Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asam pedas madu 3

Asam pedas madu 3. Mata aku terpandang nama restoran ini terletak di persimpangan
 trafik light di Kulaijaya behampiran dengan TESCO di situ jika tak silap aku. Otak aku
sertamerta membayangkan rupa asam pedas yang dihidangkan disitu. Asam pedas madu
3 - agaknya..., macamanalah kacau bilaunya asam pedas tu dalam mangkok yang sama..
Adakah asam pedasnya dimasak dari jenis ikan yang bercampur-campur?

Report isteri hilang

Seorang suami membuat lapuran di balai polis tentang kehilangan isterinya.

Suami :      Isteri saya keluar rumah dari semalam siang dan sehingga sekarang, sudah
                  lebih 24 jam dia keluar rumah dan belum balik-balik lagi tuan. ( bercerita
                  dengan nada kerisauan )

Jaga-jaga di RnR Pagoh

19hb April, aku memutuskan untuk pergi ke Johor. Menziarahi downline aku sekali
gus, menziarahi saudara mara di sana. Aku dan suami bertolak jam 8am dengan harapan
kami dapat sampai di Kota Tinggi dalam pukul 11.30am. Mak cik Azizah akan
menunggu di sana sebelum kami bergerak masuk ke Felda Semencu. Tempat di mana
salah seorang mobile stokis berada. Sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai tapi
syukurlah trafik lancar sehinggalah kami sampai di Nilai. Entah mengapa kali ni kami
tidak banyak berbual seperti selalu. Kami hanya berhenti di RnR Pagoh untuk membuang
air kecil sebelum menyambung semula perjalanan. Aku talipon Cik Zizah memberitahu
kelewatan kami kerana keadaan jalanraya yang licin dan hujan renyai yang berterusan.

Cellmaxx - Revolusi penyembuhan terkini secara semulajadi.

Cerita CELLMAXX lagi. Cerita bagaimana AFA Cellmaxx menjadi
fenomena terbaru dalam merawat penyakit kronik, mengekalkan keremajaan
dan kecantikan. Kita mulakan dengan membincangkan perbezaan antara stem
cell dari buah-buahan, stem cell dari tali pusat bayi dan stem cell induk dewasa.
Hebatnya stem cell induk, adalah kerana ia berupaya menggantikan dirinya atau
pun merubah bentuk dirinya menjadi sel baru, tisu baru dan organ baru yang
sihat di dalam tubuh manusia. Selain itu ia  juga mampu menggantikan sel-sel
yang telah rosak atau pun mati. Apabila kita mengaktifkan semula fungsi stem
cell dewasa, bererti kita telah mula mengembalikan fungsi organ dengan lebih baik
disamping berjaya melambatkan penuaan. Cabarannya adalah bagaimana untuk
mengaktifkankan semula tulang sum-sum anda ? Supaya ia dapat membebaskan
semula stem cell induk dewasa yang tersekat di situ. Baiklah, anda ada 2 pilihan.
Pertama melalui small operation untuk mengekstrak semula stem cell anda dari
tulang punggong atau pun pilih cara ke dua yang lebih santai. Cara ke dua adalah
dengan pengambilan Cellmaxx sebanyak 1 sachet sehari.

SEDEKAH - satu terapi jiwa.



Sedekah. Salah satu hadis soheh nabi ada menyebutkan " tangan yang memberi itu lebih
mulia dari tangan yang menerima " vise versa " tangan yang di atas itu lebih baik dari tangan
yang dibawah."

Percayalah sedekah adalah keberkatan yang berpanjangan. Sedekah adalah satu terapi,
sebahagian dari penghapus dosa. Ganjaran bagi orang yang memberi sedekah adalah
ibarat 1 benih padi yang dilipatgandakan pengeluarannya menjadi 70. Subhanallah,
sungguh Allah itu Maha Pemurah.

Harimau

Ini kes betul-betul tak ada entri lah ni.
Hari ni tak ada kerja, tak ada kes, tak ada nak jumpa client, tak ada idea nak up date
entri, walaupun dah siapkan bullet dan tajuk-tajuk - semuanya sekerat-sekerat dan save
dalam post entri jer. Hari ni hari penat. Nak berehat-rehat di rumah saja. Hari untuk
baca majalah dan blogwalking errr...., itupun kalau line terus elok macam sekarang ni lah.

Lyn gagap

Ini adalah entri pertama aku di bulan April. Iaitu selepas hampir 2 minggu tiada up date
di blog ini. Sibuk ? Boleh la sikit-sikit. Aku menyibukkan diri dengan urusan Cellmaxx,
dengan urusan sendiri dan mengendap 'currency market' ( yang ni favorite aku ).