Cuka Kurma VS Cuka Epal
Entri ' Kurus dengan cuka epal - banyak khasiat dan kelebihannya '
kebanyakan masa menduduki carta entri popular yang paling banyak dibaca
di blog ini. Entri yang ditulis pada tahun lepas itu masih menerima respon
bagus dari mereka yang telah mencuba sendiri keberkesanan cuka epal
mahupun yang baru mahu mencuba.
NASA - Bumi bergelap selama 6 hari ?
Apabila NASA ( Agensi kerajaan Amerika yang bertanggungjawab
menyelidik dan melakukan penerokaan aeronautik dan penyelidikan
aeroangkasa mengeluarkan kenyataan yang dunia akan bergelap dan tanpa
cahaya selama 6 hari bermula 16hb Disember 2014 - 22hb Disember 2014
perkara itu terus menjadi viral dan kecoh diperkatakan.

Kempiskan perut dengan senaman plank
Anda Boroi ? Gemuk ? Bongol lemak banyak diperut ? Atau daging lengan
anda menggeleber sehingga boleh dikibas ke muka? Jom kempiskan perut dan
tegangkan lengan anda dengan SENAMAN PLANK. Tak payah pegi gym untuk
dapat badan cantik. Buat kat rumah pun boleh. Senaman atas papan sekeping tau.
Bukan silat atas papan sekeping ! Baca betul-betul ni.

Jom gayut !!
Ini pandangan di negara jiran kita. Di Malaysia walau bukan seratus peratus
' janji ditunaikan' rasanya kemudahan jalan raya di Sabah dan Sarawak semakin
banyak dan bagus pembinaannya.
Salute dengan semangat anak-anak ini. Secekal dan setabah ibu bapa mereka
yang membenar aksi bergayut dan flying fox begini dilakukan oleh anak-anak
mereka dalam usaha menuntut ilmu. Kalau anak aku mesti dah meraung. Tak pegi
sekolah dah, kecuali aku sanggup bergayut dan berhanyut rakit sama dengan mereka.
Tapi sebenarnya bukan anak aku je yang meraung, aku pun tak akan sanggup
membenarkan anak-anak ku melalui keadaan bahaya yang sebegini.
akhirat, menjadi anak-anak yang soleh dan solehan kebanggaan ibu dan ayah.
SALAM MAAL HIJRAH 1436
Mama kategori hot
Dah lama aku tak nampak up date status budak ni kat FB. Selalunya ada je sehari
dalam 2 atau 3 kali aku boleh nampak status updatenya di sana. Dah jadi budak
baik ke dia ?

