Masuk kali entah dah berapa kalilah aku dengar dia nyanyi lagu 'secret' sambil melenggokkan kepalanya pelan-pelan dan memetik ibu jari. Farah yang yang sedang makan berhenti mengunyah. Teleng kepalanya melihat Daniel menyanyi. Farouk yang sedang menggunakan internet senyum malu alah memandang wajah adiknya yang selamba melagukan 'secret' dari Mooron 5. Hafal pulak tu liriknya.
Hand phone dalam genggaman dipegang erat sambil mulutnya mengajuk lagu secret.
" Adikkk....cukuppp. Cukup. Akak tak tahan tengok muka adik poyo cam tu," Farah menjerit dan menyeringai.
TIPS MERAWAT HATI YANG PATAH
PATAH HATI ?
Hemm...tak payah nak patah hati sangat. Usah dirayu kalau orang dah tak suka. Hidup kena ada harga diri. Pepatah ada mengatakan ubat yang paling baik untuk merawat 'patah hati' adalah MASA.
Ya masa. Berikan hati anda masa yang cukup untuk melupakan semua kenangan sedih, sayu dan pilu.
Kalau anda rasa dengan melayan kenangan lalu akan membuatkan anda lega - layannn. Tapi jangan
berpanjangan dan terlalu mengikut perasaan.
Cara melembutkan roti canai
Pernah buat kerja macam ni.....pergi restoran mamak beli roti canai untuk anak-anak, bila sampai rumah tengok dia orang tengah menyandar depan TV sambil baru lepas makan Maggi ? Arrgghh....roti canai yang baru di beli tu pengabisannya tiada siapa yang makan kerana semua orang dah kenyang ! Penyudahnya aku humban ke dalam fridge.
Itu hari anak aku merunggut, roti canai yang dibelinya masih ada dalam fridge di hostel belum dimakan lagi dah 2 hari dibeli. Waktu pergi beli perut lapar....dah dibeli perut kenyang. Nak dihumbankan ke tong sampah....rezeki dan duit tuuu. Dia pun buat macam aku - humban juga ke fridge. Lepas tu dia talipon ; ' nak lembutkan balik roti tu cam mana ma ? '. Tak pasal-pasal petangnya aku kena drive ketempat dia semata-mata nak tunjukkan cara melembutkan roti canai yang dah kejung - kojol tu.
Beginilah cara-caranya :-
Langkah pertama : Letakkan kepingan roti canai atas alas lubang-lubang cam ni.
Ke 2 : Nak letak sekeping-sekeping boleh, nak letak 3 atau 4 keping sekali pun boleh.
Tapi sebab anak aku ni jenis blur, aku terpaksalah tunjuk kat dia sekeping-sekeping.
Jangan lupa ditutup kuali tu...dah nama pun kukus.
Ke 3 : Kukus dalam 7 minit je. Eloklah roti canai tu nanti mengembang dan gebu semula.
Malahan texturenya lebih lembut dari waktu kita beli hari tu..hehehe
Ke 4 : Kuah ??? Tak payah risau. Kuah mamak biasanya tahan 3 hari - 1 minggu. Kuah kari dia orang
mana guna santan. Tairu je beb, so confirm tak basi. Selalunya aku pilih kuah kari campur kuah
dalca. Balik rumah aku jadikan satu...perghh terangkat.
Nota :
Tips di atas hanya sesuai untuk orang yang segan memasak dan tak nak membazir makanan.
Terutamanya student-studentlah - janji kat rumah ada fridge. Elakkan pembaziran.
Bolehlah kann ? Tukang masak import mai dari BB
Bentang tikarrr !!!!
Itu hari anak aku merunggut, roti canai yang dibelinya masih ada dalam fridge di hostel belum dimakan lagi dah 2 hari dibeli. Waktu pergi beli perut lapar....dah dibeli perut kenyang. Nak dihumbankan ke tong sampah....rezeki dan duit tuuu. Dia pun buat macam aku - humban juga ke fridge. Lepas tu dia talipon ; ' nak lembutkan balik roti tu cam mana ma ? '. Tak pasal-pasal petangnya aku kena drive ketempat dia semata-mata nak tunjukkan cara melembutkan roti canai yang dah kejung - kojol tu.
Beginilah cara-caranya :-
Langkah pertama : Letakkan kepingan roti canai atas alas lubang-lubang cam ni.
Tapi sebab anak aku ni jenis blur, aku terpaksalah tunjuk kat dia sekeping-sekeping.
Jangan lupa ditutup kuali tu...dah nama pun kukus.
