Sebenarnya aku dah berkurun tak pernah masak LAKSA JOHOR. Semenjak berpindah ke Selangor
tekak aku dah agak sinonim dengan Laksa Penang dan Laksam Pantai Timur. Tapi lebih kerapnya laksa penanglah. Bersepah peniaga warong yang menjual laksa penang di KL dan Selangor ni, sedap dengan tak sedap ajalah air tangan mereka. Harganya sama. Aku cuma buat laksa penang bila terasa nak buat open house. Selain dari nasi dagang dan kari bagai sempena hari raya, laksa penang adalah juadah yang aku buat untuk pilihan tetamu yang sudah ' kelenger' dengan masakan bersantan.
Sederhana dan yang sedang-sedang saja
Sederhana dalam tindakan, sederhana dalam perlakuan dan pergaulan, sederhana dalam pemakaian, sederhana dalam selera, sederhana dalam berbelanja. sederhana dalam beribadah, sederhana bermekap, sederhana mengikut fesyen.
" Tidakkah kalian mendengar ? Tidakkah kalian mendengar ? Sesungguhnya KESEDERHANAAN
itu sebahagian dari iman." ( Hadis riwayat Abu Daud ).
Aku akui aku meminati fesyen. Aku akui aku pengemar muzik. Selera tinggi. Aku akui aku gila dengan segala macam jenis masakan. Aku suka pada kecantikan. Aku kagum dengan mereka yang mampu memakai barangan mewah , gajet canggih yang terkini. Aku adalah termasuk dengan golongan yang terkesima dengan keindahan duniawi dan itulah kelemahan fitrahku sebagai manusia. Tetapi aku tetap inginkan kehidupan yang seimbang. Kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Aku tidak mahu bahagia dan kaya hanya di dunia tetapi sengsara dan papa di akhirat. Aku bukan seorang yang zuhud, aku ingin menikmati hidup ini dengan gembira, berlapang dada di samping melakukan ibadah mengikut kemampuanku.
Sesungguhnya mati itu memang pasti. Ustaz aku pernah berpesan, ' bila berdoa...., berdoalah dengan jelas.'
Dewasa ini kehidupan menjadi semakin laju seiring dengan perkembangan teknologi. Kemunculan gadget-gadget baru sentiasa mengamit rasa untuk kita memiliki sebagai tanda kemampuan ekonomi dan kebolehan mengendali kecangihan teknologi. Peningkatan mendadak golongan non muslim kepada memeluk agama Islam berlaku mendadak di mana-mana . Di Amerika dan Eropah peningkatan golongan muslim membimbangkan kerajaan di sana. Produk kosmetik dengan kompangan ' lebel halal ' memenuhi pasaran besar-besaran. Fesyen muslimah juga sentiasa segar dengan idea-idea baru untuk golongan yang berhijab ini meneruskan kewajiban berhijab disamping up to date dengan pekembangan fesyen semasa. Dan semua ini berlaku atas nama manusia moden, yang seba serbinya mengikut peredaran zaman.
Aku bukan penghafal hadis malah kadang-kadang hadis yang kubaca itu aku sering terlupa siapakan perawinya. Aku biasanya hanya dapat mengingati ' apakah inti sesebuah hadis itu disampaikan '. Dan aruah emak selalu berpesan, jaga mulut, jaga mulut, jaga mulut. Jangan sibuk memperkata hal orang takut bila Allah membalikkan kata-kata itu tadi, kita akan melakukan lebih teruk dari apa yang ' hamba Allah ' itu pernah buat , kerana Allah itu berkuasa untuk membalik-balikkan hati. Kadang kala menjadi seorang yang out spoken itu bagus, tapi berpada-padalah. Dan aku memilih untuk mengamalkan yang sedang-sedang saja.

Law of receiving mengatakan , ' to state your desires clearly, firmly and we should be open to get them '.
Dan selalu aku berdoa , Ya Rabb, walau siapa pun aku, aku mohon untuk kembali kepada MU dalam keadaan Khusnul Khotimah .
Dewasa ini kehidupan menjadi semakin laju seiring dengan perkembangan teknologi. Kemunculan gadget-gadget baru sentiasa mengamit rasa untuk kita memiliki sebagai tanda kemampuan ekonomi dan kebolehan mengendali kecangihan teknologi. Peningkatan mendadak golongan non muslim kepada memeluk agama Islam berlaku mendadak di mana-mana . Di Amerika dan Eropah peningkatan golongan muslim membimbangkan kerajaan di sana. Produk kosmetik dengan kompangan ' lebel halal ' memenuhi pasaran besar-besaran. Fesyen muslimah juga sentiasa segar dengan idea-idea baru untuk golongan yang berhijab ini meneruskan kewajiban berhijab disamping up to date dengan pekembangan fesyen semasa. Dan semua ini berlaku atas nama manusia moden, yang seba serbinya mengikut peredaran zaman.
