Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Di mana ada laungan azan di situ tanahair ku !

ALLAH HU AKBAR ! 
Menitis air mata saat membaca berita yang Presiden Turki Recep Tayyip Edorgan menuturkan
kata ; ' di mana ada laungan azan, di situ tanah air ku '. Dan dia segera mengarahkan semua
armada tentera lautnya untuk menjemput semua PELARIAN Rohingya yang tersadai di perairan
3 negara ( kerana dilarang masuk dan mendarat ) untuk menjadi tetamu di negaranya - TURKI.
Aku tak kuat. Aku terasa menampar muka sendiri. Sakit. Malu. Sebak dan terharu sewaktu
membaca keperhatinan presiden tersebar luas.

Ya Allah..., akhirnya negara sekular ini yang membantu ? Saat kita yang mengaku sebagai
islam menghalau saudara yang lagi sengsara dan dizalimi, negara sekular ini datang dari jauh
beribu batu dengan armada laut yang tidak diketahui berapa juta malah mungkin billion
perbelanjaan yang dikeluarkan bagi menampung tetamu yang kehilangan arah ini.

Selain dari pelarian Syria, Turki juga menyediakan tempat kini untuk menampung
Pelarian Rohingya. Dan ternyata negara ini tidak jatuh miskin dari segi ekonominya malah
semakin mantap. Nak tau lebih banyak mengenai Turki boleh baca sendiri di wikipedia.

Sesungguhnya kuasa Allah itu maha besar, maha hebat dan maha mengetahui. Pelarian
Rohingya sangat berharap jiran yang terdekat malah yang seagamanya terutamanya ( Malaysia
dan Indonesia ), akan membantu, menerima dan melindungi mereka. Sebaliknya yang berlaku
mereka dihalang mendarat walau masih diberikan bantuan makanan, air dan ubatan.
Tapi ya.....di bahagian yang satu lagi, MALAYSIA SUDAH TERLALU SARAT DENGAN
PENDATANG ASING sehingga menimbulkan masaalah gegala sosial.......
ROHINGYA....., jangan sandarkan harapan kamu kepada manusia dan saudara, kerana pada
akhirnya mereka bisa jadi bahagian harapan yang paling menghampakan. Tapi sandarkanlah
doa dan harapan mu kepada ALLAH, DIA tidak pernah lupa memerhatikan. DIA mendengar
semua doa dan kesedihan mu.

Kami malu Rohingya saat tidak mampu menolong mu
Kami sedih saat melihat kamu disembelih
Kami sendu melihat kau cemas di bot-bot yang kehilangan arah
tapi sungguh kami tak mampu Rohingya......
Kami antara yang bacul menyelamatkan saudara sendiri
Kami bimbang perbelanjaan menanggung mu tinggi
kerana kau bukan antara etnik yang mempunyai nilai tinggi
justeru maafkan kami
kerana menjadi bacul kepada saudara seagama sendiri.

                                       

Epilog 3 beranak dan Nasi Bajet ( Bhg 2 )

Sambungan story lama ni memang macam kisah Niyang Rapik yang macam seram
tak seram dengan jalan cerita yang lembap. Berbalik kisah kami, mencari idea untuk
menambah pendapatan ( dan daripada mengusutkan fikiran memikirkan perbelanjaan
hidup yang semakin meningkat.... ), aku cadangkan kepada Hafizul untuk dia menjual
Nasi Bajet. Dalan keadaan gawat ni, kebanyakan orang akan lebih memilih untuk
menjimatkan perbelanjaan dengan belanja yang sehabis murah tapi masih mengenyang
kan perut. Alternatif yang terbaik adalah Nasi Bajet. Kalau setakat harga RM 3 sebungkus
malah disertakan sekali dengan air......, geranti orang cari. Dengan syarat masakan tu mesti
lah ' ada rasa ' dan ada 'pot tetap', yang mudah untuk pelanggan tuju. Dan mestilah konsisten
waktu perniagaannya. Tak boleh hari ni buka, esok tutup. Dua tiga hari buka, empat lima 
hari tutup.

