yang boleh
ditangguhkan seandainya keadaan semakin gawat. Definasi strok haba seperti yang
dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham dalam berita
bernama mengatakan : Ianya berlaku apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5
darjah celcius. Dan antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut,
mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang panas dan denyutan nadi yang
pantas.

Rawatan sementara yang boleh dilakukan terhadap mereka yang terkena strok haba
pulak adalah menempatkan mereka di dalam bilik di tempat teduh dan berhawa dingin.
Atau boleh juga direndamkan dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba atau
mengelap tubuh dengan kain yang basah.

Aku memang bimbang dengan hal ini. Bimbang kerana bila di darjah empat Daniel sudah
mula menghadiri aktiviti kokurikulum. Dia tu pulak mudah kena demam panas bila terdedah
lama pada panas matahari . Malah demam panasnya pula beserta dengan sawan dan
dalam masa 15 minit suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah celcius. Dengan bibir pucat
lesi dan mata buntang ke atas sampai tak nampak mata hitam........hati ibu mana yang
tak kecut ?