Aku bukan penghafal hadis malah kadang-kadang hadis yang kubaca itu aku sering terlupa siapakan perawinya. Aku biasanya hanya dapat mengingati ' apakah inti sesebuah hadis itu disampaikan '. Dan aruah emak selalu berpesan, jaga mulut, jaga mulut, jaga mulut. Jangan sibuk memperkata hal orang takut bila Allah membalikkan kata-kata itu tadi, kita akan melakukan lebih teruk dari apa yang ' hamba Allah ' itu pernah buat , kerana Allah itu berkuasa untuk membalik-balikkan hati. Kadang kala menjadi seorang yang out spoken itu bagus, tapi berpada-padalah. Dan aku memilih untuk mengamalkan yang sedang-sedang saja.
NATASHA UMAIRAH
Orang kata anak yang keluar ikut tingkap memang banyak ragam dan kerenahnya. Mungkin betul. Secara kebetulan ke tiga-tiga orang anak kakak aku juga dilahirkan melalui pembedahan dan seorang lagi kenalan ku juga melahirkan anak melalui caesarean. Mereka mempunyai perwatakan yang sama. Kuat merajuk, cepat meradang, cemburu, garang tapi cekal dan rajin berusaha. Dari segi fakta sains aku memang tak tahu apa kaitan antara anak yang lahir melalui pembedahan dengan ragam perangai mereka. Tak sempat nak kaji. Yang pasti dia mula buat perangai semanjak Nurul lahir. Beza mereka hanya 2 tahun.
Nurul
Dia anak yang rajin membantu aku di dapur. Ringan tulang membantu mengurus kerja rumah sebelum dia ke sekolah. Anak yang periang dan pintar. Tapi aku memang ada masaalah dengan cita-cita si Nurul dari kecik hinggalah ke besar ini ( sekarang Nurul dah berusia 13 tahun ), cita-citanya constant tidak pernah berubah seperti kanak-kanak lain. Kali pertama dia menyatakan cita-citanya kepada aku adalah ketika ia berumur 10 tahun / sewaktu darjah 4. Ketika itu aku membawanya bersama sewaktu aku membuat rawatan rambut di salun seorang kenalan cina ku. Tekun dia memerhati bagai mana tuan punya salun itu bekerja dan melayan pelanggannya.
HOMESCHOOLING / PERSEKOLAHAN DI RUMAH
BELAJAR DARI RUMAH ATAU HOMESCHOOLING, aku tahu tentang perkara ini melalui pembacaan di internet tahun lepas lagi. Kemudian TV3 juga ada mengeluarkan rencana/berita mengenai hal ini yang melibatkan anak malaysia yang terlibat dalam mengembangkan idea home schooling ini di Amerika. Sekali lagi perkara ini berjaya menarik perhatian aku.
Home schooling, adakah ia salah dari segi undang-undang ?
Home schooling, adakah ia salah dari segi undang-undang ?
Pertandingan PENGUCAPAN AWAM anjuran Kelab Pidato Perdana
Pertandingan PENGUCAPAN AWAM anjuran Kelab Pidato Perdana. Saya menemui tajuk ini ketika berblogwalking dan membalas kunjungan Encik Mohd Shubhi. Tajuk ini memang menarik minat saya. Lain dari yang lain. Kali terakhir saya melibatkan diri dalam sesi debat dan pidato sekolah adalah di tingkatan enam dan hingga sekarang saya tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang aktiviti pemidatoan kecuali menjadi ahli pidato pada anak-anak di rumah.
Entri apa selepas ini
ENTRI APA SELEPAS INI ? Cehh...macam sibuk beno. Macam banyak benar yang nak ditulisnya ?
Tapi sebenarnya aku memang dah bercadang nak menulis tentang beberapa perkara di bawah cuma masa tidak mengizinkan kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
1. Entri contest untuk Kelab Pidato Perdana dari blog blog En. Subhi kita dari blog hidup ringkas kita.
( Encik Subhi, saya join tau. Cuma entrinya lepas raya lah. Sekarang mak cik sibuk. Tunggu ya.
Tunggu lepas raya haji nanti. )
2. Home schooling atau persekolahan di rumah - buruk dan baiknya.
( Masaalahnya aku suka idea ini )
3. Bila Hafizul Haq ada di rumah
( Rumah aku persis pentas Maharaja Lawak Mega )
4. Cita-cita Nurul.
( Aku memang bermasaalah dengan cita-cita dia nih, dari kecil sampai ke besar cita-cita dia
tak pernah berubah - nak jadi pendandan rambut ). Hermm, macam mana aku nak tune semula
otak Nurul ? Any suggestion ?