' Berniaga Nasi Bajet tak perlu lama Hafiz, buka dari jam 12.30pm - 2pm cukup. Mama dah
test market dengan pos gambar Nasi Bajet tu kat komuniti tak sampai 2 hari like dah jadi
dekat 300. Itu tak masuk depa tag kekawan yang lain. Siap tanya nak beli kat mana ?
Mana mama nak jawab ? Dia orang ingat, mama pulak yang berniaga nasi bajet tu, padahal
mama cuma tayang gambar nasi bajet yang mama beli tu . Nak ke tak nak ni ?................'

Boring aku tengok Hafiz mengurut-gurut dagunya. Aku sepak juga budak ni kang. Penat
dah mulut aku membebel ni.

' Tak payah target ramai-ramai sangat, kalau buat permulaan ni Hafiz boleh jual 30 bungkus
sehari pun dah bagus. RM 3 X 30 pelanggan = RM 90. Berniaga barang makan ni untung
paling kurang 40 peratus, tak termasuk untung makan. Makan Hafiz dah tentu dah lepas
kat situ. Dia diam lagi, tenung muka aku lebih lama.'

' Kenapa ? Malu berniaga ? '

Tak jawab. Masih sibuk mengurut dagu yang mula nak berjanggut.

' Kata nak ambik kursus perniagaan.....entrepreneurship. Buatlah kerja ni sebagai latihan
amali untuk Hafis. Malam, boleh buat kerja-kerja menueet tu nanti. '

' Sapa nak temankan Hafiz berniaga nanti ? ' Sama menumpang dagu dia menjawab.

' Ooo....ni kes malu ler ni ? Kata itu hari Hafiz dah tak malu berniaga ? '

' Untuk permulaan jer maa...., dah 2 atau 3 hari nanti, Hafiz boleh pegi sendiri.....'

' Apa nak dimalukan ? Kita bukan mencuri, kalau orang kata jual muka pun.....cuma 2 jam
aja. Hafiz......, bila duit dah mula masuk poket, malu tu semua akan terbang ! '

Dipendekkan cerita kami setuju, aku tolong dia masak dan temankan dia berjual untuk
2 atau 3 hari. Kami cadang nak mula berniaga lah 11haribulan yang lepas ni. Tapi disebabkan
aku demam teruk seminggu, semua tu bertangguh.

Semalam, sewaktu meneman aku berehat lepas balik dari Pos Laju dia cakap selamba,
' Hafiz dah dapat masuk Uitm ma.... '

' Bila masuk ? '

' 2 haribulan Jun ni.'

' Kat mana ? '

' Machang, Kelantan.' 
Aku tepuk dahi. Jauh benar tuuuuuu..

Hanyut ke laut kisah nasi bajet kami. Yang pasti cuma Farah yang sibuk membida job
data entry kat Jobdirumah tu hehe....







Rayau meracau



Sambungan Epilog 3 beranak dengan Jobdirumah dan Nasi Bajet bahagian ke 2 berkubur
bila aku demam teruk beberapa minggu lepas. Dah lama aku tak kena demam teruk sebenarnya.
Dan demam teruk berserta batuk, muntah dan blocking nose memang buat aku terseksa. Ini semua
berpunca dari melayan anak-anak keluar berouting dan join program bebudak dari pagi sampai
ke malam. 2hb Mei pagi aku dan anak-anak dah keluar. Parking kereta kat panggung wayang
lama di Rawang sebelum menaiki komuter untuk ke KL. Aku cuma nak memenuhkan hajat
anak-anak dengan berjalan-jalan dengan menaiki kenderaan awam. Teringin bergayut dan
berayun dalam komuter. Sampai di KL Central baru pukul 10.30 pagi tapi biasalah Daniel memang
jenis muka kedai. Bila nampak kedai je mesti dia lapar. Tasha and Nurul nak makan McDonald,
aku pulak dah bosan dengan McD, so nak try Burger King plak ( sebenarnya aku nak nasi !! ),
tapi ikut jelah gelagat anak-anak ni. Dari situ berarak ke Central Market, Kenanga dan kedian
berpatah balik ke PWTC untuk tengok pesta buku dan jumpa abang sepupu bebudak ni dan 'ketuk'
anak sedara pulak. Oh ya, Bukhari Muslim dan bekerja sebagai kartunis dengan Ana Muslim.
Alhamdulilah, akhirnya apa yang dia cita-citakan tercapai, aku tumpang gembira.

