Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudu Plastik Nasi Bukhara

                                                     

Nasi sedap dah. Lembut dan lemak berkrim Nasi Bukhara. Lauknya dah sangat sedap dah..... kambing tuu ! Masaalahnya bila makan guna sudu plastik ni, sengasara nak potong dan cerai-ceraikan daging kambing tu tau tak ? 

Aku pun tak faham kerana gerai Tuu Dia Pak Tam yang famous di Selayang dan di R&R terjebak dengan penggunaan sudu plastik nih. Gerai-gerai lain di R & R walaupun tak semua , elok je . Ada pun sudu besinya.

 Pak Tam.......tolong la sediakan sudu besi. Setiap kali saya cucuk daging kambing dengan garpu plastik tu.....memang kambing tu tak lari. Tapi sudu saya asyik patah. Rasanya saya belum lagi pasang susuk besi. Potong stim betul.

Mencari raksaksa buncit


Semalam semasa kami semua menonton tv, dia sibuk bercakap tentang usahanya
menggoogle tentang maksud ' raksaksa'. Dan tanpa sengaja aku telah menyakatnya
dengan perkataan , ' ok mama tau Daniel taip kat google tu...mencari raksaksa
buncit kan ?'

Muka Daniel masam serta merta.
" " " "
" " "
" "
"
' Ermhh..memang tak ada. Puas dah google tapi tak jumpa. Raksaksa boncitit lagilah
tak jumpa. Maksud buncit ada. '

                                 
                                              Merajuk bila aku panggil dia Mr.Boncitit

Siapa ya raksaksa boncitit itu ?

Yang pasti perutnya yang semakin buncit kerana sering makan tengah malam sebelum
tidur. Jenuh dah aku cakap...jangan makan tengah malam tapi jawapannya, ' berat
badan Daniel baru 30 je ma. tak gemuk lagi.' Dan selepas itu dia akan tergesa-gesa
masuk ke dalam bilik dan menimbang berat badannya.

PROTON IRIZ

PROTON IRIZ, model Proton yang ke 23, dah dilancarkan secara resmi di Tanjung
Malim. Model kompak terbaru dari Proton ini boleh tahan cantik dan dan gempak. Sekali
pandang nampak macam MYvi tapi tenung betul-betul nampak lebih seksi la dari Myvi
hahaha. Memang tergoda aku tengok warna citrus green Iriz.

Wordless wednesday

                                             
Berani cuba ?

Mengurus dendam yang terindah

Kalau ada orang yang menuturkan ayat kelise atau quote dari novel 
mahupun filem tentang prasa ' dendam / kemaafan  yang terindah ' aku akan
 kata - JALAN DAH !! Bukan mudah memaafkan. Bertahun bergelut
dengan ketenangan dan mencari erti maaf aku seperti kelemasan. Setiap kali  aku
berdoa agar aku bisa menjadi orang yang pemaaf. Agar aku mampu setegar bonda...
Tapi benarlah kata pepatah, walau lukanya telah sembuh, parutnya tetap
ada. Dan setiap kali aku terlihat parut itu, hati aku pedih bagai luka
yang disiram cuka dan garam. Dasyatnya penangan luka. Mencari erti ' kemaafan yang
terindah ' membuat aku lelah. Aku ingin bebas dari dendam, benci dan marah.

Pepatah enggeris mengatakan " FORGIVENESS is not something we do FOR OTHER
PEOPLE. We do it for OURSELVES. To GET WELL and MOVE ON. Sedapnya
menasihat dan indahnya bicara. Aku dah move on tapi kena belum boleh get well ?
Kenapa aku masih merasa sakit ?
                                         
maaf, ikhlas, kemaafan yang terindah, biarlah bulan bicara sendiri, kenyataan, erti kemaafan, life must go on
                                       
Aku masih menyelami erti ikhlas dan redha. Ia tidak setenang dilafaz . Tak mudah dihadam dek jiwa.
Muhasabah, muhasabah, muhasabah diri. Benarlah kata bapak, menjadi orang yang berjiwa besar itu memang sukar, tapi lebih sukar lagi untuk berdamai dengan diri sendiri.



Active Search Result


Sedang menyemak email aku terpadang sekian banyak notification dari ASR atau
lebih dkenali sebagai Active Search Result. Selalunya aku delete je notfication tuh.
Tapi kali ini tergerak pulak hati untuk klik dan baca apa benda yang selalu dihantar
kat email aku. Blur. Aku sendiri tidak tahu apa yang dikatakan dengan Active Search
Result dan tidak pernah teringat langsung yang aku ada mendaftarkan blog ini di sana
pada penghujung tahun 2012 .Selepas buat pendaftaran ASR terus aku abaikan.
Tak kisah langsung ke situ.


Lawak hari ini.