5. Natasha Umaira - kenapa selalu sentap ?
( Kuat sangat merajuk anak dara yang sorang ni. Masak lah boy friend dia esok ).
6. Farouk Firdaus - pemberontak atau penyelamat ?
( Bila aku berleter, dia kata aku tak beri dia peluang berfikir sendiri. Bila aku diam tak berleter....
dia datang balik tanya aku; ' mama sihat ke hari ni ? ' ). Oohh, maksudnya kalau mulut aku macam bertih
goreng tu aku sihat lah ? Maknanya dia rindu kicauan leteran murai ku.. Ego rupanya anak aku nih.
7. Cara nak mengelakkan kucing mencakar sofa/kusyen
( Orang yang rajin bela kucing ni biasanya orang yang penyayang dan penyabar ) betul ke ? Hehe
8. Engkau ado ? Engkau ada suami yang sempoi ?
( Aku ada. Korang tak ada kan ? Tapi seriously .....kalau cari kat tempat lain memang tak jumpa.
Cari lah kat London, Iran, China, Indonesia, Singapura , Thailand, Chow Kit, kat KL, Putrajaya,
Kelantan, Penang..., semua tak ada tapi kat Bukit Beruntung ada ) Hehehe
**** Am not a super woman dan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

9. Hidup yang selalu ditarbiah.
**** Am not a super woman dan Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Miss Transporter
Semalam ambik anak balik dari MRSM. Hari ni, kena ambik seorang lagi balik dari asrama kolej pulak.
Esok ambik anak saudara pulak yang akan tingal bersama aku sepanjang Aidil Adha nanti. Kadang-kadang terasa seolah-olah kerja aku ni dah menyamai kerja Mr. Transporter. Jumpa customer, hantar barang pada customer, berlari ambik anak sekolah, sambung masak, baca email, buat deal kebanyakannya over the phone and thru internet aja. Bila sempat buat entri di blog. Lagi lebih masa, buat blogwalking pulak.
Segmen Aku Menulis Bukan Kerana Nama
Segmen aku menulis bukan kerana nama ini dibawakan oleh http://annaz79.blogspot.com.
Aku hanya tahu tentang segmen ini selepas berblogwalking ke blog KHIR. Tajuknya membuat aku terpanggil untuk menyertainya. Ok, kita tengok dulu apakah syarat-syarat untuk menyertai segmen ini :-
1. Copylah banner di atas tu ( jangan buat tak faham pulak )
2. Buatkan tajuk entri ' SEGMEN AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA ' dan linkkan dengan
blog ANNAZ 79. Jangan lupa tinggalkan komen anda di situ.
3. Penyertaan terbuka kepada semua blogger. Yang tak ada blog tak payah memohon hehe...
4. Syarat wajib follow blog Annaz Mohd.
5. Wajib follow ke tiga-tiga blog di bawah ini juga ;-
(A) Annaz craft (B) ANNE (C) KELUARGA PAK MAT
6. Disebabkan tajuk segmen ini adalah ' Segmen aku menulis bukan kerana nama ' maka hendaklah anda
nyatakan dalam entri anda apa sebab dan tujuan anda menulis. Ingat tu jangan lupa.
7. Tarikh tutup segmen : 11hb Oktober 2013 ( 3 hari dari sekarang beb, tengok betul-betul )
Hermm...apa sebab aku menulis ya ?
Menulis bukan kerana nama ? Ehh..mana boleh. Kalau tak ada tajuk nama blog, mana mungkin pembaca blog boleh sampai ke sini. Nama itu penting. Nama itu branding name. Nama itu doa.
Betul ke aku menulis bukan kerana nama ? Aku tak boleh nak jawab. Cuba anda yang tolong jawabkan...
Aku hanya menulis untuk merakamkan journal kehidupan ku untuk anak-anak tersayang bila aku dah tiada nanti. Banyak yang aku tuliskan di blog ini adalah rakaman aktiviti, peristiwa dan dailog lucu sewaktu aku bersama mereka. Mampukah aku memberikan inspirasi kepada anak-anak melalui penulisan ??
Hidup ini perjuangan wahai anak. Carilah yang tersirat di bawah yang tersurat. Tapi ...dah nama zaman sekarang, dairy- dairy dah jadi old school choice. Jadi aku ikut trend - tulis dairy di blog. Dah nama pun blog.., maka sedikit sebanyak adalah pembacanya. Majoriti pembaca adalah pelawat yang tak tersengaja, tersinggah dan 'terbaca' blog aku. Pembaca tetap - sikit. Tapi aku memang tak kisah pun sebab blog aku memang bukan blog advertisment, bukan blog ustazah, bukan blog tutorial dan bukan blog motavasi. Blog aku hanylah blog peribadi yang bakal dijadikan kenang-kenangan kepada anak-anak bila waktunya sampai nanti.
