Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Great minds discuss ideas, Average minds discuss events, Small minds discuss people.


GREAT MINDS DISCUSS IDEAS, AVERAGE MINDS DISCUSS EVENTS, SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE.


What is idea ?

Idea adalah garapan atau lakaran minda yang ( biasanya positif ) bagi tujuan menghasilkan cadangan kerja atau imej yang kemudiannya digubah dan ditakrifkan sebagai tindakan kerja. Terjemahan konsep atau gambaran mental ini kemudiannya digarap secara kreatif sehingga memaparkan hasil kerja samada :-

A ) Menghasilkan prestasi kerja yang bermutu walaupun mungkin terpaksa menerima penambahan baikkan bagi tujuan penambahan mutu kerja dan pelaksanaannya.
     
B ) Idea yang terpaksa melalui trial and error berulang kali sebelum menjadi lebih efektif dalam
      pelaksanaannya.

Contoh idea-idea hebat :-

1.  Idea genius jutawan Irfan Khairi dengan penjualan peta Malaysia melalui internet
2.  Idea hebat Syed Mokhtar Al-Bukhari dengan Yayasan Al-Bukharinya
3.  Idea gila Lim Goh Tong dengan pembinaan Genting Highland
4.  Idea merapu Albert Einstein dengan penciptaan mentolnya 
 ( uji kaji kali ke 1000 baru mentol menyala )
5.  Idea mencarut Mark Zuckerberg dengan penghasilan laman social Facebook.

AVERAGE MINDS DISCUSS EVENTS, SMALL MINDS DISCUSS PEOPLE

Tapi saya tidak akan membincangkan hal itu di sini. Saya sebenarnya sedang berfikir macam mana nak jadikan Pulau Pisang yang terletak 5km dari Pontian Kecil ( kampung saya ) menjadi sebuah pulau peranginan ( sebahagiannya dengan konsep semi resort dan home stay ), dan dibahagian yang lain ditanam dengan tanaman buluh Jatnika atau buluh harimau yang boleh dikomersialkan kerana pasaran dan permintaannya yang memang hot buat masa ini. Presepsi masyarakat hari ini telah banyak berubah, jika dulu pemilik rumah batu dianggap kaya tapi sekarang
 ' pemilik rumah buluh' lah yang sebenarnya kaya.  

Sebahagian lagi kawasan pulau boleh ditanam dengan tanaman emas 7 tahun ( pokok karas yang menghasilkan gaharu ). Jangan tak tahu sebahagian kecil pulau ini telah ditumbuhi gaharu secara semula jadi dan sudah ada kes kecurian pokok karas/gaharu. Mungkin juga boleh dibina jeti pemancing dari Restoran mamak pontian kecil ke Pulau Pisang untuk menjadikan pulau ini lebih interaktif.

Tukun-tukun tiruan boleh dibina / ditengelamkan mengelilingi pulau kerana pulau ini juga tidak sunyi dari hasil tangkapan ikan pari, ikan sembilang, ikan kerapu dan siakapnya.  Setelah itu boleh digazetkan sebagai syurga pemancing ( tapi banyak kerjalah kat sini ). Setakat ini jeti terpanjang di dunia terletak di Lucinda, Queensland Australia iaitu sepanjang 7.5 km atau 4.7 batu ke tengah laut. Kalau dapat dibina jeti pemancing di sana ( Pontian Kecil ke Pulau Pisang jaraknya
bakal jadi 5km ++ ). Mesti syok memancing di atas jeti yang sepanjang ini kan ?

Pulau Pisang sebenarnya memang boleh dijadikan pulau pelancongan dengan idea yang sama dilakukan di Pulau Pangkor ( memanggil para karyawan dan budayawan menghidupkan suasana dan budaya ) sebagai awalan dan pemanggil semangat bicara. Saya merepek kan ? 
Tak apa..., saya memang suka merepek. Keturunan tok selampit memang begini.

Tapi yang terlebih penting adalah mendaulatkan kawasan Pulau Pisang itu sendiri. Iaitu sebagai salah satu daripada wilayah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Pontian. Mengapa harus dibiarkan pulau ini sepi tanpa
penghuni ? Tanpa aktiviti yang menunjukkan pulau itu adalah milik Johor ?
Rumah api di Pulau Pisang pun diselia tadbir oleh Singapura dan kalau dilihat melalui Google Map kawasan yang diselia tadbir semakin luas. Takut esok-esok berulang lagi kisah Pulau Batu Putih.
Itulah bak kata pantun " Tuai padi antara masak
                                     Esok jangan layu-layuan
                                     Intailah Pulau Pisang antara nampak
                                     Esok jangan ngigau-ngigauan "

Siapa boleh tolong padam script disqus ?

