Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara melembutkan roti canai

Pernah buat kerja macam ni.....pergi restoran mamak beli roti canai untuk anak-anak, bila sampai rumah tengok dia orang tengah menyandar depan TV sambil baru lepas makan Maggi ?  Arrgghh....roti canai yang baru di beli tu pengabisannya tiada siapa yang makan kerana semua orang dah kenyang ! Penyudahnya aku humban ke dalam fridge.

Itu hari anak aku merunggut, roti canai yang dibelinya masih ada dalam fridge di hostel belum dimakan lagi dah 2 hari dibeli. Waktu pergi beli perut lapar....dah dibeli perut kenyang. Nak dihumbankan ke tong sampah....rezeki dan duit tuuu. Dia pun buat macam aku - humban juga ke fridge. Lepas tu dia talipon ; ' nak lembutkan balik roti tu cam mana ma ? '. Tak pasal-pasal petangnya aku kena drive ketempat dia semata-mata nak tunjukkan cara melembutkan roti canai yang dah kejung - kojol tu.

Beginilah cara-caranya :-


roti canai yang kejung, roti canai kojol, roti canai mamak
   Langkah pertama : Letakkan kepingan roti canai atas alas lubang-lubang cam ni.

  Ke 2 : Nak letak sekeping-sekeping boleh, nak letak 3 atau 4 keping sekali pun boleh.
            Tapi sebab anak aku ni jenis blur, aku terpaksalah tunjuk kat dia sekeping-sekeping.
            Jangan lupa ditutup kuali tu...dah nama pun kukus.

kukus,kukus roti canai mamak, roti canai mamak kejung, roti canai mamak keras, lembutkan roti canai yang keras
   Ke 3 :  Kukus dalam 7 minit je. Eloklah roti canai tu nanti mengembang dan gebu semula.
               Malahan texturenya lebih lembut dari waktu kita beli hari tu..hehehe

roti canai mamak, kuah kari campur dalca, kuah kari terangkat, roti canai kukus
    Ke 4 : Kuah ??? Tak payah risau. Kuah mamak biasanya tahan 3 hari - 1 minggu. Kuah kari dia orang
               mana guna santan. Tairu je beb, so confirm tak basi. Selalunya aku pilih kuah kari campur kuah
               dalca. Balik rumah aku jadikan satu...perghh terangkat.

Nota :
Tips di atas hanya sesuai untuk orang yang segan memasak dan tak nak membazir makanan.
Terutamanya student-studentlah - janji kat rumah ada fridge. Elakkan pembaziran.

Penyudah cerita aku bukan setakat tunjuk cara nak lembutkan roti kat anak dara nan seorang ni 
tapi juga kena bawak bahan mentah untuk dimasak dan dimakan bersama kawan-kawan di dorm yang sama. Apa lagi masak yang senang dan yang aku tahu je le.


masak ikan stim, ikan siakap goreng tiga rasa, sayur campur, sayur chap chai, mama, mama masak, mama kukus roti canai, import tukang masak, tukang masak dari BB

      Bolehlah kann ? Tukang masak import mai dari BB



Bentang tikarrr !!!!                                                                                              

16 comments:

  1. Pernah buat jg benda nie kak.. Nak jimat punya pasal.. huhu :)

    ReplyDelete
  2. Jika saya pulak, gunting-gunting roti canai keras tu, rendam sekejap dalam telur (yg dah dipukul mcm nak buat dadar), boh garam, then bakar/goreng semula atas frying pan. Perhhh terus jadi murtabak telur! Kalu nak enak lagi, boh bawang dan cili.

    ReplyDelete
  3. Biasa saya panaskan saja dalam microwave..hehe

    ReplyDelete
  4. cahayacinta.com

    mama cepat dn mudah sekali.asal cik tka pikir langsung hee..sungguh baguh petua ni..dri humban mmg membazir

    ReplyDelete
  5. boleh buat ni. ade roti canai jugak dlm fridge tu. hehe

    ReplyDelete
  6. tips terbaik
    memang senang cara ni
    thanks

    ReplyDelete
  7. Tetiba rasa laparrrrrrrrr. Blerghhh :)

    ReplyDelete
  8. bagus idea tu, tak membazir ...bila teringat nak makan buat jer..janji rajin , kalu sy dah bosan dgn roti canai mamak, perata jd pilihan...

    ada siakap stim tu sedap !

    ReplyDelete
  9. baru first time nie tahu huhu, thanks kak

    ReplyDelete
  10. wah mcm menarik dan praktikal tips ni... :)

    ReplyDelete
  11. kalo anna lapar sangat anna bedal je walaupon dah sejuk..
    pemalas kan anna ni.. ahahahhahaa

    ReplyDelete
  12. oo..kukus eh.. selalu mak sy pnaskan balik je..tp tak la lembut mana pun..

    ReplyDelete
  13. Thats Awesome Article !

    JOKERDANA - Bandar Judi Online terbesar dan terpercaya se-Asia.


    dengan bonus menarik yang ada di dalam nya, ayo segera daftarkan dan dapatkan bonus beserta event yang ada di kami.




    SLOT

    SPORTBOOK

    BONUS

    JOKERDANA

    ReplyDelete
  14. Thats Awesome Article !

    JOKERDANA - Bandar Judi Online terbesar dan terpercaya se-Asia.


    dengan bonus menarik yang ada di dalam nya, ayo segera daftarkan dan dapatkan bonus beserta event yang ada di kami.




    SLOT

    SPORTBOOK

    BONUS

    JOKERDANA

    ReplyDelete