Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Putih melati dan merah delima


        Putih-putih melati, merah-merah delima
     siapa yang makan hati , kita fikir sama-sama
                Ini karilah !
        ( Bukan ini kali lah )
 
                       





Mak....Inah rindu.



Mak, tak lama lagi ( 24/5/2013 ) cuti sekolah penggal 2. 
Semalam cucu-cucu mak bertanya lagi ;  cuti sekolah nanti kita balik kampung tak mama ? 
Lama dah tak balik rumah nyai…..
Inah  jawab, “ buat apa balik rumah nyai ? Nyai dah tak ada, yaai pun dah lama meninggal….kita balik nak tidur mana ? Nak jumpa siapa ?”

CABARAN 168 ASTRO KASIH


Astro Kasih baru-baru ini telah menganjurkan Cabaran 168 jam kerja membersihkan sampah saraf di dasar laut Sabah. Cabaran ini juga dinamakan dengan LONGEST UNDERWATER CLEAN UP SABAH dan bagi mencipta Guinness World Record for 168 hours underwater clean up. Cabaran ini telah pun berlangsung pada 6hb April - 13hb April yang lepas.
Cabaran 168 ini memerlukan para penyelam mengelilingi dan membersihkan Taman Martime Tunku Abdul Rahman yang terdiri dari 5 buah pulau iaitu Pulau  Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhannya adalah 4,929 hektar dengan 224 tempat menyelam yang telah dikenal pasti. Ermm..tough job indeed.

Cabaran 168 ini diadakan bagi mengwujudkan kesedaran tentang pemuliharaan marin Malaysia dan sebagai persediaan khazanah taman laut yang indah untuk generasi akan datang.
Astro Kasih bagaimana pun telah menurunkan penyelam-penyelam sukarelawannya dan aktiviti ini turut menarik minat para sukarelawan tempatan dan antrabangsa yang telah menawarkan diri untuk menyertainya. Penyertaan untuk aktiviti ini turut diterima dari New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Switezland, Hong Kong,Perancis, Austalia malah dari Belanda.

Ekoran dari inisiatif dan kesedaran ini telah berjaya mengumpul sebanyak 3 tan sampah sarap dari laut termasuk botol,plastik dan beg, tali pancing, tin malah tayar di jumpai di dasar laut.Bab tayar tu masih boleh dimaafkan kerana boleh juga dijadikan tukun tempat ikan membiak tapi kalau tempatnya bersepah pasti akhirnya mencacatkan pemandangan dasar laut bila aktiviti menyelam di adakan.

Oh ya Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Dato Masidi Manjun dan wakil dari ASTRO - Tun Zaki Tun Azmi telah turut menyaksikan penyampaian sijil Guinness World Record kepada para peserta. Syarikat-syarikat kooperat di Malaysia sepatutnya mencontohi aktiviti yang di jalankan oleh Astro ini dan aktiviti ini seharusnya menjadi aktiviti tahunan di Malaysia dan ianya juga sepatutnya dikembangkan kepada pulau-pulau peranginan yang lain. Iaitu seperti Pulau Tioman,Pulau Redang, Pulau Pangkor, malah Pulau Sibu dan Pulau Aur yang terletak di Johor.Taman laut yang bersih memang menjadi syurga penyelam malah amat membantu pelancongan negara.

                                             

MEMANG TAK SENONOH

Mentang-mentang dia mengandung. Suka-suka tok nenek dia tidur dengan buat aksi free style.
Sakura...Sakura...nak dicepuk engkau ni mengandung. Ciss....


Jom pergi MENGUNDI

   5hb Mei 2013....

   Hari ini PRU ke 13 di Malaysia sedang berlangsung....
   Aku tidak mahu memperjudikan undi
   Aku memilih 'AKUJANJI'
   Aku mahu JANJI yang pasti
   Aku pilih PERGI MENGUNDI

   Untuk Tanah air ku......AKU SAYANG KAMU
   Aku sayang MALAYSIA KU

                                                                                    
   

Pokok betik di halaman rumah


1. Pokok betik yang sudah ditebang, bukan setakat tidak mati malah tumbuh bercabang 3.
Pokok betik ini aku tanam awal tahun 2012. 5 bulan selepas itu ia mula mengeluarkan buah yang berwarna kuning oren, berkulit mulus dan rasanya amat manis. Bila pucuknya semakin mencecah bumbung, pokok betik ini akhirnya terpaksa ditebang sebab aku dah tak larat nak turunkan buah menggunakan tangga. 

