Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pertandingan PENGUCAPAN AWAM anjuran Kelab Pidato Perdana

Pertandingan PENGUCAPAN AWAM anjuran Kelab Pidato Perdana. Saya menemui tajuk ini ketika berblogwalking dan membalas kunjungan Encik Mohd Shubhi. Tajuk ini memang menarik minat saya. Lain dari yang lain. Kali terakhir saya melibatkan diri dalam sesi debat dan pidato sekolah adalah di tingkatan enam dan hingga sekarang saya tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang aktiviti pemidatoan kecuali menjadi ahli pidato pada anak-anak di rumah.


Bercakap mengenai Kelab Pidato Perdana Malaysia ini, ia ditubuhkan pada 31hb Mac 2004
dan matlamat penubuhannya adalah untuk ' Memertabatkan Bahasa Malaysia ' dengan mempertingkat kemahiran ucapan kepada khalayak umum.

Okey, apa itu PENGUCAPAN AWAM ?

Pengucapan awam adalah satu bentuk komunikasi antara seorang individu yang ditujukan kepada sekelompok atau perkumpulan pendengar bagi tujuan menyampaikan mesej atau perkara yang ingin diperkatakan. Pengucapan awam yang berkesan sebenarnya mampu menjadi medium yang berkuasa mempengaruhi pendengarnya untuk mebuat keputusan terakhir yang diperlukan, mahupun melakukan anjakan paradigma.

Ironinya bukan semua orang mampu melakukan pengucapan awam atau berpidato dengan baik. Apatah lagi untuk mempengaruhi audien untuk melakukan sesuatu tindakan penting. Kesukaran ini dialami terutamanya oleh mereka yang belum punya pengalaman berinteraksi secara terus dengan audien. Malahan muka baru yang terlibat dalam bidang pengucapan awam biasanya mengalami masaalah untuk menguruskan perasaan gugup, darah gemuruh, peluh renik yang keluar , rasa ingin terkucil dan suara yang gementaran. Biasa terjadi
pemberi ucapan awam yang amatur ini dibasahi peluh pada pakaian dan akhirnya ucapannya menjadi tunggang langgang dan tidak teratur. Tak payah sebut soal teks ucapan - hentam sajalah.
Anda pernah ? Ya, saya pernah mengalami situasi ini sewaktu di pilih menjadi pemidato sekolah dulu.

Teknik menguasai pentas pengucapan awam

Pengucapan awam bukan hanya bergantung kepada teks ucapan yang berkesan tetapi juga bagaimana penampilan diri anda yang meyakinkan boleh memberi lebihan markah kepada keseluruhan
 ' pementasan ' ketika anda membuat pengucapan awam.

Seiringan dengan itu, gasture ketika seorang itu berucap juga memainkan peranan penting. Ini adalah termaksuk teknik kawalan suara atau intonasi, konteks mata yang ramah antara individu yang berucap dengan para audien amat membantu penyaluran maklumat yang sedang dilakukan. Pemilihan perkataan yang tepat atau yang lebih  ' mesra alam ', jenaka bersahaja yang mampu menghidupkan suasana agar pengucapan awam itu lebih hidup, menjadi tumpuan dan tidak dihadiri oleh audien zombie.

Apa pentingnya menguasai pengucapan awam ini ?

Menguasai Pengucapan Awam ini memang penting seandainya seseorang itu ingin menjadi pemidato yang hebat. Ingin menjadi penceramah yang setiap ceramahnya dihadiri oleh ribuan pendengar seperti Ustaz Idrus, yang mampu memanggil golongan kecil, besar, tua dan muda untuk mendengar ceramah agamanya tanpa dipaksa.

Apakah faedah seandainya kita boleh menguasai pengucapan awam ?


1.  Seseorang yang mampu memberi pengucapan awam biasanya lebih yakin dan percaya diri.    
       ( Jika anda mampu melangkah memegang mikrofon dengan senyuman, boleh mengawal suara
       tanpa gugup gagap, baju tidak lencun dek peluh, maklumat yang ingin disampaikan kepada
       audien dapat difahami mereka dengan jelas., bererti pada peringkat ini anda telah berjaya ! )
   
2.  Menjadi lebih fasih bila berbicara.
     ( Ya, bukan senang untuk memulakan ucapan pada kelompok asing yang tidak pernah kita kenal.
     Pemidato dan kelompok audien yang mendengar adalah dua pihak yang berbeza. Mungkin saja
     tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Jika anda boleh membuatkan kelompok asing ini
     memberikan tumpuan dan mendengar anda berucap sehingga habis..., bererti anda mempunyai
     kemahiran menguasai setiap baris ayat yang anda lontarkan sehingga membuat mereka terpaku
     dan bersedia mendengar atau berunding setelah apa yang anda sampaikan )

3. Anda menjadi lebih bijak mengawal bahasa tubuh / body language / gesture.
    ( Pengucapan awam sebenarnya adalah gabungan sains kemanusiaan. Ia adalah ' seni pujukan ' yang
    diterjemahkan dalam bentuk komunikasi yang berkesan dan menarik. Anda tahu bila waktunya yang
    tepat untuk tersenyum, menyusun langkah penuh yakin, mempunyai kontak mata yang bagus
    dengan audien terutamanya mereka yang berada di barisan hadapan. Melontarkan  intonasi suara
    yang tepat untuk mempengaruhi mereka membuat keputusan mahupun mengawal tumpuan mereka
    sehinggalah tugas anda tamat. )
 
4.  Otak menjadi lebih fokus dalam memperhalusi sesuatu isu yang ingin dibicarakan.
     Thomas Jefferson menyatakan ; " Saat berbicara - berenanglah mengikut arus. Saat mengutarakan
     prinsip, tegarlah seperti batu karang." Pengucapan yang hebat sentiasa penuh dengan ' isi '
     sewaktu disampaikan. Penceramah / pemidato hebat tidak akan berucap dengan tangan kosong.
     Kebiasaanya mereka sudah bersedia dengan maklumat terkini sesuatu perkara yang ingin dibicarakan
     semada berupa teks, mahupun video dan audio.
 
5.  Anda adalah pengadil pertama yang memberi markah kepada pengucapan awam anda.
     ( Anda sepatutnya boleh menilai penerimaan audien di 5 minit pertama anda mula berucap. Melihat
     pengelibatan dan tumpuan audien pada anda sudah cukup memberitahu andakah pengucapan anda
     berjaya mahupun sebaliknya. Hebat bukan ? Anda sebenarnya telah melakukan dua tugas dalam
     satu masa.  Iaitu sebagai orang yang berucap dan pengadil dalam waktu yang sama. )
    
Di antara tokoh hebat yang memang terbukti menguasai pentas pengucapan awam atau mungkin
menjadi pemidato sekali gus adalah Barrack Obama dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tetapi
siapakah yang lebih hebat dan mampu berucap berjam-jam tanpa melihat teks ucapan di tangan ?
Tidak lain tidak bukan adalah mantan Presiden Sukarno dari Indonesia dengan ucapan hebatnya
yang masih berkesan sehingga kini ;

" Berikan pada ku 1000 orang tua , nescaya ku cabut Semeru  dari akarnya.....TAPI berikan aku  10 orang pemuda, maka akan ku goncang dunia !! "

Masihkah anda ingat ?

Justeru jika anda berhajat mempertingkat kemahiran berucap di khalayak ramai, apa kata
kita meriahkan Pertandingan PENGUCAPAN AWAM Anjuran Kelab Pidato Perdana ini.
Jom semua.









No comments:

Post a Comment