Berjam-jam menghabiskan masa di Pesta Buku, mula nak pitam. Aku sebenarnya tak berapa
gemar tempat ramai orang ni. Rasa cepat sesak nafas. Habis kisah aku duduk melepak kat kaki lima
dan jaga segala bagai buku yang dah dibeli awal dan biarkan anak-anak aku dgn abang sepupu
dia orang merayau lagi cari buku, dan buku, dan buku. Habis dengan acara bershopping di Pesta
Buku PWTC, kami menyambung acara di Nu Central - tengok wayang cerita Avengers. Wayang
start 7.30 makan-makan kat KFC  lagi....punyalah lembab servis kat situ, memang nak buat aku
tertidur. Dekat 1 jam baru makanan sampai. Berebut kami habiskan makan.

Masuk panggung, aku layan jelah bebudak ni tengok Avengers. Dalam hati aku merungut,
ajaklah aku tengok cerita mafia ke macam siri Godfather, cerita koperat yang keparat ke, Ocean's
Thirteen ke, Payback ke......hahaha, I guess my brain had gone more corrupted than before.
It's full of angers and hate. How pathetic. 11.30 wayang habis, kami berebut ambik last train
ke Rawang. Aku dah mula rasa pening-pening, badan dah mula rasa seram sejuk. Aku suruh
Hafis yang keluarkan kereta tapi yang drive balik ke rumah tetap aku. Tak mau aku ambik risiko
suruh dia yang drive malam-malam buta nih. Takut ke jurang nanti, aku nampak dia yang sado
tu pun dah lepak. Farouk dah awal-awal balik rumah dari PWTC, ambik motor yang ditinggalnya
di stesyen komuter juga.

Aku ingat boleh terus balik rumah........ehhh, bebudak ni cakap lapar lagi. Mintak berhenti
makan lagi sekali, aduii.... sabar ajalah anak. Penyudah cerita kami semua sampai rumah jam
2 am. Baru betul ! Mandi, solat bagai.....masing-masing akhirnya tidur dekat 3.30 pagi dan esok
nya masing-masing pakat matikan jam. Sadar tak sadar dah pukul 11 pagi ! Serik aku ikut
program bebudak ni, tapi seronok juga sebenarnya sebab tengok anak-anak semua happy hehe..

Tapi lepas tu jangan tanyalah, demam batuk menyerang tak kebah sampailah hari ni, baru otak
aku berfungsi semula. Barang-barang order dari customer aku tolak je ke Master Stokis minta
dia yang tolong uruskan termasuklah barang order online yang lain. Nasib baik aku kenal lama
dengan beberapa supplier tu, so mereka tolong poskan semua order bagi pihak aku. Sesekali
up date juga status kat Fb sebab tak tahan tengok mailbox message tak berjawab. Msg kat
Whatsapp jangan tanyalah......lagi berlambak. Semuanya mintak dijawab, jadi dalam separuh
mamai aku jawablah juga dan dia orang tak percaya pun bila aku cakap yang aku sebenarnya
tengah demam teruk..., nak buat macam mana kan ? Badan demam, otak letih tapi jari tetap
aktif.

Susah kalau jadi Joyah ni.......

Bab nak sambung cerita Epilog 3 beranak dan Nasi Bajet .......rasanya esok baru aku boleh
tuliskan. Oklah dairi, aku nak sambung sapu Vicks kat tekak and hidung. Obat batuk dah 4
sudu aku telan tapi batuk aku tetap sama bunyinya...kong keng, kong keng, kong keng tak
berhenti. Sabar je lah.....dugaan.

