Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Budak ni buat aku gila meroyan !!!

Memang dah lama sangat aku tak up date apa-apa dalam blog ni. Pertamanya tak tau apa nak postkan. Ke duanya pulak bila dah ada idea untuk entri baru biasanya..waktu dah baring kat bantal ler. Sure malas nak bangun ambik kertas dan pen untuk catit semua idea tu. Budget best jer boleh ingat sampai esok pagi. Sudahnya bangun pagi idea dah bertabur...tak tau mana nak kutip. Ke tiganya pulak bila dua perkara yang di atas dah berjaya aku atasi...line internet pulak rosakkkk ! Hishh...bengangnya mak cik. Nak pergi ke cyber cafe untuk post entri ? Idak ler. Bising ya amat ! Budak-budak tu memekak Ya Rabbii. Macam cyber cafe tu tok nenek dia punyalah .

Budak-budak sekolah menengah, sekolah rendah yang masuk asyik dengan game ! Game ! Game ! Itu tak per lah lagi kalau main dengan berhemah. Jangan harap. Dia duduk depan komputer tu sama guna bahasa mencarut ! Maki hamun dengan perkataan s**l tuttt, b**i..tuttt dah jadi mainan di bibir. Bila kita tegur dia buat muka selamba jer. Buat muka tak bersalah. Tak ada perasaan takut mahupun malu. Eeii...kalau lah bebudak tu semua anak-anak akak dik non, dah akak sepak-sepak muka dia. Ni salah sapa ni? Siapa mak bapak budak-budak ni ? Tak tengok ker anak dia main ke mana ? Di mana ? Berjam-jam pulak tu bila main game. Banyak duit bebudak tu ya. Kesian sungguh.

Okey sambung balik yang tadi. Ini nak bagi alasan yang ke empat la pulak hehehe. Bila internet connection dah ada...idea aku hilang lagi. Heheheh...alasan. Alasan. Hai, kalau macam ni lah cara kau bekerja cik Lyn......kirim salam jer lah. Yang tu tak pe lagi. Nak jadi cerita mamat yang perasaan handsome ni jiran aku. ( Tapi dia memang handsome pun, eerrr .. itu pun kata anak perempuan aku yang dua orang tu lah ). Mamat ni blogger. Aku cerita  blog biz aku dia cerita ya adoiii. Kalau aku tulis semua kat sini jawabnya aku tak tidur malam lah ni. Soo to make the long story short, aku pun add dia kat Fb ! Alah, mukabuku tu ler.
Nahh engkau, dia invite aku join blogger group., YA RABBIII ... aku add sampai nak mengantuk lah ni. Adoii..aku dah rasa nak meroyan dah ni add group tak habis-habis. Yang syoknya blog aku bertambah ler viewer nyer ! Peace.

Terima kasih ya kepada semua pembaca yang sudi singgah kat blog merapu aku ( terutamanya pada pelawat-pelawat dari FB ). Tanpa dik non semua siapalah akak ni.

Nak tengok tak muka si handsome yang dah buat aku gila meroyan tu ? Jeng..jeng
               
                Terima kasih bebanyaklah yer BONIJL3 sebab berkongsi ilmu dan idea. Semoga Allah swt memberikan pahala atas ilmu yang BoniJL3 kongsikan dengan akak sebelah rumah ni. Am wishing you all the best in you carear  dik ooi. Selamat malam .

Kisah Kanching dan kucing


Lama dah tak up date apa-apa di blog ni. Sibuk dan sangat tidak berkesempatan. Ada beberapa program yang sepatutnya dilaksanakan semasa cuti sekolah malangnya hambatan beberapa perkara membantutkan perjalanan. Apa pun tidak semua perkara boleh didedahkan untuk pengetahuan umum. Sesetengahnya ......'biarlah rahsia'. Peace .


Hari isnin yang lepas aku mengangkut semua anak-anak ke Hutan Lipur Kanching di Rawang. Walau pun dah beberapa kali aku sekeluarga sampai di sini tempat ini masih menyenangkan seperti biasa. Nama pun dah bawa anak-anak apa lagiiii......show time lah !




Sebenarnya banyak lagi tak sempat di up load ke blog ini. Sebabnya ?
Up load masuk komputer pun belum :-)
Gambar-gambar pameran ' Raja Kita ' di Istana Negara pun belum masuk lagi. Banyak sangat weh.


Rumah aku memang meriah dengan artis yang datang bertandang. Dari Maya Karin, Tom Cruise, Remy Ishak, Nabila Huda, Beyonce dan anak-anak Maya Karin yang baru lahir. Huh, meriah sungguh. Dia orang ni kalau tak ada shooting kerja dia keluar masuk dalam rumah je. Makan, tidur, lepak, bergurau ..., hem tu ajalah kerja dia orang.


Maya Karin sehebat namanya memang menjadi rebutan. Aku pernah nampak dia duduk selamba di halaman rumah di tengah-tengah antara dua jantan yang berebutkannya ! Ceh, tak padan baru lepas beranak . Baru seminggu dah mula menggoda balik. Gatal sungguh. Dah la baru kematian suami. Tak sempat berkabung lama-lama dah buat hubungan lagi dengan jantan lain. Eish...Maya Karin, tak ku sangka kau berperangai sedemikian.


