Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Corat-coret hari jumaat.

Sekadar corat-coret / perkongsian ......mungkin juga hint di hari jumaat ini :-

1.  Buka mata pada siapa itu Syiah yang berpaksi di Iran ..................

Iranian Filmmaker Alleges Secret Society is Behind Arab Spring Revolutions...Sinister Plan May Lead to World War III - Christian Newswire
 

Antara kancing suasa dan payung emas

 ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Pakai baju kancinglah suasa♪♫•*¨*•.¸¸♥ 
 ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*• Pakai mari baba lah melaka ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
  ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪   Biar saya rosak dan binasa  ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
  ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪  Kerana dia tidak mengapa ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪

Lirik lagu retro dendangan R.Azmi bila sesekali didengar, memang nyaman di telinga. Susuanan muzik melayu yang teratur dan tidak membingitkan mempunyai maksud yang mendalam.
Apa itu kanching ? Budak sekarang tak taulah faham ke tidak maksud kancing. Ermm...orang sekarang
menyebutnya butang. Butang baju. Kancing atau butang baju digunakan untuk menutup atau merapatkan belahan baju yang terbuka dan tidak berjahit. Kalau tidak mengenakan kancing alamat ' ternampak dan terburailah ' segala perkara yang tidak patut dinampak.

Puding kramel ( puding orang malas yang sedap )

Rasa nak makan puding ? Aku cuma suka 2 jenis puding aja. Puding jagung berkuah dan tidak berkuah.
Puding jagung orang cina biasanya tak berkuah. Sementara puding jagung melayu biasanya berkuah.
Tapi puding yang paling aku suka dan paling senang nak buat ialah Puding Kramel alias Puding Gula Hangus.
Senang nak buat ' puding orang malas' ni.

Apa ni dik ?

Bila berniaga buat lah cara berniaga. Jadilah peniaga online yang jujur dan amanah serta responsif pada pertanyaan pelanggan. Jangan masa nak masuk duit ..,laju je sms akaun no.....bila ada masaalah bagi alasan ; " saya cuma buat dropship aja kak, talipon tertinggal kat rumahlah, emak sakit la, akak tersalah sms produk la, akak tak bagi alamat penuh la...bla,bla,bla. Bagi reference no Pos Laju, bila check berulang kali...haram tracking number tu tak ada dalam list. Apa ni dik ? Adik ingat akak baru belajar hidup ke ?

Purchea la bo quea abea qua

Rojak petis yang aku makan semalam memang sedap. Pedas, lemak, masam,manis semua terasa.
Ditabur pulak dengan kacang tanah yang dikisar separuh kasar.......ermmm memang yummy. Macam biasalah air tangan aku mesti letak cili padi. Tak ada cili apa pun tak sedap yop. Err..sebenarnya aku tak buat pun. Aku beli kat simpang jalan. Balik rumah cuma aku tumbukkan cili aja.Aku duduk kat meja bulat mengadap tv sambil menyuap rojak petis ke dalam mulut. Selang 5 minit kemudian aku terdengar bunyi motor menghampiri kawasan rumah dan tepat, anak aku Farouk balik - baru lepas menghadiri rumah terbuka kawannya.

Travel log Hari Raya

Hari ini sudah genap seminggu kira semua beraya. Berat badan pun dan naik dek kekerapan memakan lemang , ketupat , rendang dan kari mengkari. Diam tak diam berat aku dah naik sekilo. Lepas ni jenuhlah nak turunkan berat badan dan memulakan regim meminum pati delima semula. One thing good pasal pati delima ini , dapat membantu menurunkan berat badan disamping menghalus dan mengebukan kulit. Serius. So konon kata nak kurus punya pasal, aku minum 2 sudu pagi sebelum makan, dan 2 sudu disebelah malam....memang ngam-ngam lah sebotol yang berisi 250ml tu habis untuk seminggu. Lagi satu yang aku perasaan on the way driving back from Johor aku punyalah rasa letih dan mengantuk, tak boleh nak cakap le.........

Sebelum BerAidul Fitri dengarkan khutbah yang menggoncang dunia ini .


                         

 Ya Allah dan tolonglah kami mengalahkan musuh MU di bumi ambiya ini.

Mencari Lailatul Qadar



Menurut para mufassirin, Al-Quran diturunkan pada malam LAILATUL QADAR. Iaitu satu malam yang
hanya terjadi di bulan Ramadan dan kebaikan mengerjakan amal di malam tersebut ganjarannya adalah
lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadar dikatakan berlaku pada malam terakhir 10 Ramadan. Kata
aruah mak pada aku dulu; malam Lailatul Qadar ini boleh dikenal pasti melalui cuaca yang menghampiri
sebelum dan sesudahnya. Cuaca tak berapa nak panas dan tak berapa nak sejuk. 
Senang cerita reduplah.