Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bubur Lambuk Lyn Munir

Terkenang sewaktu aku kecil dulu....., bila tiba bulan Ramadan dan menjelang waktu berbuka,surau di kampung aku selalu buat gotong royong masak bubur lambuk. Bubur yang sudah siap dimasak ini kemudiannya di bahagi-bahagikan kepada ' penanggah ' yang datang menolong, orang-orang miskin kampung, dan sesiapa saja yang teringinkan bubur lambuk tu. Bezanya bubur lambuk di kampung kami tidak dibungkus dalam pelastik seperti sekarang. Sebaliknya masing-masing kena bawa bekas sendiri dari rumah untuk mengisi bubur lambuk tu. Nasib la kalau bekas korang kecik. Setoit le yang kau dapat. Kalau mangkuk yang dibawa besar., banyak le yang boleh di bawa balik.
Tapi ada juga yang datang bawak besin yang saiznya dua kali mangkok besar. Tidak le pulak kena sindir oleh tukang masak . Tapi esoknya faham-faham lah sendiri. Kalau nak ambik dengan besin lagi jawabnya kena suruh anak lah pulak yang datang ambik. Budak tau apa...betul tak ?


Happy Hour SYAITAN

                     
Seorang hamba yang nazak dihampiri oleh syaitan lalu berbisik di telinga
" Ala jangan takut., mati tu macam kita pergi party... happy hour  laa . Kita minum-minum..,
enjoy ...mesti BEST PUNYA "
Kata syaitan menyakinkan hamba tadi lalu menambah ," eeish..aku pun ada kat situ."
" Apa nak takut ? Cepat tinggalkan jasad kau..., JOM KITA PEGI HAPPY HOUR "
Mendengar pujukan syaitan si hamba yang nazak ini rela menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Maaf.., saya tak punya jawapan untuk soalan ini.


Awak puasa..., tapi kenapa tak tutup aurat ?

Saya hanya mampu menjawab :-


Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.

 Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.
Jom join beramai-ramai. Sorry ler Fadzmie, baru balik tarawih ...,tak ada idea le nak tulis apa.
Apa pun SAYA NAK JOINNNNNNN . 
Jom semua,kita join beramai-ramaiiii !
 http://www.fadzmiemohamad.com/pencarian-super-bloglist-2nd-half-year-2012-by-blog-fadzmie/

                                                             JOM JOIN ASIAFAN.NET

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

PUASA dan Ustaz Rock


Hari ini umat Islam di Malaysia telah mula berpuasa.
Lepas isyak semalam aku sibuk kumpulkan anak-anak baca niat puasa.
Anak ku Daniel akan menjalani ibadah puasanya lagi tahun ini. Tahun lepas dia dah mula berpuasa penuh. Tuang 4 hari aja. Aku dah biasa melatih anak berpuasa dari usianya 5 tahun. Puasa 5 hari pertama biasanya aku benarkan anak aku berbuka jam 10 pagi. Puasa 5 hari yang berikutnya 11.30 pagi. Minggu yang ke 2 biasanya dia dah boleh berbuka 12.30 atau pun selepas zohor. Ada waktunya bila dia balik dari tadika dengan muka letih dan sedih …aku buat derk je. Dia tunjuk lagi letih., aku suruh dia tidur. Kesian juga tapi….heheh..tak apa lah. Kecuali dia sakit perut barulah aku suruh dia berbuka.

I will never gonna fall in love again

                                         I been in love so many times
                                 though I knew the score
                                 but now you treated me so wrong
                                 I cant take anymore
                                 and it looks like….
                                 I’m never gonna fall in love
                                 again

Bila hati telah rabak


Hati. Hanyalah seketul daging atau organ yang ada di dalam setiap jasad manusia.
Ia terletak di dalam rongga perut sebelah kanan, di bawah diafragma berwarna merah tua dan beratnya kadangkala boleh mencapai dua kilogram.

Hati berfungsi sebagai filter yang menyaring toksin yang masuk ke tubuh melalui makanan . Toksin ini kemudiannya dihantar ke hempedu. Ooo…sebab itulah orang selalu kata hempedu rasanya pahit. Emmm …tak payah try .Confirm pahit. Hati ayam yang dah terkena pecahan hempedu bila digoreng….Yaa Rabbii. Tak sanggup nak makan. Tapi kenapa ada orang yang masih suka makan hati ayam ?

Untuk tambah darah ? Teori atau pun fakta ? Tidak ke mereka terfikir hati yang mereka makan tu berfungsi sebagai filter tu mampu menjejaskan tubuh badan mereka sendiri. Hati ayamlah terutamanya. Pasal apa hati ayam ? Kerana ayamlah yang paling banyak menerima suntikan ubat-ubatan dan suntikan pembesaran. Ayam …selepas 45 hari dah boleh masuk periuk balik – goring beb. Sedap ! Haiwan ternakan lain kurang sikit kut suntikan yang diterima. Jadi hati haiwan ternakan lain kurang toksited.

Masaalahnya aku bukan nak cakap pasal hati goreng sedap ke tak sedap. Aku nak cakap soal hati. Soal perasaan. Kenapa hati jadi cepat merajuk, lemah, letih. Peribahasa orang melayu;-
Makan hati, patah hati, hati batu, buta hati, errr…tambah sendirilah yang lain-lain tu.  Eh, tapi makan hati ayam goreng sodap apaa. Itu dulu ler waktu kecik-kecik aku selalu mengecek nak makan hati ayam, pedal ayam. Aruah bapak jelling je setiap kali tangan aku mencapai hati ayam goreng. Maklumlah dah itu favourite dia.

“ Makan sikit-sikit je sudah, “ ujarnya sambil menepis tangan aku dari pinggan.
“Budak masih belajar tak boleh makan banyak-banyak hati ni, nanti bebal, degil ! “
Bapak bersuara dengan nada tegas dan cuba mempengaruhi  aku. Air liur aku turun naik dikerongkong, tengok hati ayam goreng yang sikit punya garing dengan kunyit dan ketumbar jintannya elok terlonggok di dalam piring depan bapak.
“ Kalau dah lauknya cuma itu, makannn aja lah. Niat nak buat ubat.”
Emak membela sambil mengambil seketul lagi hati bersaiz kecil dan segera memasukannya ke dalam pingganku. Aku tersenyum lega. 

Habis…, dah lauknya cuma tumis taugea dengan hati ayam goring….tak kan aku nak makan taugea lat..lat. Apalah bapak aku ni.

Itu belum lagi hati perap kicap. . Ala perap aja guna kicap manis cap kipas udang HABHAL. Perap hati tu dengan kicap dalam 15 minit. Campurkan serbuk kunyit sikit dalam perapan itu kalau suka. hiriskan cili api berbagai warna, bawang putih, halia muda, bawang besar mengikut banyaknya bahan yang anda perlukan. Kemudian potong kacang panjang - pilih yang muda dan keras ( barulah rasa crunchy bila dikunyah ).

Tumis semua bahan hirisan tadi sampai naik bau. Masukkan hati yang telah
diperap tadi. Tambah kicap pekat suku sudu teh supaya warnanya menjadi  pekat
dan berkilat. Balik-balikan masakan dalam 15 minit. Masukan kacang panjang....
......goreng lagi selama 3 minit. Kalau nak masakan itu kelihatan lebih berwarna warni , masukan hirisan tomato yang berwarna oren kemerahan. Huh...mesti nampak cun gila lah ! Balik-balikkan lagi selama 3 minit. Matikan api. Ambik beberapa tangkai
daun ketumbar golek-golekkan seketika dalam masakan yang masih panas tu.
Tak sampai setengah minit sure daun tu layu..dan aromanya ................hemmmm. Wangi ya amat. Sedap ! Tak percaya ...cubalah !



Ini daging masak kicap yang aku masak dan tak ada kena mengena
dengan hati perap kicap yang aku cakap tu......hehehe
Eh..eh…melalut lagi aku ni. Aku tadi nak tulis bab lain. Pergi ke bab makan-makan pulak. Errr….posting lain aku tulis le pasal hati yang tengah parah ya. Hari ni aku cuti. Perut pun dah berkeroncong. Nak pegi masak dulu lah. Bye…bye !


