jangan menyombong, tetaplah ramah seperti biasa. ULAR MENYUSUR AKAR
TIDAK AKAN HILANG BISANYA CU.....
Kata orang muda : Nampak ular menyusur akar sebelum dia patuk kita, pepah
je pakai buluh nek......
Indah dipandang tak mampu dipegang
2. Cu, peribahasa kita ada berkata ; kalau takut dilambung ombak jangan berumah
di tepi pantai.
Jawab orang muda : Nenek, cucu tetap suka berumah di tepi pantai dan cucu dah buat
benteng di sekeliling rumah untuk menahan deburan ombak nek. Mudah-mudahan
rumah yang cucu bina tidak hanyut dipukul gelombang ;-)
bagai bunga kembang tak jadi.
Jawab orang muda : Terima kasih ingatkan cucu nek. Cucu akan semat dalam hati.
Cucu akan ajar dia sampai serik. Kalau dia tak kembang maknanya pokok dia tak
berbaja dan kurang siraman air nek. Bukan salah cucu kan nek ?
4. Akhir sekali pesanan nenek cu...... jangan yang dikejar tak dapat, yang dikandung pula
keciciran
Kata orang muda : Yang dikejar tu kita terus kejar nek, yang tercicir tu kita kutip balik.
5. Jangan degil cu, usah dirayu merak kayangan, usah dicari si cenderawasih............
Jawap orang muda : Nenek, kalau saya rayu merak kayangan dan si cenderawasih
untuk turun ke bumi pun.., bukan kerana apa. Burung-burung tu mahal nek.
Rare species. Permintaan banyak pulak tu. Tok-tok dukun cari . Cabut bulu sehelai
-sehelai mahal masuk dalam minyak pengasih atau framekan.....banyak cu buat duit.
### Cucu ni memang tak makan saman kan ?