Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita Resepi Laksa Johor

Sebenarnya aku dah berkurun tak pernah masak LAKSA JOHOR. Semenjak berpindah ke Selangor
tekak aku dah agak sinonim dengan Laksa Penang dan Laksam Pantai Timur. Tapi lebih kerapnya laksa penanglah. Bersepah peniaga warong yang menjual laksa penang di KL dan Selangor ni, sedap dengan tak sedap ajalah air tangan mereka. Harganya sama. Aku cuma buat laksa penang bila terasa nak buat open house. Selain dari nasi dagang dan kari bagai sempena hari raya, laksa penang adalah juadah yang aku buat untuk pilihan tetamu yang sudah ' kelenger' dengan masakan bersantan.


Iklan JAWATAN KOSONG

                   
pendapatan lumayan, diperlukan lelaki dan perempuan, tempat temuduga, elaun perjalanan, bonus mingguan.
Shhhh, let's get wordless.

Sederhana dan yang sedang-sedang saja

Sederhana dalam tindakan, sederhana dalam perlakuan dan pergaulan, sederhana dalam pemakaian, sederhana dalam selera, sederhana dalam berbelanja. sederhana dalam beribadah, sederhana bermekap, sederhana mengikut fesyen.

" Tidakkah kalian mendengar ? Tidakkah kalian mendengar ? Sesungguhnya KESEDERHANAAN
itu sebahagian dari iman." ( Hadis riwayat Abu Daud ).

Aku akui aku meminati fesyen. Aku akui aku pengemar muzik. Selera tinggi. Aku akui  aku gila dengan segala macam jenis masakan. Aku suka pada kecantikan. Aku kagum dengan mereka yang mampu memakai barangan mewah , gajet canggih yang terkini. Aku adalah termasuk dengan golongan yang terkesima dengan keindahan duniawi dan itulah kelemahan fitrahku sebagai manusia. Tetapi aku tetap inginkan kehidupan yang seimbang. Kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Aku tidak mahu bahagia dan kaya hanya di dunia tetapi sengsara dan papa di akhirat. Aku bukan seorang yang zuhud, aku ingin menikmati hidup ini dengan gembira, berlapang dada di samping melakukan ibadah mengikut kemampuanku.
Sesungguhnya mati itu memang pasti. Ustaz aku pernah berpesan, ' bila berdoa...., berdoalah dengan jelas.'
Law of receiving mengatakan , ' to state your desires clearly, firmly and we should be open to get them '.
Dan selalu aku berdoa , Ya Rabb, walau siapa pun aku, aku mohon untuk kembali kepada MU dalam keadaan Khusnul Khotimah .

Dewasa ini kehidupan menjadi semakin laju seiring dengan perkembangan teknologi. Kemunculan gadget-gadget baru sentiasa mengamit rasa untuk kita memiliki sebagai tanda kemampuan ekonomi dan kebolehan mengendali kecangihan teknologi. Peningkatan mendadak golongan non muslim kepada memeluk agama Islam berlaku mendadak di mana-mana . Di Amerika dan Eropah peningkatan golongan muslim membimbangkan kerajaan di sana. Produk kosmetik dengan kompangan ' lebel halal ' memenuhi pasaran besar-besaran. Fesyen muslimah juga sentiasa segar dengan idea-idea baru untuk golongan yang berhijab ini meneruskan kewajiban berhijab disamping up to date dengan pekembangan fesyen semasa. Dan semua ini berlaku atas nama manusia moden, yang seba serbinya mengikut peredaran zaman.

Aku bukan penghafal hadis malah kadang-kadang hadis yang kubaca itu aku sering terlupa siapakan perawinya. Aku biasanya hanya dapat mengingati ' apakah inti sesebuah hadis itu disampaikan '. Dan aruah emak selalu berpesan, jaga mulut, jaga mulut, jaga mulut. Jangan sibuk memperkata hal orang takut bila Allah membalikkan kata-kata itu tadi, kita akan melakukan lebih teruk dari apa yang ' hamba Allah '  itu pernah buat , kerana Allah itu berkuasa untuk membalik-balikkan hati. Kadang kala menjadi seorang yang out spoken itu bagus, tapi berpada-padalah. Dan aku memilih untuk mengamalkan yang sedang-sedang saja.

NATASHA UMAIRAH

Orang kata anak yang keluar ikut tingkap memang banyak ragam dan kerenahnya. Mungkin betul. Secara kebetulan ke tiga-tiga orang anak kakak aku juga dilahirkan melalui pembedahan dan seorang lagi  kenalan ku juga melahirkan anak melalui caesarean. Mereka mempunyai perwatakan yang sama. Kuat merajuk, cepat meradang, cemburu, garang tapi cekal dan rajin berusaha. Dari segi fakta sains aku memang tak tahu apa kaitan antara anak yang lahir melalui pembedahan dengan ragam perangai mereka. Tak sempat nak kaji. Yang pasti dia mula buat perangai semanjak Nurul lahir. Beza mereka hanya 2 tahun.


Nurul

Dia anak yang rajin membantu aku di dapur. Ringan tulang membantu mengurus kerja rumah sebelum dia ke sekolah. Anak yang periang dan pintar. Tapi aku memang ada masaalah dengan cita-cita si Nurul dari kecik hinggalah ke besar ini ( sekarang Nurul dah berusia 13 tahun ), cita-citanya constant tidak pernah berubah seperti kanak-kanak lain. Kali pertama dia menyatakan cita-citanya kepada aku adalah ketika ia berumur 10 tahun / sewaktu darjah 4. Ketika itu aku membawanya bersama sewaktu aku membuat rawatan rambut di salun seorang kenalan cina ku. Tekun dia memerhati bagai mana tuan punya salun itu bekerja dan melayan pelanggannya.

HOMESCHOOLING / PERSEKOLAHAN DI RUMAH

BELAJAR DARI RUMAH ATAU HOMESCHOOLING, aku tahu tentang perkara ini melalui pembacaan di internet tahun lepas lagi. Kemudian TV3 juga ada mengeluarkan rencana/berita mengenai hal ini yang melibatkan anak malaysia yang terlibat dalam mengembangkan idea home schooling ini di Amerika. Sekali lagi perkara ini berjaya menarik perhatian aku.
 Home schooling, adakah ia salah dari segi undang-undang ?