Ruangan komen saya untuk membalas komen-komen di setiap entri meragam. Saya dah pening kepala tak tahu nak buat macam mana. Asalnya kerana saya tertarik dengan ruangan komen yang menggunakan script disqus. Saya pun pergilah register di sana dan pasang disqus html script di blog saya tanpa memadamkan script comment blogger yang sedia ada. Lepas pasang saya tengok tak ada apa pun yang berubah. Ruangan komen blogger macam biasa disitu. Disqus punya comment form tak ada pun....ah, tak kisahlah kan ...
Tak ada disqus comment form, blogger punya pun ok juga. Saja nak tengok wajah baru blog saya sebenarnya...dah tak menjadi - no hal lah. Masaalahnya sekarang..............

Honey, you make a big mistake there.....

Dunia maya sememangnya dunia tanpa sempadan. Melalui dunia maya kita boleh memperbanyak kenalan dan jaringan kerja tanpa perlu bertemu muka secara peribadi. Sebaliknya hanya gambar profile yang berbicara sebagai pengganti diri , interaksi chatting room atau komen-komen yang ditinggalkan di status update sebagai penghubung. Mencari kesan buruk dan baik dalam dunia maya bagi saya ......sama banyak.

Tergantung kepada kebolehan kita mengendalikannya. Ingat sebarang info yang anda tuliskan 
di ruangan ' about you ' boleh mengundang padah jika tidak berhati-hati. Terutamanya bagi yang 
perempuan .

AnisRahim cari Lynn Munir di Google Plus

Hari ini aku buka gmail, tertera di situ email dari Anisrahim via blogger.bounces.google.com
Anisrahim photographer, lynn munir, lynn munir blogspot, siapa lynn munir, carian tentang lynn munir, lina munir, i will do it my way, tagline i will do it my way, google search, google search for lynn munir
ANISRAHIM has left a new comment on your post "JEREBU DAN PATI DELIMA GULSAN": 

" akak hehe payah sungguh nk cari blog akak pki google plus tu :(
 "

Posted by ANISRAHIM to
 Lynn Munir...and i will do it my way at Saturday, July 20, 2013


Hehehe..terpaksa copy ayat dia jer ler. Pasal jenuh buat print screen tapi tak maunya dia keluar kat paint.
Entah apa yang tak kena dengan lap top aku kali ni, banyak sangat virus dah kut.

Aku jawab macam ni ; 

"   La ya ke ? Lain kali search je kat google type lynn munir sampai la kat blog akak nanti. 400,000 carian tuu ........( 0.31 second ) Ahaks. Perasan tak boleh blah dan macam mintak kena sepak aku ni......hahahaha "
Gurau je Anisrahim.

Kalau search nama lynn munir di Google Search , cariannnya adalah  400,000 
( 0.43 – 0.28 second ) Angka / masa carian memang berubah-ubah.
Carian nama lynn munir blogspot membawa kepada 101,000 ( 0.34 - 0.43 second )
Carian nama  lina munir membawa kepada 2,980,000 ( 0.38 second )
Pokoknya semua carian nama tu memang sampai kat aku lah.

So memang boleh buat aku ‘ terperasan ‘ sekejab le. Sebenarnya aku tahu tentang 
hal ini dah lama.
Bukan pasal blog aku popular tapi kerana nama tu terlebih glamour agaknya. Blog aku ni baru berusia setahun 2 bulan. Lebih banyak yang tak diup date dari di up date. Tengoklah tu Total Pageviews pun baru berapa 39,718. Blog ini pulak hanya bercerita journal kehidupan sendiri. Sekali sekali aja bila aku rajin aku selitkan dengan berita dan maklumat semasa. Paling kuat aku up date seminggu 2 kali. Tapi kebanyakan masa seminggu sekali jer. Aku memang tak isikan dengan iklan sebab aku memang tidak menuju ke arah itu pun buat masa ini. Tapi yang pasti loading blog aku memang agak laju ler kan ???
Jangan makan hati lah korang. 

                                    

VAMPIRE TREATMENT ATAU HORMON UNTUK MUDA

Orang kata umur adalah ' kebetulan kiraan '. Jika tahun ini direkodkan tahun 2013 dan kebetulan anda dilahirkan pada Julai 15 tahun 1975 maka genap lah hari ini usia anda 38 tahun. Tahniah, tahniah. Happy Birthday To You.

Pertambahan usia biasanya memang mematangkan hidup. Hingga terkadang banyak yang terlupa raut wajah yang kehilangan seri dek dimamah usia dan bebanan kerja malah tanggungjawab hidup juga. Apakah ramuan semulajadi yang dapat merangsang kelenjar Pituitary untuk menghasilkan terus pertumbuhan hormon dan seterusnya membuat kita semua tampil MANIS dan KELIHATAN MUDA  ???

RAWATAN VENEER GIGI AND TEETH MAKEOVER

Bibir seksi menawan disertai senyuman manis memang memberikan PLUS value kepada seseorang individu terutamanya wanita. Apatah lagi bila tersengih atau ketawa , dereten gigi putih yang terpamir memang biasa membuat orang yang memandang jadi tertawan.
" Putihnya gigi , cantiknya gigi dia, molek aja bersusun giginya, boleh tak saya dapat macam gigi dia tu ?"
Memang boleh. Dewasa ini rawatan gigi atau teeth makeover atau teeth cosmatic surgery memang menjadi trend. Walau cantik itu subjektif bagi sesetengah orang tapi gigi yang rapi, putih, cantik dan bersinar bagai mutiara tetap menjadi dambaan setiap insan. Betul kan ???