Malahan texturenya lebih lembut dari waktu kita beli hari tu..hehehe
mana guna santan. Tairu je beb, so confirm tak basi. Selalunya aku pilih kuah kari campur kuah
dalca. Balik rumah aku jadikan satu...perghh terangkat.
Nota :
Tips di atas hanya sesuai untuk orang yang segan memasak dan tak nak membazir makanan.
Terutamanya student-studentlah - janji kat rumah ada fridge. Elakkan pembaziran.
Penyudah cerita aku bukan setakat tunjuk cara nak lembutkan roti kat anak dara nan seorang ni
tapi juga kena bawak bahan mentah untuk dimasak dan dimakan bersama kawan-kawan di dorm yang sama. Apa lagi masak yang senang dan yang aku tahu je le.
Bolehlah kann ? Tukang masak import mai dari BB
Bentang tikarrr !!!!
Hujan dan Al-Kauthsar
Hari ini jumaat 17/5/2013
@ 1.01pm
Hari yang penuh keberkatan. Hujan telah turun seawal awal pagi dan entah kenapa setiap kali hujan turun hati aku terasa nyaman dan tenang. Aku menyukai segalanya tentang hujan. Dari butirannya, bunyi dan desah angin yang bersamanya. Hari ini aku tidak pergi kemana-mana. Aku ada di rumah, jadi aku boleh perhatikan hujan yang turun di depan pintu rumah sepuas hati sambil baca surah Al-Kauthsar.
Surah Al-Kauthsar - perbanyakanlah membacanya terutamanya sewaktu turunnya hujan. Berdoalah ketika turunnya hujan. Moga hidup ini menjadi lebih indah, mudah dan berkah.

Bacalah dan ia amat menghiburkan hati terutamanya bila hujan turun.
Putih melati dan merah delima
Putih-putih melati, merah-merah delima
siapa yang makan hati , kita fikir sama-sama
Ini karilah !
( Bukan ini kali lah )
Mak....Inah rindu.
Mak, tak lama lagi ( 24/5/2013 ) cuti
sekolah penggal 2.
Semalam cucu-cucu mak bertanya lagi ; cuti sekolah nanti kita balik kampung tak mama ?
Lama dah tak balik rumah nyai…..
Semalam cucu-cucu mak bertanya lagi ; cuti sekolah nanti kita balik kampung tak mama ?
Lama dah tak balik rumah nyai…..
Inah
jawab, “ buat apa balik rumah nyai ? Nyai dah tak ada, yaai pun dah lama meninggal….kita balik nak tidur mana ? Nak jumpa siapa ?”
CABARAN 168 ASTRO KASIH
Astro Kasih baru-baru ini telah menganjurkan Cabaran 168 jam kerja membersihkan sampah saraf di dasar laut Sabah. Cabaran ini juga dinamakan dengan LONGEST UNDERWATER CLEAN UP SABAH dan bagi mencipta Guinness World Record for 168 hours underwater clean up. Cabaran ini telah pun berlangsung pada 6hb April - 13hb April yang lepas.
Cabaran 168 ini memerlukan para penyelam mengelilingi dan membersihkan Taman Martime Tunku Abdul Rahman yang terdiri dari 5 buah pulau iaitu Pulau Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhannya adalah 4,929 hektar dengan 224 tempat menyelam yang telah dikenal pasti. Ermm..tough job indeed.
Cabaran 168 ini diadakan bagi mengwujudkan kesedaran tentang pemuliharaan marin Malaysia dan sebagai persediaan khazanah taman laut yang indah untuk generasi akan datang.
Astro Kasih bagaimana pun telah menurunkan penyelam-penyelam sukarelawannya dan aktiviti ini turut menarik minat para sukarelawan tempatan dan antrabangsa yang telah menawarkan diri untuk menyertainya. Penyertaan untuk aktiviti ini turut diterima dari New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Switezland, Hong Kong,Perancis, Austalia malah dari Belanda.
Ekoran dari inisiatif dan kesedaran ini telah berjaya mengumpul sebanyak 3 tan sampah sarap dari laut termasuk botol,plastik dan beg, tali pancing, tin malah tayar di jumpai di dasar laut.Bab tayar tu masih boleh dimaafkan kerana boleh juga dijadikan tukun tempat ikan membiak tapi kalau tempatnya bersepah pasti akhirnya mencacatkan pemandangan dasar laut bila aktiviti menyelam di adakan.
