Entri ' Kurus dengan cuka epal - banyak khasiat dan kelebihannya '
kebanyakan masa menduduki carta entri popular yang paling banyak dibaca
di blog ini. Entri yang ditulis pada tahun lepas itu masih menerima respon
bagus dari mereka yang telah mencuba sendiri keberkesanan cuka epal
mahupun yang baru mahu mencuba.
Tapi bagaimana pulak dengan lagi satu jenis cuka yang tidak kalah khasiatnya ?
CUKA KURMA. Apakah khasiat dan kebaikan yang terkandung dalam cuka
kurma ? 90 peratus punca penyakit berasal dari perut ( usus besar ), sementara
panjang usus adalah 6 kali lebih tinggi dari badan manusia.
Jadi bayangkanlah tugas yang terpaksa dipikul oleh usus dalam menerima dan
menapis toksin yang terhasil akibat kepelbagaian makanan dan ubatan yang
dicerna oleh tubuh manusia.
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan
bahawa
“Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan badan seperti bisul dan
kanser. Menyuci darah, membaiki masalah pencernaan, mengatasi masalah usus,
kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan
matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan
asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masaalah rahim,
menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
( Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 )
VITAMIN APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM CUKA KURMA ?
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti Vitamin
C, E, B1, B6,
Beta-karotena, Vitamin P ( Bioflavonoid )
dan kaya dengan kandungan potassium
( untuk keremajaan kulit ). Cuka kurma juga dapat membuang lemak dan kolestrol,
ditubuh. Juga bagus untuk meneutralkan asid-asid dan garam berlebihan
dalam badan yang membawa pelbagai penyakit
berbahaya.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan
cuka kurma
bermanfaat untuk mengatasi :-
1. Masalah gastrik di perut,
2. Masalah hempedu ( membersih hempedu dari lemak yang
membentuk batu )
3. Sebagai perlindungan / mencegah bahaya kesan sampingan dari ubat-
ubatan yang pelbagai. Yang boleh membawa kepada kemudaratan
atau kematian.
4. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan
perjalanan
darah yang berketul dalam perut akibat masalah gangguan haid.
5. Cuka kurma bermanfaat mengatasi keadaan limpa yang
bermasaalah.
6. Ia membersihkan usus
dengan membuang toksik di dalam perut.
7. Menguatkan sistem penghadaman dan melegakan buasir.
8. Menghilangkan masalah panas badan.
9. Mencegah sebarang potensi pembengkakan yang mungkin terjadi pada tubuh
manusia seperti kanser, bengkak dan bisul.
10. Cuka kurma dapat membantu sistem penghadaman makanan kasar dan
membersihkan darah manusia yang beracun.
KAEDAH TERBAIK BAGI YANG INGIN MENGAMALKAN CUKA KURMA /
CUKA EPAL.
Jika anda boleh tahan dengan rasanya yang agak masam bolehlah diminum terus begitu
saja dengan sukatan anggaran 1 sudu makan. Lebih elok jika cuka kurma / cuka epal
itu dianduk bersama 1 sudu makan madu sebelum meminum campuran ke duanya.
Bagi yang ingin mengurangkan rasa masam dan kepekatan cuka kurma / cuka epal
boleh mencampurkannya dengan sedikit air hangat anggaran suku gelas dan sukatan
yang masih sama seperti di atas.
Nota
Aci apa pun tanpa senaman makan cuka epal/ cuka kurma sedozen pun tak akan
turun berat badan tu. Jadi silalah bersenam ya walaupun hanya senaman ringan
selama 15 - 20 minit setiap hari.
No comments:
Post a Comment