CAP KAKI 3
Semenjak dua menjak ni aku sering mengalami sakit gusi dan gigi sensitif. Bukan kerana
gigi rosak tapi maklumlah, kerana dah tak berapa nak muda sebenarnya. Jika nak buat rawatan
gusi untuk gigi sentitif harganya memang tak lari dari RM 1000 ++. Jadi, kalau rasa tak mau membazir duit di zaman yang serba gawat ni......., samada telan je pil sakit gigi yang boleh
didapatii dari klinik gigi atau pun farmasi. Atau gunakan ubat gigi untuk merawat masaalah
GIGI SENSITIF yang terdapat banyak di pasaran atau pun untuk telan ajalah
ubat cap kaki 3.
Memang sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi dan gusi. Kalau gusi berdenyut-denyut pun
boleh telan sepeket. Lat 2 atau 3 jam ATAU jika masih sakit boleh la telan lagi sepeket.
In sya allah ubat sengseh ni amat membantu dan terbukti sejak berzaman .
UBAT CAP KAKI 3 MELEGAKAN POKET ANDA YANG MEMANG
SEDANG SENSITIF.
Setting entri selalu lari ?
Setting entri selalu lari ?
Kejar la apa lagi......eiyah...eiyah...eiyah........
Macam buat lawak bangang pulak aku ni kan ?
Tapi serius, secomel mana aku menaip entri dengan perenggan-perenggan yang
tersusun ( bila menggunakan Chrome ), akhirnya bila aku baca entri aku melalui
Mozzila......emhh, settting, huruf, perenggannya berterabur jua. Memang nampak
bodoh dan tak kemas lah bila baca entri yang perenggannya kacau bilau
dan berterabur macam tu.
So mulanya memang le aku tak perasan ( sebenarnya perasaan, tapi buat-buat tak
tau je ), tapi semakin lama semakin menyakitkan mata. Sampailah satu hari aku
tanyakan hal itu kepada Farah dan dia jawab dengan selamba je.
" A'ah ma, kalau kita taip entri melalui Google Chrome dan bila kita baca balik
melalui Mozilla entri kita akan berterabur huruf dan perenggannya. Hasil tulisan
nampak macam budak sekolah rendah. Jadi kalau nak nampak tulisan kita tu tetap
kemas dan shantekz......, kita taip entri menggunakan Mozzilla. Bila kita baca
entri tadi menggunakan Google Chrome, tulisan tetap kekal kemas perenggannya
dan hurufnya tidak berterabur. Mama tak kan nak edit sepanjang masa tulisan mama.
Tentu mama malas kan ??? "
Tentu mama malaskan ? Ewah budak ni, sedap mulut dia je mengenakan aku kan ?
" Ok, mama jangan tanya akak kenapa, sebab akak tak ada jawapannya."
Cepat je Farah menyambung ayat sambil tersengih, sebelum aku tiew dia.
Oooo.....cengitu ea ? Ada sesiapa boleh berikan jawapannya ?
Taip melalui Mozzila dan bila tengok melalui Google Chrome setting tulisannya
masih kemas.
Yang ini tulisan yang ditulis melalui Google Chrome, tengok melalui Mozzila
berteraburkan ??

Zero Point !!!
ZERO POINT !!!
Menjerit sakan kita dulu-dulu sambil meloncat jalinan gelang getah panjang yang dipusingkan oleh 2 orang rakan di hulu dan di hilir. Pusingan boleh dimulakan oleh pemegang getah samada mula dari kiri atau dari kanan.
Jika dilihatnya kita (yang meloncat) selesa dengan ayunan tali (kaki tidak tersangkut tali getah), mereka boleh menukar haluan ke mana-mana arah yang mereka suka.
Kalau permulaan loncatan adalah dari kiri ke kanan. Bila dirasakan 'kita terer' sesuka hati je mereka tukar pulak ayunan dari kanan ke kiri. Dan bila mereka nak menukar arah ayunan mereka (yang memegang tali) hanya perlu jerit ZERO POINT !!!.
Tukang loncat kena perlu segera sesuaikan rentak, ubah loncatan kalau tak mahu kaki tersangkut dengan gelang getah. Tersangkutnya kaki di gelang getah di kira mati. Giliran di serahkan kepada pemain ke 2 pulak.
Bebudak sekarang memang tak merasa lah permainan cengini kan? Permainan bebudak sekarang semuanya berbayar. Pakai duit.
Satu-satunya permainan bebudak sekarang yang free adalah bila kena hambat dengan rotan oleh emak atau cikgu displin. Atau, lari maraton bila dikejar anjing.
Huh !

Tersampuk trend abang sado
Jangan terkejut seawal usia 16 tahun anak-anak remaja lelaki sekarang dan
mula menjeling dan memasuk gym untuk mendapatkan body 6 pac abang sado.
Nak cerita pasal anak orang lain ? Tak payah. Anak aku sudah. Badan dia tak

adalah besar tinggi sangat waktu aku hantar ke MRSM tahun sudah. Tapi
sekarang belum pun habis periksa SPM badan dia dah berketul-ketul dan semakin
tegap. Bila masa pulak budak ni pegi ke gym? Rupanya kat asrama tu macam-
macam ado. Segala jenis peralatan gym ada dalam bilik asrama. Sekolah ke yang
sediakan ? Hemm......., jangan harap. Sekolah punya depa bubuh kat padang sekolah.
Tapi bebudak punya muafakat, dia orang pakat pasang peralatan gym sorang sikit
kat hostel. Warden asrama tak tahu ke ? Huh, pandai warden ........, pandai lagi
budak hostel.
Patutlah bila aku jengah dia kat asrama, badan sorang-sorang......huh macam
bapak budak. Sado habis. Kadang aku pun keliru, samada aku berada di kawasan
sekolah atau pun di gym. Jangan badan aja sado tapi SPM dah dekat tak sado-
sado...., memang mintak dirembat pakai penyangkut baju kat rumah nanti.
Dah macam bapak orang kan ?
Like father like son

Khidmat pelanggan dari budak kecik.
Semua perniagaan memang memerlukan pelanggan. Ramainya bilangan pelanggan
terutamanya yang berkualiti menentukan kelangsungan sesebuah perniagaan. Sudah tentu
ramainya bilangan pelanggan berkait rapat dengan berapa kerap promosi diadakan untuk
sesuatu produk dan berapa hebat promosi dijalankan untuk menarik pelanggan. Ia adalah
seperti satu roundabout yang mesti dilalui kecuali setelah kita menentukan lorong mana
yang akan diambil.
Bagaimana kita mencorak kebahagiaan
Mendakap kebahagiaan adalah pencarian yang sentiasa
dilakukan oleh
manusia. Malah pencarian itu merentasi masa. Dan memilih
untuk menjadi
bahagia atau pun tidak - kita sendiri yang tentukan.
SAKIT MATA
Musim sakit mata datang lagi. Kali terakhir aku terkena
sakit mata adalah ketika
di tingkatan menengah rendah dan sejak itu aku tak pernah dijangkiti penyakit mata
lagi. Sakit mata, mata merah atau Conjunctivtis boleh berlaku samada disebabkan
bakteria, virus mahupun kerana alergi kepada pengidapnya. Tetapi kebanyakan kes
mata merah atau sakit mata adalah disebabkan infeksi dan ianya memang boleh
menular kepada orang lain. Kebanyakan sakit mata menyebabkan selaput yang menutup
mata putih / conjunctiva menjadi kemerahan. Malah bagi setengah kes, keseluruhan mata
putih menjadi merah seperti biji saga yang diiringi bengkak mata dan biasanya ia diiringi
rasa gatal, pedih, kerap berair, dan bertaik mata yang banyak dan melekat-lekat sehingga
menyukarkan kita membuka mata terutamanya bila baru bangun tidur. Sesetengah kes,
pengidapnya kalah atau silau dengan cahaya sehingga menyukarnya untuk keluar rumah
atau memandu kenderaan.
Nasi Hujan Panas Aidil Adha
Selalu orang akan mulakan aktiviti masak memasak di waktu petang sebelum raya.
Aku pulak hanya memasak pada pagi Hari Raya Aidil Adha. Itu pun balik solat
raya baru aku mulakan aktiviti memasak. Sebelum solat kami makan biskut kering
je cicah dengan air kopi. Ok juga kan ?
Balik solat raya upacara memasak aku mulakan jam 10am. Hati teringin sebenarnya
nak buat lemang pulut campur jagung sendiri. Bahan semua aku dah beli tapi akhirnya
aku urungkan niat tu kerana menu yang aku nak masak pun kira dah banyak jugalah.
Membazirlah pulak nanti kan ?
Dan sebenarnya ini adalah kali ke 2 aku masak Nasi Hujan Panas. Kali pertama waktu
aku masakkan nasi tu untuk kenduri doa selamat sebelum kakak aku pergi mengerjakan
haji 4 tahun yang lepas. Konon nak guna beras wangi atau beras Taj Mahal Faiza, tapi
malas la pulak nak keluar ke TESCO so masak je lah guna beras yang tak berapa elok
tu. Beras jugak kan ??

