Jumaat 8.30am, pagi-pagi lagi aku sekeluarga dah tercatuk di Klinik Aniza. Ikutkan jadual berkhatan 16 haribulan ni baru boleh buat. Tapi sengaja aku percepatkan kerana aku ada rancangan bawa anak-anak bercuti minggu depan. Cepat Daniel pulih , cepatlah kami sekeluarga dapat berjalan. Sebelum pergi klinik Daniel paksa papanya pergi ke KFC. Kat BB mana ada KFC 24 jam ? Aku ikutkan aja lah nak bagi dia puas hati. Tengok tempat tu tutup baru dia setuju pergi ke Bistro Salam....hahaha kesian anak aku. Makan ayam goreng pun terus jadi putus selera bila asyik kena sakat dengan Nurul.
Sampai ke klinik dan selepas buat pendaftaran dia terus diberi ubat penahan sakit lepas tu terus masuk bilik surgery. Tunggu luar la mamanya.
Pagi tu 2
orang yang
berkhatan. Seorang lagi seumuran dengan Daniel pun berkhatan kerana syarat wajib untuk belajar di sekolah tahfiz. Sedang Daniel pulak, aku khatankan awal kerana telinga aku dah binggit mendengar pertanyaan dari abang-abang dan kakak-kakaknya, ' bila nak sunatkan Daniel ma ?' Selama setahun ni boleh katakan Daniel dan aku diasak dan diusik dengan pertanyaan itu.
Bosan dengar.
"
Kenapa ? Tak sabar nak makan sup 'potong' ke ? "
aku bertanya.
" Abang tak sabar nak tengok Daniel pakai kain pelikat tergantung. Abang datang dekat-dekat, abang jentik nanti."
Farouk menyakat, dia buat muka sehabis nakal yang boleh.
" Kakak nak baling kucing waktu adik baring nanti, itu hari Daneil campak kucing kat akak tengah malam kan ? " Farah
pulak bersuara. Ewah-ewah..., mentang-mentah dia dah baik sakit. Join
sama kelab menyakat.
Sedang kami menanti di lobi klinik, tiba-tiba telinga aku menangkap jeritan kecil dari bilik surgery.
Suspen aja. Tak lama kemudian terdengar bunyi penukul besi....Nurul tercengang.
Buat muka cuak.
" Amboi, tak kan sampai guna penukul ma ?? "
Suami aku tersedak. Farah
ketawa mengelekek. Ibu bapa yang sedang menunggu tadi juga ketawa geli hati mendengar pertanyaan Nurul. Macam nak mintak kena sepak aja anak aku ni kan ?
Tak lama
dengar pulak bunyi drill.......
" Ehh...dasyat
klinik ni, sunatkan orang pakai penukul, pakai drill....habis
anaya Daniel
nanti ,"
Pasangan ibu bapa yang membawa anaknya bersunat itu akhirnya ketawa lebih kuat lagi. Suami aku menekan perut menahan ketawa....heiii, budak ni.
Peace yo..( baru lepas menangis ni )