                                                                  

HERO dan TAKDIRnya di TV3

Jam 9.30pm malam tadi TV3 ada menyiarkan slot TAKDIR dan di dalamnya terkandung kisah Hero
kucing yang sememangnya HERO kerana semangat perjuangannya yang kental untuk terus hidup.
Menitis air mataku melihat si HERO dengan  gigih memanjat dan menuruni tangga dengan
selamba. Telatahnya sama seperti kucing lain yang gemar melilau sekeliling rumah. Yang membezakannya .., kucing lain mempunyai  4 kaki untuk berlari ke sana ke mari dan lebih lincah sedang HERO terpaksa menggunakan hanya dua kaki belakangnya untuk bergerak. HERO....kau memang sehebat nama yang diberikan tuan mu.



                                       
Untuk papa HERO teruskan perjuangan mu .
Semoga Allah swt sentiasa merahmati perjuangan papa HERO
dalam membela kucing-kucing yang gelandangan.

                                       Picture ni dari kakimotong.com

   *** Cuba nak letak ' Banner HERO untuk dicuri " dari kakimotong.blogspot.com
       ....tapi tak boleh lah. Aisehh.., PAPA HERO .., tolong jawab.

Revalue Dinar Iraq hanya mimpi ?


Mungkin  masih sangat ramai yang MASIH BELUM mengetahui tentang IQD atau pun Dinar Iraq. Malah mereka yang telah mengetahui tentang dinar Iraq juga masih 
berfikiran ianya hanyalah satu ‘penipuan’.

Dinar Iraq hanya angan-angan Mat Jenin atau mimpi yang bakal jadi kenyataan ? Hanya  masa yang bakal menentukan.  Bila ia menjadi kenyataan  seramai  0.1% dari rakyat Malaysia yang percaya potensi  dinar Iraq ini akan menjadi kaya , hartawan kalau pun bukan jutawan.  Tapi saya percaya sekurang-kurang 50% dari golongan yang hanya 0.5% peratus penyimpan itu BAKAL MENJADI JUTAWAN.

Deer cannot - they run too fast !

Dailog temuduga antara seorang pak arab dengan
pihak konsulat berlangsung seperti di bawah ;

Consul : What is your name?
Pak Arab:  Abdul Aziz

Consul: Sex?
Pak Arab : Aaaa….six to ten times a week

Consul: I mean, male or female?
Pak Arab : Ooo…both male and female. 
                 Camel also can.

Consul: Holy cow!
Pak Arab :  Ok. Yes. Cow and dog too!!!!

Consul: Man...isn’t it hostile ?
Pak Arab : Horse style, dog style, any style also can

Consul: Oh...dear!
Pak Arab : Deer? Cannot deer, they run too fast!

Virago kesayangan suami aku . Tiada kena mengena dengan
' deer run too fast '.......hehehe



                   
                       Comel juga kan Virago ni. Eh..moto ni ada gear reverse tak ?



                             Apa jeling-jeling ? Nak kena korek biji mata tu.

                                       
                 Bye...bye...ta..ta..ti..ti..tu..tu !!!!!!  

Ini Iklan MAUT.

Adalah jutawan ni kayanya tak terperi.  Setaraf dengan Lim Goh Tong la kiranya. Kenal ke sapa dia ni ? Nak tau sapa dia ni gi google sendiri. Jutawan  ni ada sorang anak perempuan cantik rupawan dan giler menawan. Inilah anak tunggalnya. Buah hati pengarang jantungnya. Jutawan ni sedar dia dah mula berbau tanah so risau sesangat lah dia kalau dia kong esok...anaknya tak ada orang nak jaga. Dan yang lebih penting siapa yang bakal meneruskan legasi perniaagaannya. Anak gadisnya bukan tau pasal business.

' Habisss....punahlah jerih payah aku nanti,' jutawan itu berkira-kira di dalam hati. Tiba-tiba.......jeng ! Jeng ! Jutawan  mula dapat idea. Disuruhnya orang kepercayaannya membuat pengumuman besar-besaran. Beritahu semua orang yang dia akan mengadakan sayembara pemilihan menantu. Barang siapa yang menang dalam pertandingan itu berhak mengahwini anak gadisnya yang cun melecun tu malah akan dinamakan sebagai pewaris perniagaan dan segala harta kekayaannya. Oooooii, ramai yang mohon masuk dik...,nak masuk pertandingan tu. Para jejaka dari seluruh pelusok dunia sampai dalam berbagai bangsa dan rupa.

