Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mencari Lailatul Qadar



Menurut para mufassirin, Al-Quran diturunkan pada malam LAILATUL QADAR. Iaitu satu malam yang
hanya terjadi di bulan Ramadan dan kebaikan mengerjakan amal di malam tersebut ganjarannya adalah
lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadar dikatakan berlaku pada malam terakhir 10 Ramadan. Kata
aruah mak pada aku dulu; malam Lailatul Qadar ini boleh dikenal pasti melalui cuaca yang menghampiri
sebelum dan sesudahnya. Cuaca tak berapa nak panas dan tak berapa nak sejuk. 
Senang cerita reduplah.


Malamnya pulak , pokok-pokok seolah-olah bersujud dengan melempaikan dahan ( membongkok )
ke tanah. Aruah mak kata, dia pernah melalui malam itu sekali. Wawallahu'aklam
Kalau betul pernah.......
alhamdulilah. Bertuah badan. Tak semua orang beruntung begitu. Aku tak pernah.
Engkau pernah ?

Setiap kali melihat seketsa Jejak Rasul di TV 3 di bulan puasa ini, hati bagai digamit untuk ke sana.
Sayu dan rindu semakin terasa. Entah bila dapat menjejakkan kaki ke tanah haram. Seorang kenalan di Google+ memanggil aku 'hajah' dan aku balas dengan memberitahunya......
Aku belum hajah lagi ya tuan.

Dia balas semula; panggilan yang baik mudah-mudahan mempercepat kebaikan. Aku senang berkenalan dengan orang yang begini. Sudah semestinya kita memanggil saudara-saudara, teman-teman, anak malah isteri dengan panggilan yang baik dan panggilan yang disukai mereka. Malah ada hadis nabi yang merawikan perkara ini. Tapi jangan tanya akulah apa hadisnya aku bukan penghafal hadis walau mengingat beberapa perkara yang disampaikan melalui hadis tersebut. Nabi pernah memanggil saidatina Aisyah dengan panggilan ' ya umairah '. Umairah itu ertinya ketua kepada kaum muslimin. Umairah juga ertinya wahai yang kemerah-merahan. Kerana pipinya saidatina Aisyah itu kemerah-merahan maka dipanggil nabi dengan kasih sayang yang begitu.

Anak ku yang keempat namanya Natasha Umairah. Memang pipinya merah dari kecil tapi sejak dia menginjak remaja ini.., mata ku yang kerap merah sangking geram aku kepadanya. Tak apalah, mudah-mudahan peperiksaan PMRnya nanti bakal membuahkan hasil yang cemerlang.
Ehh...apa aku melalut ni ?

Ermm tawarih..,eh salah. Tawarih tu subjek sejarah orang dulu-dulu. Terawih. Ya terawih tahun ini aku paling banyak mengelat. Cuma beberapa hari yang menuju 10 terakhir ramadan ini yang aku rajin.
Ya mudah-mudahan berlangsunglah sampai ramadan yang terakhir. Melalut lagi.....
Aku nak cakap pasal malam Lailatul Qadar kan ??

Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku, memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).

Kerana itu aku ulang-ulang baca ayat ini. Mudah-mudahan Rabb akan mengampunkan semua dosa-dosa ku samada yang aku sedar mahupun tidak. Samada yang aku sengajakan mahupun tidak
Mana tahu ini ramadan terakhirku ?


Surah AzZumar. Ayat 053.


Az-zumar ayat 53, pokok yang bersujud, cuaca yang redup, hamba yang melampaui batas, ya umairah, natasha, natasha umairah, yang kemerah-merahan, jejak rasul, jejak rasul diTV3



Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

13 comments:

  1. Assalamualaikum. terima kasih sharing. sheila juga nak perbanyakkan amalan untuk 10 malam terakhir ni. insyallah :)

    ReplyDelete
  2. No problem Syeila. Tq sudi baca entri ini. Selamat Hari Raya buat Sheila sekeluarga. Terlajak menulis dan terlebih bicara ampun dan maaf dipinta.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Cepatnya maasa berlalu kak.. oleh tu gunakan lah sisa2 ramadhan nie untuk beribadat pd Allah.. rrugilah siapa yg ditinggalkan ramadhan, tapi tiada apa2 perubahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Aniq, mudah-mudahan membuat kita lebih menginsafi diri.

      Delete
  5. Assalamulaikum lyn..semoga kita "bertemu" juga malam tersebut..insya Allah

    ReplyDelete
  6. Aslkum.. Semoga kita semua dpt bertemu malam Lailatul Qadar bersama amalan yg diberkati, in shaa Allah.. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Khir. Tq atas kunjungannya. Mudah-mudahan kita semua diberikan kesempatan melaluinya. In sya allah.

      Delete
  7. bersamalah kita merebut peluang untuk mendapatkannya.. insya-Allah..

    ReplyDelete