Nasi Hujan Panas, lontong, ayam masak merah, rendang dan dalca sayur. 12.10 minit
aku dah siap masak. 12.35 makanan dah siap berhidang dan berhantar gambar kat FB
lagi haha.....
Sakan.
Labels:
Food
MUNAJAT ZULHIJJAH
Doa sebelum berbuka puasa hari ini.
Baca dengan teliti dan penuh syahdu doa di bawah sebelum
waktu berbuka puasa
sunat ZulHijjah; (15 min sebelum waktu berbuka)
In Shaa Allah
Bismillaahirrahmaa
nirrahiim
Merepek global
Minyak Ron 95 yang naik RM 0.20 menimbulkan keriuhan semalam . Sehingga jam
11.59 malam semalam ramai yang beratur di sesyen minyak untuk mengisi tangki kereta
masing-masing. Sebenarnya apa yang nak kita meradang dan bisingkan ? Merungut
tidak akan menyelesaikan masaalah. Cuba kita belajar terima kenyataan, terima fakta
yang harga minyak memang naik di seluruh dunia. Jika dibandingkan dengan Thailand,
harga Ron 95 ialah RM 4.76 / liter. Indonesia pulak harga Ron 95 ialah RM 3.38 / liter.
Malaysia bukanlah Venezuela yang memberikan subsidi minyak termurah di dunia
( pemberian subsidi itu bakal ditamatkan oleh kerajaan Venezuela tidak lama lagi ).
Di Venezuela, harga petrolnya memang lebih murah dari harga air dan udara yang disedut.
Yang penting, kita haruslah kreatif dalam mempelbagaikan pendapatan bagi menampung
kos sara hidup yang semakin meningkat.

Fitness Centre trend perniagaan terkini
FITNESS CENTRE / SPA adalah salah satu dari 10 trend perniagaan yang popular
kini. 9 trend perniagaan yang lain adalah :-
* Pemasaran dan pengiklanan
* Perniagaan online
* Makanan kesihatan dan kecantikan ATAU supplement
* Perniagaan alam sekitar
* Perniagaan yang berasaskan kepada kebajikan dan yayasan
* Permainan komputer
* Franchise makanan segera
* Pemuliharaan dan penjanaan semula tenaga
* Khidmat nasihat
Trend terkini memang lebih banyak menjurus kepada penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Orang sekarang sibuk dan perhatin sekali dengan imej diri. Dan jangan cakap fenomena ini
hanya melanda orang perempuan yang sentiasa sinonim untuk kelihatan kurus, cantik dan
berseri. Virus baru untuk sentiasa kelihatan kacak, sado tapi maskulin juga sudah melanda
Fitness Centre wujud, berkembang dan mengambil peluang dari kegilaan baru ini.
Mak cik-makcik nak nampak muda, kulit halus, maintain cantik bergaya dan jauh
dari gambaran geleber dan gemuk loyot. Yang baru berumah tangga ingin sentiasa
tampil menawan. Tak payah cerita yang masih anak dara, lagilah mereka ingin selalu
kelihatan vouge. Maka lelaki dan perempuan berduyun menjadi pelanggan dan pengunjung
tetap pusat-pusat gym ini dan akhrnya menimbulkan persaingan dari segi harga langganan
dan kepelbagaian penawaran.

Akibat persaingan yang timbul mereka berlumba menawarkan harga mampu milik kepada
pelanggan masing-masing. Di Gombak ada gym yang menawarkan harga semurah RM 5
untuk setiap sesi latihan. Ini menyebabkan seawal usia 16 tahun anak-anak remaja lelaki
sekarang dah mula menjeling dan masuk ke gym untuk mendapatkan body 6 pac abang
sado. Tapi aktiviti begitu lebih baik dan sihat dari remaja kita tercebur pada kegiatan yang
tidak sepatutnya. Betul ?

Subscribe to:
Posts (Atom)