Kadang-kadang aku tersentap melihat Nabila Huda menampar muka Remy Ishak yang  telah bersusah payah melindungi dari gangguan Tom Cruise. Memang ganas Nabila Huda. Tapi jangan tak tau Tom Cruise sebenarnya rapat dengan Remy Ishak. Remy Ishak sebenarnya very open minded. Orang luar macam Tom Cruise tetap diterima dengan hati yang terbuka. Remy Ishak kalau kau orang nak tahu sebenarnya sangat peramah dan mesra alam .


Maya Karin ni ramai peminat tau. 
Tapi aku memang berbulu memandang si Beyonce ni memanjang hilang. Pantang nampak pak we lalu habis semua dikenyitnya. Tak pernah nak duduk rumah. Berjalan ke sana ke sini sahaja kerjanya. Heiii...

Narnia aka Nabila huda

Amacam ? Ganas tak muka Nabila Huda aka Narnia ni ?

Saya la si Tom Cruise 

       
Manjanya Narnia dengan Aslan
Sayalah Beyonce aka Bella
Handsome kan si Tom Cruise ni ?
Maya Karin aka Dip
 

Produktif seperti ASTRO

Semalam rancangan ' game show ' Super Spontan baru habis bersiaran di rangkaian Astro Warna. Rangangan game show yang bersiaran selama 10 minggu ini memperlihatkan Zizan sebagai juara. Zizan  membawa pulang rm 100,000 bersama sebuah Toyota Camry dan trofi.


Johan sebagai naib juara hanya membawa pulang rm  50,000 dan sebuah trofi. Walau aku meminati JOZAN tapi aku lebih memilih Johan sebagai juara kerana lawaknya yang  lebih berisi, variasi dan menjaga persembahan agar tidak kelihatan lucah. Tak apalah Johan, awak pun dah banyak job di rancangan Astro yang lain.


Aku ingin aktif malah produktif seperti Astro. Bijak dalam menghasilkan rancangan-rancangan baru untuk siaran tv nya. Para peserta seterusnya dikembangkan dan di ketengahkan bakat mereka sehingga dikenali sebagai pelawak, pengacara, penyanyi dan seterusnya menjadi sebahagian dari tenaga produksi sendiri . Astro tidak bergantung kepada produksi luar.


Peserta rancangan Raja Lawak digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan siri drama lawak yang baru. Malah peserta dari situ juga diberikan kepercayaan sebagai pengacara di rancangan itu sendiri  seperti kumpulan Jozan. Mengacarakan rancangan Raja Lawak, Maharaja Lawak malah rancangan lawak yang lain juga.


Kenyataannya masyarakat hari ini lebih meminati rancangan realiti tv. Sebahagian dari kita langsung tidak kisah berhabis duit untuk mengundi peserta yang  diminati. Undi yang diterima menghasilkan keuntungan yang lumayan kepada Astro. Jadi apa ruginya membayar imbuhan yang tinggi kepada peserta yang menjadi juara dalam sesuatu rancangan. Astro....heheh, ada banyak duit lebih lagi tu.

                                         

Tumis sardin cili api cicah pucuk ubi rebus !

Masaalahnya adalah bila idea tu hanya muncul time-time mata aku nak lelap. Walaupun dia datang mengebu-gebu, penyakit aku ni bila dah mula membaringkan badan memang malas betul nak bangun balik. Hatta untuk mengambil sebatang pen dan sehelai kertas untuk menulis idea. Tidak akan ku buat. Heish, memang bukan salah ibu mengandung.
Macamanalah nak ku buang sifat malas yang paling hodoh ni. Kononnya nak la rasa jadi penulis hebat. Ceh, tak ada masaalah la. Semuanya in head ! Sudahnya esok pagi semua idea bercempera. Dik non, hang bukan penulis pun sebenarnya. Nak sampai tahap 'amatur' belum tentu boleh hang capai tau . Betul-betul jiwa kacau aku ni kan ? Tapiiii oleh kerana blog ni aku yang punya., sukahati aku la nak tulis apa pun. Dan untuk itu aku hanya akan menulis APA ADANYA. Lahir dari lubuk hati aku yang paling dalam. Yang terlintas di fikiran  sebaik aku menaip bait-bait perkataan. Yang terbayang di khayalan ( khayalan ? ) ...eh ada ke ? Kadang-kadang penulis pun kena ada ciri-ciri ini kan ? Hehehe.. mungkin awalnya 'berinti kosong' kerana masih tercari-cari yang 'umph'. Mungkin juga sudah ada di rumah bayangan  tapi terperangkap dalam teknik persembahan.., kita nantikan saja ok.


Sudah beberapa hari ni mood memasak aku memang kurang. Masak ala kadar janji kenyang. Nasib baik anak-anak aku bukan jenis cerewet. Bila ada lauk sedap mereka makan habis ! Bila lauk tak sedap...ermph makan aja le janji tak kebulur.

Tarraa....tumis sardin cili api cicah pucuk ubi rebus ! SEDAP   !


Sedapkan ? Kalau orang lain cakap tak sedap, tu dia orang punya masaalah la. Janji masuk tekak aku sedap ! Ehh, anak-anak aku pun makan beria-ia ni. Dia orang pulak yang makan berlebih-lebih. Alamaknya petang ni kena turun dapur lagi lah . Ok...,chow cing chow !