Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sejambak bunga di speechless wednesday

Speechless Wednesday. Sumpah aku tak faham apa maksudnya dan mengapa semua blogger bakal membisu tanpa kata ? Tersampuk hantu, terkena sumpahan, tertelan cicak , tergigit lidah atau dah kehabisan idea ?


NURUL yang ku sayang.

Semalam sekolah nurul mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR selasa minggu depan. Aku berbahagi tugas dan buat persetujuan dengan suami supaya majlis UPSR ini aku yang hadir . Tambahan pula Nurul Arisha tu perempuan. Bulan depan giliran Wan Hafizul Haq pula. Majlis solat hajat untuk PMR belum ditentukan lagi tarikhnya. Biasanya lagi seminggu nak dekat periksa lah. So papa kena hadir untuk solat hajat di situ pulak. Significantnya ialah selepas bacaan yasin beramai-ramai biasanya akan diadakan tazkirah untuk murid-murid dan ibu bapa dan aku sangat pasti dalam tazkirah tu bakal ada yang hati yang sayu, hiba, insaf dan seterusnya menangis. Tak terkecuali aku. Di majlis solat hajat semalam Nurul solat di sebelah. Wajahnya comel dan tersenyum manis. Seperti biasa dia tersengih bila memandangku.

LAYANG CAR SHOW !!!!!

Jom tengok gambar-gambar sewaktu pameran kereta di Layang, JOHOR. Memang gila tengok kaki-kaki kereta ini memasang, mengubah suai dalaman kereta dengan kos yang puluhan ribu ringgit semata-mata mencari kepuasan kereta idaman mereka. Ramai juga peserta dari Singapura menyertai pameran ini. Not bad at all dan memang seronok melihatnya. Bab yang ini adalah pulak semangat muhibah mereka., ermphh...


MERDEKA Semerah Padi

Esok rakyat Malaysia sekali lagi merayakan hari kemerdekaan bagi negara tercinta ini. Esok merakam sejarah kemerdekaan yang ke 55 tahun. Aku bersyukur berada di bumi bertuah ini. Tanah keramat yang diserapi dengan semangat Hang Tuah, Dol Said, Mat Kilau, Pendekar Siamang Gagap, Rentap, Mat Salleh dan ramai lagi yang tak mampu ku sebut. Bukan sekadar merakam nama perwira-perwita Bukit Kepong yang berjuang sehingga syahid seperti Leftenan Adnan, Sarjan Jamil yang telah berjuang bermati-matian demi mempertahankan kedaulatan negara yang gemilang ini.


Seputar kisah di Aidil Fitri

Hari ini adalah hari ke sembilan dalam bulan Syawal. Pun begitu masih  ramai yang sibuk menyambung beraya setelah pulang dari kerja. Aku percaya hujung minggu ni pasti jem lagi di kebanyakan tempat di ibu kota dengan kereta-kereta bersesak-sesak di jalan-jalan raya. Tempat tujuanya pasti  rumah terbuka.

Bila kali terakhir aku up date blog ni ? Emmm 4hb Ogos 2012. Sejak dari tu ..no story. Time does not permit me to do an update on this blog. There are something disturbing my mind and i just can't cope with it. Akhirnya apa yang aku tuliskan dalam entri aku yang sebelum ini terkena batang hidung sendiri.
Itulah bila tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri .


Blogger atau GOBLOK ?


Kenapa ramai yang tertarik menjadi BLOGGER ?
Kerana semula jadi memang suka menulis ? Dulu tulis di dairi – baca sorang-sorang. Sembunyikan dairi tu jangan sampai orang lain tahu. Jangan sampai orang lain baca. Sekarang dah moden. Tulis dairi juga tapi dalam blog. Publish online, semua orang baca.
 Ada ke orang nak baca ? Hebat sangat ke bila orang baca ?