Semasa sedang baring dan sambil bergolek-golek di ruang tamu, seorang suami
bercerita kepada isterinya, " Saya terbaca kat dalam suratkhabar tadi.....ada seorang
perempuan tinggal dengan ular berbisa selama 2 bulan di dalam kandang kaca.
Berani betul perempuan itu ya ! "

Jawab isteri : " Eleh. Saya lagi berani, dah 20 tahun saya tidur sebantal dengan buaya........ "

                                             
kisah lawak, lawak antarabangsa, lawak hari ini, cerita lawak, lawak suami isteri,
                                         Sekadar gambar hiasan. Sumber google.


   

Cellmaxx ANAZOE MEDICAL SPA



CELLMAXX melangkah ke hadapan lagi. Kali ini dengan penubuhan
Anazoe Medical Spa yang berkongsepkan Yunani. Anazoe dalam bahasa greek 
bermaksud meremajakanrejuvenate @ encapsulates. Cellmaxx Medical Spa
memfokuskan rawatan kecantikan yang menggunakankan Teknik PRP
Platelet Rich Plasma ) yang mengandungi pelbagai 'gwroth factors dan cytokines 
yang merangsang penyembuhan tulang dan tisu lembut. Rawatan stem cell yang 
menggunakan darah sendiri yang diproses dan di suntik kembali ke mana-mana 
bahagian badan yang memerlukan treatment.

Rempeyek Abang Jem.

Bagaimana perasaan anda andainya boleh berniaga dan mengaut keuntungan bersih
sekurang-kurangnya RM 2000 setiap hari tanpa gagal ? Seronokkan bunyinya ?
RM 2,000 X 30 hari = RM 60 ribu sebulan. Ok, taruklah cuti 2 hari setiap minggu
maka kita akan dapat RM 2.000 X 22 hari = RM 44,000 bersih. Tak payah bayar
gaji pekerja. Tak payah bayar sewa pejabat. Tak payah bayar api air dan berniaga
hanya 2 - 3 jam dalam sehari ATAU 5 hari seminggu ! Wow, wow........sedapnya
mencongak untung orang. ( Biasanya rugi tak ada orang mau tau. Orang cuma
berminat kirakan untung saja heh.. )

Nasi Goreng Mamak VS Ayam Goreng Bodoh

Perut lapar tapi malas nak masak ? Meh, aku kongsikan cara masak yang paling mudah,
murah tapi sedap. Ini adalah menu selingan sebagai gantian untuk Nasi Goreng kicap,
Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Pataya, Nasi Goreng USA atau yang paling famous
tentulah Nasi Goreng Kampung. Sekarang menu nasi goreng kita dah lengkap sebab
dah ada NASI GORENG MAMAK. Tadaaa !!

Segmen Nak Blog URL By Macam-Macam Cerita


                                             

Aku memang jarang masuk segmen kan ? Memang pun. Sebab kebanyakan segmen
meletakkan berbagai senarai co sponsor dan terlampau banyak permintaan dan yang
nak dilikenya. Tapi SEGMEN YANG INI memang sangat sempoi dan tidak ada
syarat yang sangat meletihkan mata ( pada pendapat aku la ).

Syaratnya memang sangat mudah, selesa dan tidak menyeksakan DAN ianya adalah :-

1.   Buat 1 entry baru bertajuk : SEGMEN ; Nak blog URL By Macam-macam Cerita.

2.  Copy & Paste gambar segmen yang kat entry kamu semua.

3.  Tinggalkan URL entry kamu semua pada ruang komen SEGMEN ITU.

Senangkan syaratnya ? Apa tunggu lagi ?
Jom kita meriahkan SEGMEN NAK BLOG URL BY MACAM-MACAM CERITA !!

Good morning Mr. CEO


                                           
Ceo cellmaxx, peranan ceo, kilang cellmaxx, production, produk lambat, cerita lawak, ceo yang kelakar, lawak pagi, lawak facebook
                                           
Haha....ini yang aku panggil lawak anak beranak. CEO aku memang kelakar.
Di Semenanjung CELLMAXX dah kering stok. Belah Sabah aja yang masih ada lagi.
Kesian lah kat orang Semenanjung ooii !!!

Cara nak hilangkan offers wizard, pop up adv


Secara dasarnya memang tak salah le memasang iklan kerana mereka memang mencari
duit dengan memasang iklan. Tapi bila terlalu banyak iklan yang muncul disetiap web yang
dilawati memang jadi annoyinglah kan.

Inilah yang aku runggutkan sejak lap top aku dihantar format, bukan jadi semakin laju,
sebaliknya jadi semakin lemot/lembap. Grrr......jenuh mencari di internet , cara nak
menghilangkannya termasuk memasang pop up blocker, haram tak menjadi sebaliknya
aku berdepan dengan masaalah ' time out' pulak.

