Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yuan Drift

Kemasukan Chinese Ranmimbi Yuan ke dalam bakul SDR  ( Special Drawing Right ) IMF
menjadi berita yang amat memeranjatkan ramai pihak yang sebelum ini berpolimik dan
bertaruh China tidak akan berjaya memecahan benteng group elite IMF itu.

                                      Note baru yuan bercirikan anti pemalsuan dan gold backed

Tapi China membuktikan yang ia mampu menawan IMF dan Christene Legard. 30 November
2015 menjadi tarikh keramat bilamana IMF memutuskan dan bersetuju untuk memasukkan
ke dalam SDR dengan pengaktifan Oktober 2016.

Berjaya masuk ke SDR tapi hanya aktif pada Oktober 2016 ? What the fish ??
Tidak kah ini bererti IMF mengamalkan sikap double standard kepada yuan. Sedang yuan
diberitakan menjadi matawang yang ke 2 terbesar dan terbanyak digunakan diseluruh dunia
mengalahkan USD. Dan pegangan yuan di IMF sendiri meningkat kepada 10.92 persen.

China negara yang berorintasikan export dari blok negara membangun begitu teruja dengan
pencapaian barunya. Sepanduk dan billboard di pasang di beberapa negara Asia sebagai
tanda keyakinan mereka menakluk pentadbiran IMF dan dunia. Thailand, Singapore, Malaysia,
Indonesia malah Korea Utara dan Vietnam antara negara yang mengalu-alukan kemasukan yuan
ke SDR, malah Singapore dilantik sebagai hub pertukaran yuan di rantau Asia Tenggara.
                                                  
                                                                                       
Mungkinkan semua negara ini terlupa dengan perbuatan China menurunkan nilai yuan 3% pada 11
Ogos dulu ? Penurunan nilai yang terbesar dalam tempoh 20 tahun. Walau sasaran mereka yang sebenarnya adalah untuk mencapai penurunan sehingga 20 persen dari nilai pasaran.

US market termasuk Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq terpukul hebat. Adakah langkah tersebut sebenarnya diambil untuk menjadikan yuan lebih berdaya saing dan sebagai kata persetujuan dari China yang bersedia menyiapkan yuan kepada penggunaan yang lebih libral dan efektif ?

Apa yang pasti semakin banyak negara ( terutamanya negara yang dikenakan sekatan oleh US )
yang menantikan CIPS ( China International Payment System ) sebagai pemintas swift code barat.
Dan salah satu yang bergantung kepada kemasukan yuan di SDR dan pengaktifan CIPS adalah
Zimbabwea.

Rujukan :

1. http://www.rmbinvestor.com
2. Apa kata Bloomberg
3. Closer look on yuan
4. Zimbabwe might cash in on China’s International Payment System


Nota semalam dan hari ini

     Apa yang terjadi semalam dan hari ini ?

1.  2 hari berulang alik ke kelas selepas 2 kali aku tuang kelas. Bila nak habis kalau asyik
     tuang ?? Ada lagi 1 tahun 6 bulan sebelum aku menghabiskan pengajian. Dari sebutan
     dan kiraan masa, nampak macam jauh dan lama lagi. Tapi biasanya perjalanan masa
     akan menjadikan 'perkara itu' berlalu dengan cepat. Aku tengah menimbangkan untuk 
     sambung ke Master atau pun tidak ? 
     Insya Allah sambung jika aku sihat dan otak masih berfungsi.

2. Aku tidak tahu tentang kemangkatan Tunku Laksamana Johor yang telah berlaku semalam.
    Balik dari kelas semalam aku rasa tersangat letih dan tidur awal. Serius, dah 4 tahun aku
    tak pernah merasa tidur awal. Paling awal waktu tidur aku adalah lepas 12am. Biasanya aku
    tidur jam 2 am. Jadi semalam aku tidur paling awal dalam sejarah - 8.30 aku dah tidur. 
    Langsung tak masuk ke group dan aku tak tahu berita pemergian Tunku Abdul Jalil Iskandar 
    ibni Sultan Ibrahim Ismail sehinggalah hari ini jam 9.30 pagi baru aku mengetahuinya.
    Terasa ralat tapi kenapa ??
                                                
     Kenapa aku yang merasa kehilangan ? Kenapa aku yang merasa terlalu awal pemergiannya ?
     Bagaimana bondanya Raja Zarith Sofiah menghadapi kenyataan ini ? Puteranya yang kacak,
     segak, baik, taat, soleh dan disayangi oleh rakyat jelata telah meninggalkan ayah dan bonda 
     dalam usia yang begitu muda. Sebagai rakyat Johor yang bermusafir di Selangor aku tetap
     merasa kehilangannya.     
   
     Sembah takziah kepada Keluarga DiRaja Johor di atas kemangkatan Tunku Laksamana
     Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim Ismail. Alfatihah kepada almarhum.
     Ya Robb, tempatkan lah Tunku Jalil ke dalam golongan hamba MU yang soleh dan 
     limpahkan lah rahmat MU ke atas roh almarhum. Aamiin.
     
