Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Epilog 3 beranak dan Jobdirumah ( Bhg 1 )

Kisah bermula sewaktu aku bersembang santai dengan Hafiz dan Farah sewaktu habis
mesyuarat komuniti di tempat aku. Aku sebenarnya mencari lowongan kerja untuk Hafiz.
Ya lah, sesi pengajian pun lambat lagi, bulan September nanti. Lagi 3 bulan. Mohon
macam-macam kerja tapi masih takde kekosongan. Mana nak dapat..., bila interview
je pegawai penemuduga terus tanya; SPM dapat berapa ? Bila dijawab lebih dari 5A je.....
jawabnya kerja kosong untuk awak tak de. Fahamlah tu, sebab dia tau budak-budak yang
keputusan mereka lebih dari 4A pasti akan sambung belajar semula dan tidak akan bekerja
lama. Majikan merasa membazir masa kerana terpaksa memulakan proses melatih orang
orang baru semula dan proses ini memang meletihkan dari segi kemahiran dan produktiviti.
Lagi pun dengan kepadatan penduduk yang hampir 20 ribu orang di BSBR, persaingan
pekerjaaan menjadi begitu sengit di tempat kami.




Hafiz akhirnya menjadi ' supervisor kira biji anggur' dan membesarkan badan di rumah
bersama sedikit peralatan gym yang disimpan dalam biliknya. Badan dah makin kembang
macam body builder. Kalau keluar dengan aku ( kebetulan dia memang jenis suka keluar
dengan mak ) memang orang tak cakap anak. Tapi orang kata anak ikan. Ciss..., sabar ajalah. Perbelanjaan aku juga bertambah sebab 'supervisor' ini juga perlu dibayar elaun mingguannya.
Ya lah budak dah besar dan remaja.... what do you expect ? Sesekali nak juga ngeteh dengan
kawan-kawan kat cafe depan rumah tu.

Dan tiba-tiba otak kedekut aku menemui satu idea yang lebih bernas ! Ceh..., ayat skema....
ahh...., gasak arr. Aku teringat landing page yang aku baca tentang Jobdirumah. Yeahh......
itu jalan keluar supaya anak aku berhenti jadi supervisor yang kira biji anggur. Malam tu
juga aku daftar, bayar dan survey apa jenis pekerjaan yang tak menyusahkan aku, dan 2
orang lagi anak aku. Jom, pakat-pakat tengok......

Godeh punya godeh, dan selepas aku menggatalkan tangan mengklik ke mana yang patut, aku
pilih kerja yang senang je, supaya dapat aku kongsikan dengan 2 orang lagi anak yang sama
gila duit macam aku. Ada 3 task dalam jobdirumah yang aku pilih untuk dikerjakan :-
( ikut skill masing-masinglah sebenarnya )

1. Share link @ iklan di Twitter, FB @ Insta
2. Kerja-kerja data entry yang membabitkan penggunaan excel
3. Copywritting - merupakan kerja penulisan pesanan jualan atau senang cakap ayat iklan
    yang boleh mempengaruhi tindakan pelanggan untuk membeli produk
4. Proofreading

Hafiz aku bagi kerja menueet di Twitter, termasuklah FB dan Insta. Semua pasword aku
beri kat dia. Tak de masaalah. Ehh....aku dah ubah wasiat, 3 pasword di atas aku dah serah
kan juga kat Hafis. Biar senang dia nak buat kerja dan sharing link. Tentulah kan sebab
jobdirumah tu daftar atas nama aku. Bagi dia mahir buat kerja dulu. Dah mahir esok boleh
lah register semula jobdirumah dengan akaun sendiri. Dan bolehlah mama dia hontong (untung)
RM 25 kerana mempromosikan link Jobdirumah pulak.

Jadi selepas ni kalau korang nampak Twitter aku tetiba menuet link-link pelik, jangan muntah
lanar pulak. Tu semua kerja anak bujang aku. Yang pasti aku cuma tweet blog post aku jer.
Tweet kenyataan orang....., rasanya hanya sekali atau 2 kali jer aku buat sepanjang hayat aku
mendaftar dengan Twitter. Jadilah.., upah yang 0.3 sen usd bagi setiap tweet dan sharing link,
kalau dikumpul-kumpulkan pun banyak juga. Apa susah sangat kerja tu ? 20 minit dah boleh
siap. Jawabnya akaun Twitter aku akan mencarut banyak dengan link-link yang pelbagai.
Yang pasti BUKAN LINK LUCAH.

Dan Farah oleh kerana dia memang bagus dalam Excel aku ambik kerja memasukan data dan
angka. Aku tengok kerja di bahagian ni upah yang ditawarkan lumayan hebat. Paling rendah pun
RM 100++ per jam. Itu kemahiran Farah, bukan aku. Sebab tu dia kerja tak sampai 2 bulan
bos dia dah naikkan gaji. Hehe....bos dia tak tahu Farah pun bakal berhenti juga dalam 2 @ 3
bulan lagi untuk sambung belajar semula.

Farah akan buat menggunakan akaun aku dulu sampai selesa, barulah kami akan berpecah
akaun. RM 25 lagi aku masyuk hehe. Aku cuma nak ambik kerja email handling,
copywritting and proofreading. Ceh, macam bagus sangat. kalau semua kira nak bagus
baru buat...., maknanya tak payahlah daftar dengan Jobdirumah. Practise makes perfect.
Sikit ke banyak ke, angkut masuk poket. Jangan pening-peningkan kepala. Toksah nak
memilih sangat.

Ya lah dari sibuk mengamuk pasal GST, lebih baiklah fikir untuk dapat tambah pendapatan
walaupun hanya duduk di rumah. Surirumah sepatutnya lebih proaktif dan mampu berdaya
saing, bukan sekadar menjadi kilang dan produktif melahirkan anak tapi juga kreatif dalam
menghasilkan pendapatan sendiri tanpa ketergantungan kepada pendapatan suami.

Ok, nantikan Epilog 3 beranak dan Jobdirumah ( Bhg 2 )



No comments:

Post a Comment