Beberapa carian diinternet menemukan aku dengan cara menghilangkan pop up
di lap top, tapi bila dicuba, cara itu juga tidak berapa berkesan. Masih tidak dapat
meng'nyah'kan iklan -iklan yang meletup di sana sini di setiap web yang aku pergi.
Ahh, sakitnya hati bila setiap kali aku harus memangkah window-window iklan yang
meletup dan merecup bagai cendawan tumbuh pada setiap laman web. Komputer aku
dahulu hanya mengalami masaalah kelembapan loading sehingga memaksa aku untuk
memformat kannya. Tapi sebaik saja selesai diformat masaalah  offers wizard ni
pulak muncul. Salah tukang format ke yang sengaja memasukkan software yang
tidak berkenaan ke dalam lap top aku ?

Adblocker, Youtube adblocker , semua yang aku pasang tidak berkesan mematikan virus
malware ni. Cerita pun tak guna jadi pencarian aku teruskan sehinggalah aku menemukan
keyword yang betul iaitu ADV CONTROL. Rupanya offers wizard n datang dalam bentuk
extention free downloader file... Huh, patut pun semua langkah 'penghapusan' tak berkesan.
Kebal rupanya offers wizard nih.

Jadi kalau ada sesiapa yang mengalami masaalah diserang iklan yang meletup-letup
di sana sini macam yang aku alami pergi ke ADV CONTROL DAN IKUT
LANGKAH-LANGKAH PEMUSNAHAN yang diajarkan hingga selesai.

Tadaa....hati aku dah tak sakit lagi. Tak tahu lah kalau akan datang 'pengacau' nih
datang balik harus aku meroyan lagi.

Melayu seng mblayu


Hai Melayu !

Rumahmu semua di bina Indonesia,

Ekonomi pula dikuasai Cina,

Golongan profesional semuanya India,

Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

Warga Bangla pula menjadi JaGa,

Orang Nepal yang menabur baja,

Orang Pakistan usung karpet jaja merata,

Lalu Melayu ada apa ?

Harapkan ustaz..., saling menyesat,

Harapkan hiburan..., lagi best filem barat,

Harapkan tulisan..., jawi pun mereka hambat,

Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai MELAYU !

Masih mendabik menjadi tuan ?

Sibuk mahu menjadi tuan,

Rupanya kerja kelas bawahan,

Ditipu mentah orang atasan,

Konon perjuangan ini untuk kalian !!

Kerja sikit, sembang kencang,

Banyak rungut, sikit rancang,

Siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang !

Hai MELAYU !!!

Konon kau pantang dicabar,

Konon kau tangkas menyambar,

Tapi cuma indah khabar,

Rentakmu makin lama makin hambar

Kau Melayu, aku pun Melayu,

Aku menulis bukan cemburu,

Aku mahu engkau tahu,

Kenapa Melayu tak macam dulu ???

Hai MELAYU !!!

Jari mu hebat bertutur di Facebook alam maya,

Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

Kau cuma tahu ber gaya,

Hai MELAYU !!!

Kau melaung-laung di jalan raya,

Bagi tahu kepada dunia ini  bumi aku yang punya,

Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya !

Hai MELAYU !!!

Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

Bila dah kaya kau jadi puaka,

Ini tandanya kau sudah derhaka !!!

Hai MELAYU !!!

Sedarlah bangsa ku,

Buka lah minda mu,

Bersatulah bangsa ku,

Kerana Malaya bukan lagi milik mu !

Aku pun Melayu,

Engkau pun Melayu,

Bodoh sombong harus di tepis,

Riak, bongkak dan hasad dengki sesama bangsa mesti dikikis,

Bersatulah Melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

*** sajak tak bertajuk YANG POPULAR whatsapp

Terasa ke ? Kita memang dah terlalu lama hidup dalam zon selesa dan bermanja-manja.
Kalau boleh semua perkara nak subsidi. Banyak benda nak FREE . Lepas tu gebang
Malaysia masih banyak khazanah dan hasil bumi lagi........





Why you eat my petai ?

Dari kecik hobinya memang mengikut aku ke pasar. Berpimpin tangan memasuki
lorong kecil yang hanyir dengan bau ikan, ayam , belacan, sayur-mayur dan bercampur
peluh sesak pengunjung pasar yang lain. Kadang jari kecilnya terlepas dari pegangan. Aku
panik menjengah di celahan pengunjung, bimbang dia tersepit, terpijak di celahan orang tapi
dia mahir mencari dan menarik baju dengan perlahan dari belakang. "Mama", dia tersengih
menayang wajah comel dan aku memang tak sempat nak marah kecuali memegang erat
tangannya semula. Aku memang suka ke pasar. Ia adalah tempat yang menyegarkan
mata, jantung dan paru-paru ku. Perasaan menjadi ceria, fikiran lapang sebaik saja aku
menghirup bauan sayuran kampung. Serius. Sesekali berdiri dan memejamkan mata
beberapa saat di hadapan gerai sayur hanya untuk mencium bau pucuk paku, jantung
pisang, rebung, sulur keladi, daun ubi, timun tikus, pucuk labu, peria, cendawan, jagung
muda dan sayuran yang lainnya selalu membuat aku rembang mata dan khayal dengan
aroma. Hermm....., syoknya sayur kampung !