3.  Aku tak pernah berani naik motor dengan rider baru.Seram. Tapi 2 hari ni terpaksa juga
     aku ride dengan anak - kereta buat hal lagi. 2 petang berturut aku meredah hujan untuk
     balik ke rumah.  Dan sepanjang jalan aku berdoa tak berhenti. Punggung rasa tak jejak
     di tempat duduk. Fobia terbang dengan motor sampai sekarang kekal di ingatan.
     Satu-satunya rider yg aku berani bertenggek di motornya hanyalah suami ku.
     Kerana aku tahu dia tak akan biarkan aku jatuh .

Takoyaki


Sebelah mata pun aku tak jeling waktu aku melintas di kawasan gerai di Tesco.
Promosi percuma TAKOYAKI yang dihulur ku tolak baik. Terima kasih, kata ku sambil mengoyang-goyangkan tangan tanda tak mahu mengambil sample makanan yang ditawarkan. Curahan sos putih merah dan taburan warna hijau di atas bebola itu langsung tidak menarik 
minat aku untuk berhenti dan menjamahnya. 
Makan jemput-jemput lagi sedap daa....

" Mama nak ?" Farah menawarkan kepada aku.
" Tak mau. "
" Rasalah sikit." pujuk dia lagi.

Tak mahu mengecilkah hati anak yang dah menyuakan bebola ke mulut, aku menggigit
bebola yang dipenuhi sos itu. Wow...weee....adunan tepungnya yang lembut halus membuat 
aku tergumam.Rasa tepungnya lembut, juicy, ditambah isi udang, sos Kewpie, taburan ao-nori 
( serbuk seaweed ) dan taburan kepingan ikan solomon nipis, rupanya berjaya mencairkan air 
liur. Ooo..., sedap rupanya rasa Takoyaki ni.

Takoyaki adalah makanan ringan bebentuk bebola yang diperkenalkan dari Jepun. Ia dihasilkan
melalui bancuhan tepung gandum yang dimasak bersama creamer dan dimasak menggunakan 
kuali khas. Isian bebola takoyaki ini biasanya adalah telur, sotong kurita yang dipotong dadu, 
isi udang tempura, cebisan daging ayam, halia jeruk dan bawang hijau.

Dan minggu pertama serta ke 2 aku di bulan itu adalah melayan 'ketagihan takoyaki'. Cis.
Aku mencalari menu tradisi melayu. Aku sanggup buang duit RM 6 semata-mata untuk 
mendapatkan 6 ketul Takoyaki. Sedang kan set sepinggan nasi ayam yang lengkap bersama sos, 
kuah sup dan potongan ayam baru berharga RM 5.50. 
Bertapa gilanya aku.

Tapi dalam melayani kegilaan itu aku tidak bersendirian, ada ramai lagi yang beratur di kiosk 
sana untuk mendapatkan giliran bagi mendapatkan bebola jepun. Takoyaki tiba-tiba menjadi 
kegilaan di Tesco daerah ku. Baik anak kecil, remaja, emak bapak yang seumuran dengan aku
masih sanggup beratur dan menunggu hampir 1 jam bagi menikmati Takoyaki.
Jadi aku tak harus malu kan menikmati makanan jepun ini ......
Ya silakah menikmati. Ia lebih sedap dari makan bahulu kampung dan jemput-jemput pisang.
Lebih enak juga dari jemput-jemput ikan bilis bawang yang dicampur kentang !


Murah bagi yang berduit. RM 6 untuk 6 biji bebola takoyaki

Sibuk menyiapkan tempahan langanan

Kiosk yang berkeluasan 4 X 6 ini, harga franchisenya tak mati dari RM 36 ribu taw.

Berapa anggaran pendapatan pengusaha Takoyaki ?
Dengan crowd yg stabil mampu meraih antara RM 600 - RM 1000 sehari.

Selain dari bahulu, kaya ball, waffle, apa agaknya snack yang kita yang boleh diketengahkan sebagai franchise business untuk golongan yang minat berniaga kiosk seperti ini ?
Aku masih mencari ....

Hai...

Hai.., lama sungguh aku tidak terblogging. Hati meronta untuk menulis tapi aku masih terikat
dengan tugasan lain buat sementara ini. Banyak perkara yang berlaku, banyak yang ingin
aku tulis dan rakamkan di perjalanan ini......., tapi langkah bagai terhenti.
Tangan seperti diikat.

Bukannya sukar sangat untuk menulis, malangnya aku tetap tidak mampu melarikan
jemari di keyboard buruk laptop di rumah. Berbagai rakaman peristiwa hanya mampu
disimpan di memori fikiran. Biar tidak direkod di mana-mana, visualnya tetap wujud
di situ.

Satu masa nanti, blog ini akan merakam semula secara aktif journal kehidupan ini.
Mungkinkah ini coretan permulaannya ?