Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom makan belut

Belut. Sumpah mati kalau aku tahu makanan yang dihidangkan pada aku itu
adalah belut, memang aku tak makan. Tekak terasa kembang dan otak aku
aku terus terbayang badan panjang licin seperti ular dan kepala pun mirip
ular juga.Ceritalah macam mana sedap pun masakan exotik itu memang tak
akan aku  sentuh. Belut, membayangkan bentuknya aja dah buat aku geli
geleman mengalahkan aku terpandang lintah.

Laughter is the best medicine

                                     


1.   When your life is in darkness....., pray to God and ask HIM to free you from
      darkness, and.....if you are still in darkness, please  pay your TNB bill.

2.   When a man opens the door of his car for his wife,you can be sure of one thing;
      Either the car is new OR his wife is new.

Rawatan HCG untuk kurus ?

Apa itu rawatan HCG ? Rawatan HCG adalah gabungan suntikan dan diet yang
menggunakan Human Chorionic Gonadothropin dalam kaedah rawatannya.
Terdapat pendapat yang mengaitkan diet HCG sebagai ketagori melampau
kerana ia melibatkan Suntikan. HCG @ Human Chorionic Gonadothropin
adalah hormone wujud secara semulajadi dalam tubuh wanita saat  mereka hamil. 
Hormon ini berada di dalam darah dan dikeluarkan oleh sel placenta.
Pada wanita hamil hormon ini meningkatkanmetabolisme wanita hamil untuk 
keperluan diri dan bayi yang dikandung olehnya.

OBEWRAP VS DIET/SUNTIKAN HCG

Masih dalam misi mengurangkan berat badan sebanyak 5 kg…….jer. 
Sebenarnya kalau dapat Kurang 3 kilo pun dah ok. Minum cuka epal memang 
berkesan untuk menurunkan berat badan tapi mestilah disertai dengan senaman. 
Oleh kerana sekarang aku dah macam malas nak bersenam dan misi berjogging
pun terhenti kerana masih terpengaruh dengan cuaca bulan disember
(sebelah petangnya cuaca lebih kerap hujan daripada kering ) aku  terpaksa
mencari alternative lain. Alasan jer tu sebenarnya....hahaha, abaikan.

Merrepak


Sekian lama aku mengikuti tulisan pojok Johardy Ibrahim di Mingguan Malaysia.......
( Ia ke tulisan pojok ? Ke aku salah tafsiran ? ) baru aku perasan yang kolum tulisan
itu dah ditukar sebagai kolum 'merrepak'. Seronok membaca tulisan Johardy yang
sentiasa santai, lucu tapi berisi. Sesekali aku tertinggal repekan merrepak terasa
teramat rugi.

Kadang mencubit tak terasa
Sesekali ditampar tapi tak terjerit

Daun stevia



Pernah terbaca beberapa kali tentang kegunaan daun stevia tapi aku tak
pernah ambil endah sehinggalah satu hari suami aku pulang dengan membawa
hadiah itu. Pernah beberapa kali terserempak dengan manisan stevia yang dijual
 di Tesco dan pernah juga guna sekali dua serbuk manisan itu, tapi khasiatnya tetap
tidak aku pedulikan. Tak pernah nak ambik tahu pun sebenarnya.

Suami aku tahu aku tak suka gemuk dan tak suka juga diet yang drastik.
Dah malas nak bersenam kecuali buat aktiviti turun naik tangga dan aktif bergerak
di dalam rumah. Dia tau aku cepat tension bila berat badan aku naik. Jadi satu hari
tu, dia bawakan lah aku sebekas daun stevia nih.