Mampukah anda tersenyum bila mengetahui yang suami anda sedang menyulam cinta
lagi bersama pasangan yang baru ? Bersama wanita lain.........................................
Berkongsi suami ??? Jangan harap. Langkah mayat ku dulu. Simpang malaikat 44 - ini
adalah antara riaksi spontan bila mengetahui yang si suami ketahuan bermain cinta lagi.
Tapi mampukah kita menterbalikkan takdir?
Aku tak mahu jikalau aku di madu
Pulangkan saja ke rumah orang tuaku
Baru saja kau berada,sudah mau kawin lagi
Hai sudah mau kawin lagi.
( Lirik lagu dendangan duet S. Ahmad dan S. Rohani. )
Pastinya ramai isteri yang kehilangan senyum. Jam seakan berhenti berdetik dan jantung
seakan berhenti berdenyut. Mungkin diwaktu ' berita itu' sampai di telinga, kita sudah terlupa
tentang rukun iman yang ke 6 iaitu 'perakuan' percaya kepada qada dan qadar. Di saat hati
merintih sedih, kita terlupa dan seakan menolak wujudnya takdir.
Bagaimana kita hendak mengurus kemarahan jika hati terus kecewa ?
Tarik nafas dalam-dalam, kira 1 hingga sepuluh dan hembuslah nafas. Ulang latihan itu
3 kali lakukan perkara itu 3 kali sehari. Jangan mengamuk dengan suami kerana itu
tidak akan dapat mempertahankan suami anda. Mengamuk,menjerit tidak akan
mengubah apa yang sedang merasuk di hati dan perasaannya. Jika anda merasa perlu
bersaing dengan madu anda, lakukanlah dengan cara terhormat dan tanpa mengundang
rasa meluat di pihak yang yang satu lagi.
Tips JANGAN bila bermadu :-
1. Jangan masak kerana nak menambat hatinya TAPI masaklah dengan hati redho
kerana selain dari ia menjadi hasil masakan yang hebat, ia juga adalah terapi jiwa
untuk anda sendiri.
2. Jangan bersolek untuk menandingi kecantikan madu anda TAPI bersoleklah untuk
menutup mendung di hati dan supaya tidak dilihat semakin buruk di mata suami.
3. Jangan bercakap dengan lembut dan nada pura-pura dan kerana ingin memikat
hati suami TAPI bercakaplah dengan lembut untuk melatih diri sendiri lebih berbudi
bahasa dan berpekerti mulia.
4. Jangan tersenyum di saat anda ingin menangis TAPI menanggislah sepuas hati
bila tiada orang memerhati dan bercakaplah dengan diri : Wahai hati......,
bahawa kau sedang diuji. Tetaplah gagah. Tetaplah ceria kerana sesungguhnya bahu
mu kuat menanggung bebanan ini. Kau adalah di antara beribu wanita hebat yang
terpilih melalui ujian ini. Anggaplah saja anda sedang memasuki episod
" Fear Factor Selebriti Malaysia ".
5. Jangan memalukan suami dengan tindakan bodoh semata-mata untuk
mengundang simpati samada dari suami ataupun dari orang-orang sekeliling anda.
Kerana kenyataannya 20% dari mereka tidak peduli pun apa yang menimpa anda
dan 80% lagi lebih galak bertepuk tangan di atas keperitan yang menimpa anda itu.
SEBALIKNYA berjalanlah dengan segak dan bahu yang lebih terbuka. Kerana
dengan berlapang dada, bahu anda akan lebih kuat memikul bebanan yang tidak
kelihatan.
Belajarlah menggembirakan diri sendiri sebelum anda menggembirakan orang lain.
Sayangi pasangan anda 70% dan simpan 30% lagi untuk diri sendiri supaya hati
tidak lebur menjadi debu andai takdir tidak menyebelahi anda. Hadapilah kenyataan.
Itu lebih mudah menyembuhkan luka dari berpura-pura atau lari dari kenyataan hidup.
Dan untuk suami Surah An Nisa ayat 3 mungkin boleh dijadikan sedikit
petimbangan sebelum membuat keputusan terburu-buru yang boleh meluka hati
wanita yang selama ini telah sudi menemani anda sepanjang perkahwinan anda berdua.
( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan-perempouan (lain ) : dua,tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu )
maka ( berkahwinlah dengan ) seorang saja. "
No comments:
Post a Comment