" Maka syarat untuk memenangi pertandingan ini adalah sangat mudah yer tuan-tuan semua. Tuan-tuan hanya perlu berenang merentasi kolam mandi yang panjang ini dengan seberapa cepat yang boleh. Suka saya memberitahu bonus peneman dan rakan renang anda adalah.... buaya-buaya ganasss, yang kami lepaskan khusus untuk mengiringi renangan tuan-tuan semua.., dan kalau salah seorang dari anda menang....ada harapan jadi menantu jutawan !" MC bersuara dengan jelas dan lantang melalui pembesar suara.

Muka MC girang tanpa sebarang rasa sedih. Dia memang suka bersikap ala Israel pun. Maka tembakan tiga das di lepaskan ke udara tanda pertandingan bermula. Malangnya tiada seorang peserta pun yang terjun ke kolam sebaliknya semua peserta berundur beberapa langkah ke belakang. Dia tengok dia. Dia tengok dia.
Semuanya hanya mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala.
" Ini macam kalu, tarak kawin sama anak jutawan ..,pun tarak apalah. Saya mau idup bukan mau mati," suara seorang peserta.
" Mau jutawan pun manyak susah mea," seorang peserta tergesa-gesa meninggalkan kawasan kolam.
" Menyusahkan betul la jutawan licik ni, kalau suruh berenang dengan ikan lumba-lumba tahan  lagi." seorang lelaki melayu mengangkat bahu sambil mencemik bibirnya.Dalam pada semua peserta merungut dan berkira untuk menarik diri dari pertandingan., tiba-tiba..........
………….KECEBUMMM !!!!!

Semua orang menoleh dan berasak-asak untuk ke depan., melihat gerangan siapakah yang gile terjun ke dalam kolam mandi yang ada buaya ganas tu. Seorang pemuda kelihatan berenang bersungguh-sungguh untuk sampai ke hujung kolam. Di belakangnya buaya ganas itu juga bersungguh-sungguh berenang dan cuba membaham mangsanya. Lima minit kemudian pemuda itu berjaya menaiki kolam. Selamat. Tepukan dan siulan serta ucapan tahniah kedengaran di mana-mana. Semua pemuda yang ada di sana sibuk untuk bersalam dan memeluknya kerana gembira dia selamat. Tapi pemuda tu buat 'derk' je. Sebaliknya dia tercanggak-canggak dan sibuk memerhatikan sekeliling kawasan kolam itu. Perbuatannya disedari oleh emcee. " Oii engkau ni cari apa ? Orang sibuk ucap tahniah engkau tak ucap terima kasih pun kan ?" emcee memarahinya dengan tone suara yang terkontrol.
" Bukan........bukan macam tu. Gua cuma  mau tengok sapa si cilakak yang tendang gua punya punggung sampai gua masuk dalam kolam !!!!"   HAH.
Moral of the story nothing is free in this world. Everything has got a price.

So kalau nak nak nampak cantik, putih dan kiut miut macam anak gadis jutawan tu inilah rahsianyaaaa...............SUPERWHITE GLUTATHIONE 20000 mg
                                                       Putih seawal 5 hari !!!!

Berkesan memutihkan kulit gelap DAN mencerahkan semula kulit yang terkena sunburn. Boleh diambil oleh lelaki dan pompuan. Betulll. Tak tipu dik . Memang best telan gluta ni.

Ermm....harganya murah jer untuk para bloger. Promosi besar-besaran ni . Harga sepesial untuk para pelawat blog ini adalah RM 87 sebotol termasuk postage ( akak guna pos laju ).
Isiannya : 30 kapsul per bottle.
Nak tau berapa harga sebenar produk ni dan apa kandungan Glutathione ni
 Klik di sini  :-)

Kalau nak kulit tegang, anjal, gebus dan halus..........Nak hilangkan jerawat mahu pun jeragat.............
Nak cantikkan rambut dan kuatkan kuku  TELANLAH......................


Harga special untuk blogger : RM 55 ( termasuk postage )
60 kapsul / botol
Bandingkannya dengan harga asal  DI SINI !!!!!!

                               Ini iklan BETUL-BETUL.  JANGAN MARAH HAAA.........

                                              
                                                         

Think cook-cook before you speak aaa....

 
Bebudak sekarang suka buat mulut cam ni.
( Ahhh.....boringnya tengok )

Beberapa hari ni memang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Nak enroll anak ke Putera Intelek International Collage ( PIIC ). Nak sambung masak kat rumah. Nak hantar anak pergi 'koko'. Nak pos dan hantar barang pelanggan. Nak jumpa dan deal dengan customer baru...bla-bla-bla and the lists go on. Sebelum aku dan hubby balik dari asramanya yang bertempat di Vista Prima Puchong, kami sempat singgah minum di kafeteria yang terletak di tingkat bawah ,bersebelahan kolam renang . Aku tengok muka anak aku macam nak melalak. Macam mintak kena sepak ..ada jugak. Sedih habislah. Tapi dia control poyo. Elehh...macam aku tak tau. Aku emak dia. Tak payah nak kelepet la kak oii. Mama tau.


PIIC

Asrama untuk student PIIC - Vista Prima Puchong
Hari pertama dia masuk ke kolej 10.45 pagi aku dah terima call dari anak sulong ku.
" Ma, tolong callkan Encik Azizi akak tak ada kad kuning untuk buat student card," dia merenggek di hujung talian. Pulak dah. Ceh..dah besar-besar nak urus hal belajar pun cari mak dia. Dah berdiri depan Cik Ros yang jaga hal ehwal pelajar...cakap je lah. Mintak mak dia juga yang cakap. Farah...Farah.  Itu lah akibat tak pernah berpisah dari mak bapak. Budak tak pernah duduk asrama katakan. Hermmm......

Selepas turunkan hubby kat office dia , aku drive balik sorang-sorang. Adalah mamat Pakistan yang sorang ni naik motor...bawak betul-betul di atas garisan putus-putus tu. Straight je dia bawak. Nak di potong takut pula dia masuk ke lane kanan....maklumlah sama-sama laju. Dok menyumpah and mencarut juga ler dalam hati ni. Maklumlah akak ni bukannya jenis penyabar cik Jenab ooi.

Elok aku melayan perasaan geram..talipon pulak berbunyi. Kawan lama aku daa. Macam mana dia dapat raba no talipon aku ni ? Mesti dia ni ada bakat introgate orang . Dah 10 tahun aku tak pernah jumpa mahu
pun terima call dari dia. Ok perbualan yang lain aku sensorkan. Kita capture yang ni jer ya :-

" Lyn...aku dah jumpa dah awek idaman aku , " dia memberitahu dengan bangga.
" Bagusla. Kawin cepat sikit. Almaklum jer lah engkaukan suka cinta lompat ".
" Ermm.....aku dah test dia ", suaranya masih bersahaja di sebelah sana.
Aku....errkkk........
" Kau jangan main-main..... "
" Betul apa," Bersungguh mamat ni menjawab. Ah..sudah.
" Aku test dia....aku suruh dia rebus pasir sampai empuk. Kalau dia berjaya rebus pasir tu empuk....nanti aku kawinlah dengan dia. " Kali ni aku pulak terdiam.
" Eh...engkau  pernah makan sup selipar jepun tak ? Kalau tak pernah makan aku ada calon yang boleh masakkan !"

Ceh. Ini olang manyak celaka lea. Next time ' think cook-cook ' before you speak aaa..

                                               


Gajah sayangg.....aku sedang mengandungkan anak kamu


Anak gadisku yang sulung mendekatiku waktu memasak. " Tadi kawan kakak update statusnya. Kata dia ada seekor gajah yang sedang meragut pucuk pisang muda terkedu dan terus mati terlentang kerana bisikan seekor semut. 
Mama nak tau tak apa semut tu kata ?".......
" Apa ???"
" Gajah sayangggg.....aku sedang mengandungkan anak kamu ".
Kali ni aku rasa aku yang nak maut terlentang . Hahahaha.......;-)