Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Kanching dan kucing


Lama dah tak up date apa-apa di blog ni. Sibuk dan sangat tidak berkesempatan. Ada beberapa program yang sepatutnya dilaksanakan semasa cuti sekolah malangnya hambatan beberapa perkara membantutkan perjalanan. Apa pun tidak semua perkara boleh didedahkan untuk pengetahuan umum. Sesetengahnya ......'biarlah rahsia'. Peace .


Hari isnin yang lepas aku mengangkut semua anak-anak ke Hutan Lipur Kanching di Rawang. Walau pun dah beberapa kali aku sekeluarga sampai di sini tempat ini masih menyenangkan seperti biasa. Nama pun dah bawa anak-anak apa lagiiii......show time lah !




Sebenarnya banyak lagi tak sempat di up load ke blog ini. Sebabnya ?
Up load masuk komputer pun belum :-)
Gambar-gambar pameran ' Raja Kita ' di Istana Negara pun belum masuk lagi. Banyak sangat weh.


Rumah aku memang meriah dengan artis yang datang bertandang. Dari Maya Karin, Tom Cruise, Remy Ishak, Nabila Huda, Beyonce dan anak-anak Maya Karin yang baru lahir. Huh, meriah sungguh. Dia orang ni kalau tak ada shooting kerja dia keluar masuk dalam rumah je. Makan, tidur, lepak, bergurau ..., hem tu ajalah kerja dia orang.


Maya Karin sehebat namanya memang menjadi rebutan. Aku pernah nampak dia duduk selamba di halaman rumah di tengah-tengah antara dua jantan yang berebutkannya ! Ceh, tak padan baru lepas beranak . Baru seminggu dah mula menggoda balik. Gatal sungguh. Dah la baru kematian suami. Tak sempat berkabung lama-lama dah buat hubungan lagi dengan jantan lain. Eish...Maya Karin, tak ku sangka kau berperangai sedemikian.


Kadang-kadang aku tersentap melihat Nabila Huda menampar muka Remy Ishak yang  telah bersusah payah melindungi dari gangguan Tom Cruise. Memang ganas Nabila Huda. Tapi jangan tak tau Tom Cruise sebenarnya rapat dengan Remy Ishak. Remy Ishak sebenarnya very open minded. Orang luar macam Tom Cruise tetap diterima dengan hati yang terbuka. Remy Ishak kalau kau orang nak tahu sebenarnya sangat peramah dan mesra alam .


Maya Karin ni ramai peminat tau. 
Tapi aku memang berbulu memandang si Beyonce ni memanjang hilang. Pantang nampak pak we lalu habis semua dikenyitnya. Tak pernah nak duduk rumah. Berjalan ke sana ke sini sahaja kerjanya. Heiii...

Narnia aka Nabila huda

Amacam ? Ganas tak muka Nabila Huda aka Narnia ni ?

Saya la si Tom Cruise 

       
Manjanya Narnia dengan Aslan
Sayalah Beyonce aka Bella
Handsome kan si Tom Cruise ni ?
Maya Karin aka Dip
 

No comments:

Post a Comment