KOKA HATI DARI PALESTIN
Semalam, baru saja aku melabuhkan punggung ke sofa, Nurul memanggil nama ku dari luar.
" Mama, ada orang nak jumpa."
Aku kerutkan kening. Rasa terganggu juga sebenarnya. Mesti sales man, apa lagi la yang nak dijual kali ni..
Aku keluar ke muka pintu dan di luar pagar seorang lelaki bertubuh sederhana, berkulit hitam manis melemparkan senyum. Mukanya habis dibasahi peluh kecil besar. Bajunya lencun. Saiz sack beg yang dipikul hampir separuh dari badannya. Mesti beg itu berat dan dia penat. Dia memberi salam dan seterusnya memberitahu kedatangannya ke rumah aku dalam bahasa inggeris. Katanya dia orang Palestin yang sedang menyambung Master di UIA Gombak dalam bidang Syariah dan Usuluddin. Oleh kerana Palestin sering kacau bilau, dia sering terputus belanja dan hubungan dengan keluarganya. Malah perlu berusaha sendiri menampung yuran pengajian.
Persahabatan dan pengkhianatan
" I nak pergi jumpa Jo, nak jengah Zah sekali. Sakit katanya, ok ke ? "
" Ok...no problem. Kirim salam kat sedara kita tu," dia menjawab di hujung talian.
Hampir 6 tahun aku tidak pernah menemui sahabat lama walau duduk berdekatan. Aku di Selangor dan dia di Kuala Lumpur. Persahabatan hanya bersambung bila sesekali kami bertanya kabar dan saling membidas di dalam hand phone atau pun email. Aku sampai di Kopitiam Dataran Ampang jam 3 petang. Dari jauh aku melihat dia tersenyum memandang dengan kaca mata hitamnya.
Beranikah anda menjadi MILLIONEIRS ?
Siapa kata tanpa ijazah sesorang itu tidak boleh menjadi Millionaires / Billionaires ?
Siapa kata orang buta huruf tidak boleh menjadi pengusaha dan seterusnya berjaya dalam perniagaan ?
Siapa kata lepasan PMR, SPM tidak layak dan tidak mungkin menjadi jutawan ? Siapa kata ?
Dr. Azizan Osman kata dalam selamba dengan senyum-senyum kambing ; ' kebanyakan orang yang berjaya menjadi millionaires bukannya pemegang ijazah pun ..........................'
Wow, jangan salahkan saya kalau anda terpengaruh dengan retorik ini.

IKAN PELAGA PARIT
Teringat aku seorang otai yang mengariskan pertanyaan dalam entrinya yang cukup menangkap di fikiran.
Mana arah tujuan blogging kamu ? Apa pilihan kamu ? Adakah kamu mahu menjadi seekor ikan besar di kolam yang besar yang tiada seekor ikan pun peduli malah sedar akan kewujudan kamu ATAU kamu mahu menjadi ikan besar di kolam yang kecil yang bakal dihormati oleh segala keturunan ikan yang berenang di situ ? ( Heh.., yang ini aku tambah sendiri - kalau berangan menjadi ikan kecil di kolam yang besar, yang juga dipenuhi oleh ikan yang besar-besar ........,lagilah sengsara angan-angan tu. Commit sucide yang sebegitu lebih baik tak payah diangan-angankan ). Lama aku termenung selepas membaca entrinya. Persoalan yang dilontarkan oleh otai itu memang masuk akal dan hari-hari aku memikirkan apa tujuan aku berblogging ?
Sesekali aku termenung mengadap komputer yang kaku. Wayar di otak bagai putus sambungan. Sistem reboot. Bila aku restart ....inilah keputusan aku. Aku tidak minat menjadi ikan emas. Cantik dipandang , berenang di akuarium sempit dan hanya menjadi hiasan. Kerap berlaku di akuarium, tragedi membunuh diri tanpa sengaja kerana makan berlebihan dan akhirnya mati bontang kekenyangan.
Dari dulu, kelmarin malah sejak kecil hobi aku memerhati Ikan Pelaga berenang. Cemerlang warnanya, bebas menyelesuri parit yang air tanah gambutnya tak berapa nak putih, walau mungkin tertangkap dan diisi di botol kaca yang sempit dan tidak diberi makan berminggu masih mampu bertahan hidup . Malah mampu terus bernafas dan berenang walaupun direndam dalam air sabun !
Aku hanya ingin menjadi diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)