Epilog 3 beranak dan Jobdirumah ( Bhg 1 )

Kisah bermula sewaktu aku bersembang santai dengan Hafiz dan Farah sewaktu habis
mesyuarat komuniti di tempat aku. Aku sebenarnya mencari lowongan kerja untuk Hafiz.
Ya lah, sesi pengajian pun lambat lagi, bulan September nanti. Lagi 3 bulan. Mohon
macam-macam kerja tapi masih takde kekosongan. Mana nak dapat..., bila interview
je pegawai penemuduga terus tanya; SPM dapat berapa ? Bila dijawab lebih dari 5A je.....
jawabnya kerja kosong untuk awak tak de. Fahamlah tu, sebab dia tau budak-budak yang
keputusan mereka lebih dari 4A pasti akan sambung belajar semula dan tidak akan bekerja
lama. Majikan merasa membazir masa kerana terpaksa memulakan proses melatih orang
orang baru semula dan proses ini memang meletihkan dari segi kemahiran dan produktiviti.
Lagi pun dengan kepadatan penduduk yang hampir 20 ribu orang di BSBR, persaingan
pekerjaaan menjadi begitu sengit di tempat kami.


Mask muka gatal

Kalau aku tau la pakai mask muka ni gatal confirm aku takmo pakai dah.
Rasa nak koyak-koyakkan kulit muka sendiri. Memang betul la dia buang toksin di muka
tapi gatalnya...... Ya Robii. Aku tak boleh tahan, dah le nak menantikan dia kering kat
kulit muka makan masa lebih 1 jam. Kalau mask lain rasanya 30 minit dah habis kering
kat kulit muka. Bahana nak kulit cantik punya pasal, walau gatal merenyam sampai
nak minta kucing tolong garukan.....aku tahan. Mesti ada yang kata aku taksub kan ?
Huh.., ada aku kisah ?
                                         
Ada tak rupa pocong kat sini ?

Lain kali aku tobat dah... TAK AKAN AKU GUNA LAGI. Sebab walaupun aku dah guna
3 kali gatal merenyamnya tak hilang. Banyak sangat ke toksin kat muka aku ? Rasanya aku
tak de le tenyeh macam-macam skin care. Cuma 2 jenis krim kat bawah ni jer. Murah tapi
sesuai dengan kulit muka aku. Dah 4 tahun aku guna. Murah kauuu. 2 jenis krim tu baru
RM 20 jer.  Itu pun biasanya aku pakai 2 bulan baru habis. Dan dah lebih 17 tahun aku tak
tenyeh sebarang bedak kat muka. Iaitu sejak aku mula berkenalan dengan produk Nouveaux
Visages. Tapi sekarang produk tu dah tak ada di pasaran kerana penggunaan AHA yang
berlebihan dan hidrokinon dalam produknya. Dek kerana dah tersedap dan terbiasa kulit muka
rasa ringan tanpa pakai alas bedak....., aku gunakan je krim. Sekarang, habis-habis kuat pun,
aku calit le nipis-nipis krim Shahirah kalau nak nampak putih sikit gitew.
Uhuk, uhuk, gatal pulak tekak. Rasa nak muntah kan ?

Krim ni jer yang aku tenyeh hari-hari. 2 jenis krim ni boleh la bertahan untuk 2 bulan.

Ke...memang muka dah banyak toksin sangat ? Maklum la dah nak purba. Tapi.....alah, anak
aku Si Hafiz, Si Farah, Si Nurul yang baru umur 15, 18 dan 20 tahun tu muda lagi apa ? Aku
tengok sama sedap je merenyam. Aku boleh le bertahan sampai 1 jam , itu pun aku dah naik
turun tangga 10 kali bahana nak melupakan rasa gatal di kulit muka. Bebudak tu pakai 45
minit pun dah kelam kabut cabut masknya. Apa cer ????
Sapa yang lebih banyak toksin ni sebenarnya ???