Hujung tahun lepas, aku minta suami tebangkan pokok betik yang dah banyak jasa mengeluarkan buah ini. Aku sangka ia bakal mati tapi batang pohonnya pelan-pelan tumbuh kembali malah mengeluarkan cabang 3. Aku tertanya-tanya adakah pertumbuhan betik ini akan berterusan segar dan seterusnya berjaya mengeluarkan buah semula ?

Pokok betik bercabang tiga, tebang, 2 tahun, buah berkulit kuning oren, mulus, rasanya manis

2. Pokok delima yang aku tanam 2 tahun sudah, kali ini tumbuh berbunga dengan sangat lebat. Bunganya yang berwarna merah jingga keluar merecup. Setiap kali aku keluar masuk pagar , pasti mata aku singgah di situ.  Memerhati pokok delima ku yang akarnya semakin kukuh di tanah. Aku seronok mengira dan memerhati buah delima yang mula membesar. Hati merasa puas kerana ini adalah cubaan kali ke 2 aku menanam pokok delima. Cubaan kali pertama - pokok delima aku mampus. Hehehe...orang cina bilang pokok delima kalau sudah mau berbunga dan berbuah bererti penanamnya ada ONG. Mudah-mudahan aja ya kerana aku memang minat dengan pokok delima sejak belasan tahun.


Pokok delima, buah delima, bunga, bunga delima, delima ada ong, delima orang cina
          Ini hanyalah salah satu dahan pokok delima aku, yang kesemua ada 3 dahan dan    
          semuanya sibuk mengeluarkan bunga. Alhamdulilah.


3. Pokok buluh perindu ( si pemberi benih kata pada aku ) ini, adalah pemberian kenalan dekat aku yang bertugas sebagai doktor pakar Nutrisi . Pokok ini dibawanya dari Sabah. Dia bilang jika ada rezeki aku, pokok ini akan tumbuh membiak dengan cepat. Sejambak benih pokok yang  diberinya itu terus aku semai. Aku siram setiap hari hingga akhirnya tumbuh membiak di halaman rumah. Malah masih sempat aku alih-alihkan tumbuhan itu ke pasu-pasu yang lain. Sempat juga aku beri ke jiran sebelah yang sibuk bertanya - kenapa aku sayang sangat dengan rumput renek ini .....

Paling best kucing parsi  ini, setiap aku lepaskan keluar dari sarang dan selepas buat strecthing ...ke pokok buluh perindu itulah perginya. Kucing Parsi aku hari-hari makan daun buluh perindu dan suaranya manja..sangat. Sehingga akhirnya aku terpaksa sedekahkan sepasu pokok tanaman itu sebagai tempat dia berguling dan menjadi tonik alias supplement kepadanya.
Serius memang itu hobinya.

             
kucing makan buluh perindu, kucing parsi, kucing aku makan buluh perindu setiap pagi

             Si snowbell yang manja ni hobinya makan daun buluh perindu aku setiap pagi.


Pokok buluh perindu, buluh, buluh perindu, benih , benih dari sabah, buluh perindu dari kenalan, pakar nutrisi


4. Pokok bunga kertas, setiap kali bunganya keluar merecup, hati aku berbunga bahagia melihat keindahan warna unggu dan putihnya. Unggu adalah misteri warna yang tidak terungkap. Jiran aku berbangsa India selalu bertanya tentang baja yang aku gunakan hingga pokok bunga kertas ku tak pernah henti berbunga. Aku jawab; curah air ikan je.

                               


Pokok kari yang ditanam di belakang pokok bunga kertas tumbuh merimbun

Hemm....,aku telah menanam pokok labu kuning di belakang rumah yang tumbuh sepohon cuma. Tapi pokok labu kuning aku yang tumbuh hanya sepohon itu telah melebarkan jalurannya ke mana-mana dan mula mengeluarkan putik buah. 
Ya Allah..., tanam-tanaman sentiasa menjadi terapi jiwa yang berkesan untuk aku.