Oh ya Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Dato Masidi Manjun dan wakil dari ASTRO - Tun Zaki Tun Azmi telah turut menyaksikan penyampaian sijil Guinness World Record kepada para peserta. Syarikat-syarikat kooperat di Malaysia sepatutnya mencontohi aktiviti yang di jalankan oleh Astro ini dan aktiviti ini seharusnya menjadi aktiviti tahunan di Malaysia dan ianya juga sepatutnya dikembangkan kepada pulau-pulau peranginan yang lain. Iaitu seperti Pulau Tioman,Pulau Redang, Pulau Pangkor, malah Pulau Sibu dan Pulau Aur yang terletak di Johor.Taman laut yang bersih memang menjadi syurga penyelam malah amat membantu pelancongan negara.
MEMANG TAK SENONOH
Mentang-mentang dia mengandung. Suka-suka tok nenek dia tidur dengan buat aksi free style.
Sakura...Sakura...nak dicepuk engkau ni mengandung. Ciss....
Sakura...Sakura...nak dicepuk engkau ni mengandung. Ciss....
Pokok betik di halaman rumah
Pokok betik ini aku tanam awal tahun 2012. 5 bulan selepas itu ia mula mengeluarkan buah yang berwarna kuning oren, berkulit mulus dan rasanya amat manis. Bila pucuknya semakin mencecah bumbung, pokok betik ini akhirnya terpaksa ditebang sebab aku dah tak larat nak turunkan buah menggunakan tangga.
Hujung tahun lepas, aku minta suami tebangkan pokok betik yang dah banyak jasa mengeluarkan buah ini. Aku sangka ia bakal mati tapi batang pohonnya pelan-pelan tumbuh kembali malah mengeluarkan cabang 3. Aku tertanya-tanya adakah pertumbuhan betik ini akan berterusan segar dan seterusnya berjaya mengeluarkan buah semula ?
2. Pokok delima yang aku tanam 2 tahun sudah, kali ini tumbuh berbunga dengan sangat lebat. Bunganya yang berwarna merah jingga keluar merecup. Setiap kali aku keluar masuk pagar , pasti mata aku singgah di situ. Memerhati pokok delima ku yang akarnya semakin kukuh di tanah. Aku seronok mengira dan memerhati buah delima yang mula membesar. Hati merasa puas kerana ini adalah cubaan kali ke 2 aku menanam pokok delima. Cubaan kali pertama - pokok delima aku mampus. Hehehe...orang cina bilang pokok delima kalau sudah mau berbunga dan berbuah bererti penanamnya ada ONG. Mudah-mudahan aja ya kerana aku memang minat dengan pokok delima sejak belasan tahun.
semuanya sibuk mengeluarkan bunga. Alhamdulilah.
3. Pokok buluh perindu ( si pemberi benih kata pada aku ) ini, adalah pemberian kenalan dekat aku yang bertugas sebagai doktor pakar Nutrisi . Pokok ini dibawanya dari Sabah. Dia bilang jika ada rezeki aku, pokok ini akan tumbuh membiak dengan cepat. Sejambak benih pokok yang diberinya itu terus aku semai. Aku siram setiap hari hingga akhirnya tumbuh membiak di halaman rumah. Malah masih sempat aku alih-alihkan tumbuhan itu ke pasu-pasu yang lain. Sempat juga aku beri ke jiran sebelah yang sibuk bertanya - kenapa aku sayang sangat dengan rumput renek ini .....
Paling best kucing parsi ini, setiap aku lepaskan keluar dari sarang dan selepas buat strecthing ...ke pokok buluh perindu itulah perginya. Kucing Parsi aku hari-hari makan daun buluh perindu dan suaranya manja..sangat. Sehingga akhirnya aku terpaksa sedekahkan sepasu pokok tanaman itu sebagai tempat dia berguling dan menjadi tonik alias supplement kepadanya.
Serius memang itu hobinya.
4. Pokok bunga kertas, setiap kali bunganya keluar merecup, hati aku berbunga bahagia melihat keindahan warna unggu dan putihnya. Unggu adalah misteri warna yang tidak terungkap. Jiran aku berbangsa India selalu bertanya tentang baja yang aku gunakan hingga pokok bunga kertas ku tak pernah henti berbunga. Aku jawab; curah air ikan je.
Pokok kari yang ditanam di belakang pokok bunga kertas tumbuh merimbun
Hemm....,aku telah menanam pokok labu kuning di belakang rumah yang tumbuh sepohon cuma. Tapi pokok labu kuning aku yang tumbuh hanya sepohon itu telah melebarkan jalurannya ke mana-mana dan mula mengeluarkan putik buah.
Ya Allah..., tanam-tanaman sentiasa menjadi terapi jiwa yang berkesan untuk aku.
Ya Allah..., tanam-tanaman sentiasa menjadi terapi jiwa yang berkesan untuk aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)