Basel 111 dan kesinambungannya pada RV dinar iraq.

Basel III  adalah, standard kawal selia sukarela global mengenai kecukupan modal bank, ujian tekanan dan risiko kecairan pasaran. Ia telah dipersetujui oleh ahli-ahli Jawatankuasa Basel mengenai ‘ Penyeliaan Perbankan pada  2010-11’ lagi.  Ia kini telah pun diperkenalkan dan sedang dilaksanakan bermula 2013 sehingga 2015.  Perubahan kepada kawalselia system kewangan global ini telah dijalankan semenjak 7 Januari 2013 lagi dan pelaksanaannya telah dipersetujui untuk  dilanjutkan sehingga 2019. Unjuran dari Perlaksanaan dan Persetujuan Basel 111 (lihat Basel I, Basel II) telah dibangunkan sebagai tindak balas kepada kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam peraturan kewangan global, yang didedahkan melalui  krisis kewangan lewat tahun 2000an. Perlaksanaan Basel III sepatutnya berhasil mengukuhkan keperluan modal bank dengan meningkatkan kecairan bank dan mengurangkan memanfaatkan bank dan ianya dilaksanakan untuk memulihkan krisis mata wang
yang sedang dan masih melanda dunia ketika ini.
Sebelum ini sistem matawang fiat digunakan untuk menguasai pasaran dunia sehingga menimbulkan banyak masaalah di kebanyakan negara Eropah dan  Amerika Syarikat . Malah negara Uncle Sam ini diketahui mengalami deficit teruk yang bukan sedikit untuk ditanggung oleh rakyat nya . Sehingga artikel ini ditulis US National Debt adalah berjumlah 
$17,150,647,756,000.
Sumber : 

( Inilah akibat kerakusan US berbelanja dan mencetak wang tanpa sandaran rizab emas mereka ).
 Di Greece , negara itu terpaksa melalui zaman ekonomi yang amat suram akibat kebangkrapan ekonomi mereka. Oleh itu pelaksanaan Basel 111 compliance adalah untuk  memastikan setiap negara wajib mempunyai rizab simpanan emas yang mencukupi sebagai sandaran mata wang mereka dan sebelum mengistiharkan nilai pasarannyanya. Kenaikan nilai sesuatu currency itu juga semakin bertambah seandainya sesebuah Negara itu mempunyai logam berharga lain yang boleh dijadikan tambahan dan sandaran selain rizab yang mereka punya. Contohnya logam platinium, palladium, petrol atau emas hitam, simpanan gas asli, simpanan sulfur atau lombong terbesar belian yang diberitakan dijumpai di Iraq tetapi masih dirahsiakan oleh pihak US.

Bagaimana pelaksanaan Basel 111 memberi impak kepada revaluenya dinar Iraq ??
Bergantungkah Basel 111 kepada dinar Iraq ??
Tidak. Kerana revaluanya iqd hanyalah salah satu daripada trigger yang membawa kesinambungan
Basel 111 itu sendiri.

Selagi keseluruhan 200  negara –negara di dunia yang telah menyetujui untuk melaksanakan Basel 111 belum melaksanakan system perbankan elektronik dengan sepenuhnya, selagi mereka tidak bersetuju menjadikan rizab emas negara sebagai sandaran mata wang mereka, selagi itulah masaalah akan timbul kepada penyelarasan semula ekonomi global. Selagi Bank-bank Vatican, Rothschild, Rockfellars, Warburgs dan beberapa entity yang berkuasa terhadap perbankan dunia bersikap angkuh, rakus dan tamak dengan menghalang kelancaran proses RV dinar Iraq dan melakukan insider trading sesame mereka…., selagi itulah RVnya dinar Iraq akan terhalang kelancarannya.  Apa pun seandainya Iraq tidak mengumumkan RVnya hari ini maka, berkemungkinan besar  negara itu terpaksa kembali semula kepada sekatan dibawah CHAPTER VII sekali lagi. Dan andainya ini berlaku… rv nya IQD/IQN hanya mungkin dikecapi pada tahun 2014.
Tapi mungkin TIDAK ???? Mungkin keadaan menjadi lebih baik selepas hari ini dan IQD mampu menjadi the highest currency in the Middle East kalau pun tidak in the world ??
Sama-sama kita lihat perkembangannya nanti.



NOTA :
Entri ini hanyalah pemahaman peribadi penulis terhadap Basel 111 compliance DAN  proses dinar iraq yang kerap tertangguh. Harap maklum.

Surat jawapan permohonan quota tambahan Ben Ashaari ( Part 2 )

Jawapan balas kepada ' copy & paste ' Ben Ashaari.

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013

3hb July 2013

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.


PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Surat mohon koata tambahan Ben Ashaari ( Part 1 )

Sumber tak tau mana..Copy n paste jer.

Contoh surat rasmi utk tambah kuota

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI